Saturday, December 24, 2011

Home Alone

Hari minggu kali ni agak panjang sebab Isnin nanti cuti ganti untuk Christmas. Mungkin ramai yang balik kampung atau ambil kesempatan pergi bercuti. Tapi aku?? Seperti minggu2 yang lepas, memeruk dirumah sorang diri. Aktiviti? Tido, layan TV, makan, layan internet, tido & makan. Itu la aktiviti aku untuk hari ni & 2 hari akan datang.

Aku terfikir untuk ke office esok (Ahad) sebab kerja memang banyak lately nih. Tambah2 dah ada bos baru nih, semuanya nak suruh aku buat.. Bukan nak komplain tapi rasa macam tak cukup tangan nak buat. Tapi elok jugak untuk kareer aku sebenarnya.. banyak yang aku boleh belajar dengan buat perkara2 baru di office.

Tapi bila difikirkan balik, masa aku banyak dihabiskan di office sekarang nih. Pukul 7.30 malam selalunya baru aku balik dari office. Sampai rumah, makan & tido. Letih tak yah cakap la kan.. Weekend pulak berkurung dalam rumah.. Aktiviti sosial dengan kengkawan dah makin kurang. Tapi apa boleh buat, dah life aku macam nih. Kadang2 bila sesekali terfikir pasal nih, terasa sedih dan tertekan.. Ye lah, life aku dah kurang menarik dan menggembirakan macam dulu.

Aku pun tak pasti sampai bila aku akan melalui life macam nih.. Harapan untuk dapat life macam dulu memang ada tapi dari hari ke hari harapan tu dah semakin hilang.. Apa2 pun aku kena pasrah dengan life ni & ketentuan Tuhan untuk diri aku.

City Hunter @ Lee Min Ho



Hari ni, 24 Disember 2011 aku dah habis layan drama bersiri korea City Hunter. Kali aku ambil masa selama 1 minggu lebih nak habiskan cite nih sebab aku agak sibuk kebelakangan nih. Cite ni agak berlainan dengan cite2 korea yang lain sebab ia lebih kepada cite balas dendam dan pergaduhan. Tapi diselitkan juga cite cinta dan ianya hanya unsur2 sampingan jer.

Apa2 pun lakonan Lee Min Ho memang best dengan aksi2 lasaknya. Walaupun lasak tapi dia tetap cute.. Park Ming Young pulak memang comel dengan gaya girly tapi lasak.. Both of them are good together actually.. hehehe.

Saturday, December 10, 2011

Ombak Rindu



Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


Kaseh : 4hb Disember & 9 Disember 2011, aku telah pergi menonton cerita Ombak Rindu di KLCC. Berbaloi untuk tengok 2 kali sebab keberkesanan Aaron Aziz melakonkan watak Harris. Tiap kali dengar lagu ni, pasti akan bergenang air mata dan terasa sedih sangat. Misi untuk weekend nih, nak selongkar kotak koleksi novel-novel aku sebab nak cari buku Ombak Rindu. Terasa nak baca sekali lagi.. Sure boleh release stress sebab tak henti2 nangis kalau baca novel tu.

Ombak Rindu - Untuk Kamu



Raut wajah…Mendamaikan…
Dan sesuci..Selembut hatimu..
Sinar mata…Mempersona…
Bagai gugur seluruh jantungku…

Aku Ingin engkau tahu…
Cinta aku satu…
Tercipta buat dirimu..
Hanya… Untuk kamu…

Aku ingin engkau tahu..
Cinta aku satu…..
Tercipta buat dirimu…
Hanya untuk kamu…

Tuesday, November 29, 2011

Stay the same...

Don't you ever wish you were someone else
You were meant to be the way you are exactly
Don't you ever say you don't like the way you are
When you learn to love yourself, you'd better off by far
And I hope you always stay the same
Cuz there's nothin 'bout you I would change

I think that you sould be whatever you wanted to be
If you could realize, all the dreams you have inside
Don't be afraid if you've got something to say
Just open up your heart and let it show you the way

Don't you ever wish you were someone else
You were meant to be the way you are exactly
Don't you ever say you don't like the way you are
When you learn to love yourself, you'd better off by far
And I hope you always stay the same
Cuz there's nothin 'bout you I would change

Believe in yourself
Reach down inside
The love you find will set you free
Believe in yourself
You will come alive
Have faith in what you do
You'll make it through


Kaseh : lagu ni walaupun dah lama, tapi tiap kali dengar mesti terharu.. :-) best sgt!!

Tuesday, November 22, 2011

Bola.. oh! Bola..

Malam tadi (21 Nov 2011) Malaysia lawan Indonesia peringkat akhir sukan sea. Aku mcm biasa melepak depan TV dan tak der intension pun nak tengok bola.. Tapi bila start dengar mamat2 kat kedai bawah menjerit, apa lagi terus bersemangat nak tengok bola.. hehehe.

Sanggup tak tengok drama siri favorite aku kat channel 702 (smokin hot monday) sebab nak tengok bola. Tapi apa yang aku realised aku sangat emosional bila tengok bola. Membebel kat pengadil yang bagi kad kuning kat pemain Malaysia & menjerit sorang 2 dalam rumah bila pemain cuba wat serangan kat pintu gol.. hehehe dah lama tak menjerit2 mcm tu.. sib baik aku sorang je kat rumah, kalo tak ada yang kena penampar sebab bising.. hehehe

Apa2 pun tak sia-sia aku stay sampai abis sebab Malaysia menang.. & salute kepada Apek sebab jaga gol kite dengan cemerlang.. :-) Syabas beteh!!

Monday, November 21, 2011

Adele - Someone Like You



"Someone Like You"

I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,"
Yeah.

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead.

"Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg
I remember you said,"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead.

"Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Kaseh : Love this songggggg!!

Sunday, November 20, 2011

Keseorangan di hari minggu.. & Lie to Me

Minggu ni sekali lagi aku keseorangan dirumah. Minggu lepas pun sama dan bermula la kehidupan aku keseorangan selepas kakak aku bergelar isteri. Minggu2 akan datang juga aku akan keseorangan kerana kakak aku akan berulang alik ke Kulim dihari minggu (maklumlah menjalankan kewajipan seorang isteri jarak jauh).

Minggu ni aku berkurung dalam rumah selama 2 hari.. Malas nak turun ke bawah untuk tapau makanan. Aku makan apa yang ada jer seperti maggi.. roti.. maggi & maggi.. hehehe tak de mood nak turun sorang2. Since semalam (Sabtu) aku order 2 regular dominos pizza, then ari ni (Ahad) aku just panaskan pizza tu and makan untuk sarapan & lunch.. Walaupun dah muak, tapi aku paksa juga perut aku untuk terima.. hmmm (sigh).. sedih kan?



Semalam aku start tengok cite korea baru, Lie to Me tajuknya.. Aku tengok kat EPDrama.com. Poster seperti kat atas tu. Cite ni pun best.. Kisah percintaan yang bermula dengan cite bohong.. hehehe sanggup aku tido lambat sebab nak tengok cite nih. Gambar last tu adalah gambar lead actor nama dia Kang Ji Hwan.. dalam cite nih dia memang handsome & karektor dia memang matured, bertanggungjawab, loving & caring.. kiranya jatuh cinta la dengan karektor & lakonan dia ni.. Tengok je muka dia dah boleh buat aku tersenyum sorang2... hmm ni la penangan hero korea.. 

Mungkin orang lain fikir aku gila bila boleh layan drama korea ni berjam2 & gila dengan hero2 korea tapi aku bersyukur sebab masa lapang & masa bosan aku dipenuhi dengan cite2 korea nih. Bila tengok cite korea seperti jugak seperti membaca novel2 cinta.. Pasti akan menangis.. marah.. gembira.. kecewa & bahagia.. At least aku happy dan tak teringat tentang masalah2 aku bila aku layan cite2 korea nih..

Apa yang pasti, cite2 korea ni pasti akan menjadi kawan baik & peneman aku dimasa sekarang dan masa depan.. :-)

Saturday, November 12, 2011

7 Eleven 2011


Pengantin @ My Sister

7 Eleven 2011 @ 7hb Nov 2011 adalah hari bersejarah buat kakak aku. Dia dah sah bergelar seorang isteri. Alhamdulillah, impiannya telah tercapai. Walau apa pun yang aku rasakan (instinct aku merasa tak berapa baik) tapi aku tetap mendoakan agar kakak aku bahagia. Aku ketepikan ketidaksenangan hati aku dan bersama2 kakakku membuat persiapan hari bahagianya. Aku juga berperanan menjadi penngapit kakakku dihari bahagianya. Tapi tak sempat nak bergambar dengan pengantin sebab selepas nikah, aku sibuk menguruskan tetamu2 yang datang. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.

 Pengapit @ Me :-)

29 Oktober 2011 - Group DD organise a small bachelorette dinner untuk my sis kat Concorde Hotel KL. Same day kitorang check in kat PNB Darby Park KL and stay 1 night kat situ. Just want to spend time together before my sis jadi isteri orang.. Pic kat bawah ni adalah pic bachelorette dinner kitorang. Thanks to my best friend, Rozy sebab dapat datang & join the party..

 Group DD - segila sesewel.. hehehe so happening kalo dah berjumpa

Group DD + Rozy (after dinner)

 Me :-) had so much fun that night..

Me again.. Food @ Concorde? so so only.. what is really important? Surrounded by happening people ;-)

Thursday, October 13, 2011

Pencarian Jodoh

Lately ni kerap kali aku diajukan soalan2 berkenaan dengan jodoh. Hmm apa lagi jawapan yang harus aku beri selain belum jumpa yang sesuai or belum ada jodoh lagi. Tambahan pula aku mengedarkan kad jemputan majlis pernikahan kakak aku semalam. Bos besar (COO dan ED) aku terkejut bila aku hulurkan kad jemputan. Diorang ingat aku yang nak kawin, bila aku cakap my sister wedding diorang kata you bila lagi? I nak attend your wedding.. huhuhu

Minggu lepas, kakak opismate aku yang dah bersara buat follow up dengan aku tentang seorang jejaka yang dikenalinya.. cewah.. Kakak ni pernah mentioned kat aku pasal mamat nih dulu sebelum dia bersara. He is ACPD disalah sebuah daerah kat utara sana. He is single but the only thing is he is much more older than me. Bagi aku perbezaan umur kami amat ketara dan aku rasa sure QC aku kat kampung tu pun tak akan setuju. QC kat umah pun tak setuju. Aku macam tak sampai hati nak bagitau kakak tu tentang keputusan aku. Serba salah aku dibuatnya. Tapi setelah mendapat 3rd & 4th opinion dari kawan2 aku so aku beranikan diri bagitau keputusan aku kepada kakak tu. I think he is not suitable for me..

Early July lepas, makcik telefon (mak cik yang datang cuci telefon opis dari out source company) datang. Makcik2 ni akan datang sebulan sekali kat opis aku untuk cuci telefon. Ada opismate aku yang bagitau mak cik2 ni banyak calon2 sebab diaorang pergi banyak company area KL nih. Salah sorang opismate aku pun diorang yang carikan jodoh, dah kawin dah baru ni 2 Oktober 2011. So kengkawan aku bagitau makcik ni yang aku masih solo then dia pun datang & interview aku. Sebelum ni aku jarang berborak ngan makcik2 ni sebab aku tak suka hal peribadi aku diketahui oleh orang luar. Tapi dah kengkawan aku bagitau makcik2 tu aku terpaksa la menjawab soklan2 diorang. Diorang tak percaya aku tak de bf... diorang kata comel2 mcm aku mustahil tak de bf.. hmm nak wat camne makcik.. huhuhu. Lepas interview aku salah sorang makcik tu cakap "ko jadi menantu makcik je la.." Aku terkejut giler masa tu.. huhuhu dah dia berkenan plak nak wat menantu dia... aduhhhh! susah gak nih.. pastu dia tahu plak aku rajin jahit manik kat baju, lagi la dia suka.. dia kata boleh bukak busines sekali sebab dia pandai jahit baju.. mak oiiii... camne nih? Nak tak nak aku terpaksa la bagi no tepon aku kat makcik tu. Dia nak bagi kat anak sulung dia nama Zack.. Dipendekkan cite si mamat ni lebih muda dari aku & aku tak leh nak ngam ngan mamat nih.. Dia ok cuma aku rasa dia pun tak sesuai ngan aku yang dah matured enough nih... hehehe aku tak sampai hati nak bagitau makcik tu pasal ni dan aku benasib baik sebab aku dpt mengelak dari jumpa makcik tu selama 2 bulan sebab aku MC lama ari tu.. tapi bulan September, aku tak sempat nak lari dari makcik2 tu, diorang datang & tanya soklan bertalu2 pasal hubungan aku dengan anak dia... adoiiii! Dalam serba salah aku terpaksa bagitau yang kitorang tak serasi that why aku tak berhubung lagi dengan Zack. Fuh! lega.. cuma aku kesian dan rasa bersalah kat makcik tu.. tak tau camna nak berdepan dengan dia lepas nih.. Maafkan saya yer makcik..

Baru-baru ni sorang lagi opismate bertanya pasal status aku.. nak kenalkan dengan sedara dia pulak. Aku tak kisah nak berkawan dengan sesape pun yang penting ikhlas, tahu batas2 pergaulan dan hormat aku sebagai perempuan. So kita tunggu dan lihat je lah perkembangan kali ni macam mana.. Jodoh pertemuan semuanya ditangan Tuhan.. Aku hanya berdoa & bertawakal semoga kebahagiaan untuk aku akan menjelma tak lama lagi.. Amin!

Sunday, October 9, 2011

Barang2 Umah Terbaru..

Minggu yang lepas aku beli 1 lagi barang rumah iaitu Sony Bravia LED TV 42 inci.. hehehe tercapai gak hasrat nak pakai TV flat skrin. Actually tak de dalam plan pun nak beli TV tapi lepas raya hari tu TV lama buat hal.. gambar jadi 1 garisan jer.. kena tunggu berjam2 baru gambar dia kuar 2/3 skrin TV. Hmm nak repair boleh tapi akan telan belanja RM 400 ke atas.

So aku amik keputusan beli jer TV baru.. Dan alang2 nak beli baru baik beli yang terlatest dipasaran.. Dapat la LED TV.. RM2299.00.. Then boleh la guna dengan hadiah lucky draw aku ari tu.. LG Home Entertainment System 300W.. Ari Khamis lepas baru siap pasang semua.. Best betul la.. Tapi kalo nak clear & terang lagi gambar dia kena tukar Astro Beyond.. Huhuhu.. rasanya tak boleh tukar lagi wat masa ni..

Apa2 pun aku berpuas hati & bersyukur sangat dengan rezeki yang Tuhan bagi nih.. :-) Alhamdulillah!

Demam Drama Korea 3


Demam drama korea datang lagi.. hehehe bulan September lepas aku dapat habiskan ke tiga-tiga drama korea nih.. Sanggup tido lambat sebab nak tengok cite2 nih. Kalo tak nangis tak sah kalo tengok cite korea.. hmm ke memang aku ni sensitif? hehehe.. sure la masa nak tido tu mata bengkak & sakit kepala.. Tapi tak pe yang penting hati puas.. Cite My Girl ni kurang skit impact dia kat emosi aku.. Tapi ok la boleh tahan citer dia & agak berlainan skit dari cite2 korea lain.


Ni pulak drama Playful Kiss.. Hero dia mmg comel.. Cite ni mmg tipikal cite korea la.. tapi boleh je aku layan.. hehehe


Yang ni plak tajuk dia Secret Garden. Cite ni bagi aku memang best & lawak. Hyeong Bin nama hero dia.. Aku tak leh lupa karektor Hyeong Bin dalam citer nih.. best betul la lakonan dia..

Semua cite ni aku wat koleksi tapi bukan bentuk DVD la.. tak mampu kalo nak beli sebab 1 set DVD/VCD harga RM99.90. Ada kawan aku downloadkan kat external hard drive aku.. Ada 7 lagi drama bersiri korea yang dia dah downmoad tapi aku belum aku tengok. Masa aku sekarang terisi dengan drama2 korea ni lah.. So siang keje, malam terperuk dalam bilik layan citer korea sorang2.. Ok la tu kan? Tak de la bosan tahap gaban kan? hehehe

Tuesday, September 27, 2011

Kenangan oh kenangan...

Since raya hari tu aku kerap kali teringan pada ex-boyfriend (boyfriend ke? hehe) aku dulu iaitu SAA @ pakcik. Kenapa aku gelarkan dia pakcik? Sebab dia lebih tua dari aku, perbezaan umur kami lebih kurang 15 tahun. Aku berkawan dengan pakcik lebih kurang 3 tahun.. satu jangkamasa yang agak lama la bagi aku.

Sepanjang mengenali pakcik, aku memang ditatang seperti minyak yang penuh, nasib baik la aku ni jenis yang tak suka mengambil kesempatan. Kalo tak, sure aku dah senang sekarang ni. Ye lah, pakcik ada busines sendiri + bekerja di sebuah hotel yang agak terkenal diKL sebagai salah seorang pengurus. Cakap je nak apa, pasti akan dibelikan... hehehe tapi aku bukan mata duitan. Pakcik pernah menyuarakan nak belikan aku kereta, masa tu aku baru dapat lesen kete, tapi aku tolak. Aku cakap, aku akan beli keta satu hari nanti tapi dengan duit hasil titik peluh aku sendiri.. cewah! Pakcik hormati pendirian aku tu. Tapi setiap kali hari raya, pakcik akan belikan aku sepasang baju raya, handbag & kasut. Kiranya lengkap la 1 persalinan raya untuk aku.

Aku stay area Bangsar, pakcik pulak stay kat Klang. Aku bekerja di Damansara dan dia bekerja di Bukit Bintang. Setiap hari dia akan datang ke Bangsar, ambil aku dan hantar ke Damansara pastu dia akan patah balik ke Bukit Bintang. Setiap hari without fail... Hmm batapa sayangnya dia kat aku. Hari minggu pulak, dia selalunya bekerja tapi dia akan pastikan dia akan membawa aku keluar lunch, dinner atau tengak wayang pada hari Sabtu & Ahad. Bila aku tanya kenapa, jawapanya dia takut aku keluar dengan orang lain sebab dia tahu aku cepat bosan kalau tak buat apa-apa kat rumah dihari minggu.

Satu lagi kenangan yang aku tak dapat lupa ialah, aku ni jenis yang tak suka minum air panas selalunya aku akan order air sejuk @ air berais tak kiralah pagi atau malam. Selepas aku kenal dia, setiap hari breakfast dia akan orderkan aku air panas, pakcik cakap tak elok minum air berais. Dan untuk memastikan aku habiskan air panas tu, dia akan meniup air tu sampai suam, then baru aku minum.. Hmm korang dapat bayangkan tak?

Bila aku berkerja di Perak, pakcik akan datang melawat aku 2 minggu sekali. Dan selalunya kitorang akan berjalan2 ke Penang. Aku mengadu yang aku bosan keje kat Perak then dia belikan aku DVD player dan banyak DVD2 filem terbaru untuk aku hilangkan kebosanan.

Banyak lagi kenangan2 yang manis antara aku dan pakcik.. kalo nak cite sure sehari pun tak cukup untuk aku menaip. Dipendekkan cite, aku terpaksa putuskan hubungan kami kerana aku tahu yang hubungan kami tak akan mendapat restu dari famili aku. Then aku tak nak dicop jadi anak derhaka, so walaupun berat hati nak lepaskan dia tapi aku terpaksa cekal dan kuatkan hati aku untuk melukai hati pakcik...huhuhuhu.

Sepanjang hidup aku, aku rasa pakcik lah yang paling sayangkan aku.. walaupun selepas pakcik ada beberapa insan lain yang singgah dalam hidup aku tapi aku rasa dialah yang terbaik.. cukup sabar dengan kerenah aku.. sangat memahami.. caring... loving.. matang dalam membuat keputusan.. cukup bertolak ansur... mungkin sebab itu aku tak boleh nak lupakan dia 100% walaupun dah hampir 7 tahun aku tak bertemu dan mendengar cite berkenaan pakcik..

Aku doakan pakcik bahagia dan berjaya dalam hidupnya... Amin!

Tuesday, September 13, 2011

Mimpi..

Pagi ini setelah bangun dari tidur, aku termanggu sekejap sebelum mandi dan bersolat. Aku memikirkan apa yang membuatkan aku mimpi sebegitu? Hmmm aku belum dapat jawapannya..
Malam tadi aku bermimpi melihat ulat sutera.. Tak tau la betul ke tak rupa ulat sutera seperti tu tapi benda yang aku lihat tu berwarna biru dan berbulu halus dan lebat.. Tak dapat aku gambarkan betapa gelinya aku melihat ulat itu.. hehehe aku kan memang elergik dengan ulat & benda2 berbulu nih..
Lepas tu dalam mimpi yang sama aku bermimpi berjumpa dengan seekor ular.. Ular apa aku pun tak pasti dan yang pastinya aku dah bunuh ular itu dengan menghentakkan kepalanya dengan satu benda yang berat.. Huhuhu aku dah jadi pembunuh..

Apa yang membuatkan aku termanggu sebab dah lama benar aku tak bermimpi ular.. rasanya dah bertahun.. Orang kata kalo bermimpi ular tu ada kaitan dengan jodoh kita.. Wallahualam.. aku pun tak pasti, sebab jodoh pertemuan tu semua datangnya dari Allah.. Aku sebagai hambanya hanya berdoa dan bertawakal kepadaNya tentang itu semua..

Apa-apa pun aku mengharapkan yang terbaik buat diri aku.. Itupun dengan izin Allah.. Insyaallah!

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2011


Hari ni baru berkesempatan nak wish Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua blogger yang melawat blog aku nih.. Minggu2 terakhir ramadhan agak busy dengan undangan berbuka puasa.. Dan bila pulang ke kampung plak tak de wifi.. FB pun access dari mobile phone jer..

Memandangkan Syawal baru saja bermula, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua umat Islam. semoga kehadiran Syawal ini memberi keberkatan buat kita semua dan sambutlah ia dengan penuh kesyukuran dan keimanan. Maaf zahir & batin dari aku @ kaseh manisah..

Sunday, August 21, 2011

Ramadhan Bulan Keberkatan

Alhamdulillah itu yang aku patut ucapkan bila terkenang tentang Ramadhan tahun ini. Warga MIA (opis aku) telah berkesempatan untuk bersama-sama melakukan misi kemanusiaan dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Pertama sekali kami diberi peluang oleh Allah untuk berbakti dan bersedekah kepada Madrasah Gouthiyyah. Madrasah ini berdekatan dengan MIA dan setiap hari dalam bulan Ramadhan, lebih kurang 100 - 200 orang datang berbuka puasa disana. Kami berjaya mengumpulkan duit sebanyak RM1450 dari kawan-kawan Islam yang lain dan menyerahkan duit itu kepada wakil masjid pada 19hb Ogos lepas. Alhamdulillah, semoga duit itu dapat dimanfaatkan untuk kegunaan Madrasah dan juga jamuan berbuka puasa disana.

Misi kemanusiaan kedua adalah semalam 20hb Ogos 2011, kami seramai 12 orang wakil MIA telah pergi ke Rumah Budi Penyayang di Bandar Sri Damansara. Rumah Budi Penyayang menempatkan seramai 15 orang warga tua dan lebih kurang 30 orang anak-anak yatim. Misi ini adalah projek SRC (Sport & Recreation Club) dan SRC telah mendapat pelbagai sumbangan berupa barang-barang keprluan harian dari warga MIA. Respon dari warga MIA cukup menggalakkan dan mengharukan SRC. Hampir 10 kotak besar memuatkan pelbagai barangan seperti beras, biskut, susu, toiletries, minyak masak, kopi, teh, bihun, tepung dan lain-lain.
Kami sampai disana lebih kurang pukul 9 pagi dan kami dijemput ke dewan untuk bertemu dengan warga emas di sana. Seramai 8 orang mak cik & 7 orang pakcik yang ditempatkan di Rumah Budi Penyayang. Kami berbual dan sesi perkenalan dimulakan. Makcik & pakcik2 nampak gembira tapi kita tidak tahu apa yang mereka rasa didalam hati. 3 orang wakil MIA mempersembahkan lagu untuk mereka dan selepas itu mereka meminta jika boleh dibuat sesi karaoke. Alhamdulillah, pentadbir disitu memberi kebenaran dan membantu menyediakan TV, VCD player & sound system untuk karaoke system. Rupanya pakcik2 ini memang gemar berkaraoke. Salah seorang wakil MIA sempat berduet dengan pakcik2 ini. 

Oh ya, sebelum berkaraoke kami sempat menari poco-poco dengan pakcik & makcik. Rupanya ada cikgu yang datang mengajar poco-poco 2 kali seminggu. Selepas berkaraoke, kami berkesempatan melawat rumah pakcik dan makcik. Bilik dan rumah mereka cukup selesa dan  dijaga rapi. Selepas itu kami melawat ke salah sebuah rumah yang menempatkan anak-anak yatim. Bila melihat anak-anak itu, aku sebak dan tak dapat nak menahan airmataku. Aku terkenang anak-anak saudaraku dikampung yang cukup bernasib baik jika dibandingkan dengan anak-anak yatim ini.

Sebelum pulang, aku sempat memeluk semua makcik2 itu. Kebanyakkan mereka bertanya bila aku akan datang menjenguk mereka lagi? Sekali lagi aku tak dapat menahan kesedihanku. Kemudian bila aku kata Insyaallah jika ada rezeki lepas raya nanti kami datang lagi. Makcik bertanya lagi, lepas raya tu bila? Kalau datang jangan lupa bawak lemang yer.. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku pada masa itu. Terharu & sedih bercampur aduk.

Aku pulang dengan perasaan yang bercampur aduk dan aku berniat jika diizinkan Tuhan aku akan datang lagi ke sini untuk menggembirakan makcik2 dan pakcik2 itu. Doaku semoga Tuhan memberikan kesihatan yang baik kepada mereka semua dan memberikan mereka kegembiraan dan kebahagian hingga ke akhir hayat mereka.

Kaseh: Masa inilah aku merasakan yang aku kurang memeluk ibu dan abah dan jarang meluahkan kepada mereka yang aku amat sayangkan mereka dan aku amat bersyukur kerana aku dianugerahkan ibu dan abah seperti mereka. I Luv You Mom & Dad!!!!

Renungan Betapa Berharganya Wanita


Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan?"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."
Untuk apa?", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA, DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

MENGAPA HAWA DICIPTA DISAAT ADAM TIDUR??

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.
 
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut. Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, "jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya." Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
 
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,,

Wednesday, August 10, 2011

Jangan Menyerah - D'Masiv

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi
 
Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa

Kaseh : Satu lagi lagu yang memberi semangat kepada aku selain dari lagu The Climb..

Tuesday, August 9, 2011

[MV] City Hunter - Lee Yoon Sung / Kim Na Na (Cupid - Girl's Day)



Best citer nih.. & lagu dia pun beshhhh... mesti mau carikkkk... :-)

Monday, August 8, 2011

Alyah-Kisah Hati (MV with Lyrics)



Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Kaseh : Best betul lagu nih.. Alyah dengan vokal yang mantap & berganding plak dengan Remy Ishak yang macho & maskulin tu.. hmmm boleh tengok video klip ni berulang-ulang kali... tak kan jemu punya lah... ;-)


Demam Drama Korea 1




Ni la cite siri korea yang aku 1st sekali fall in love.. Personal Taste. Cite ni romantik komedi.. Best sangat & ada jugak part2 sedih.. Dan seperti kebiasaan aku tetap nangis walaupun dah 3 kali aku ulang tengok citer nih.. Tiap kali tengok cite nih sure hati rasa berbunga-bunga gitu.. hehehe.. berbunga-bunga tengok Lee Min Ho @ Pak Su Shina (panggilan anak sedara aku).. Aku pinjam DVD cite ni dari opismate aku & dah 2 kali aku pinjam.. satu kali lagi tu aku tengok kat YouTube.. Ada rezeki, next month aku nak gi beli VCD siri ni untuk wat collection.. Harga RM99.90 jugak kat Speedy Video.

Aku jugak dah download lagu2 dari siri Personal Taste & Boys Over Flower.. sebab lagu2 dia pun best :-)

Demam Drama Korea 2





4 Ogos - 6 Ogos, 3 hari aku lepak dirumah dan buat marathon tengok cite nih.. Boys over Flower.. Episod 1 sampai 10 aku tengok kat mysoju tapi lembab giler.. so sebab tak leh sabar dengan kelembapan nak download, aku amik keputusan beli DVD siri nih.. RM99.90 kat Speedy Video. Puas hati sangat.. sebab ada subtitle melayu. Kalo kat mysoju subtitle dia english.. 2 hari aku sakit kepala sebab asyik menangis tengok citer nih.. tapi memang release lah sebab boleh menangis sepuas-puasnya.. dah lama tak nangis tengok movie.. hehehe camni la pompuan.. :-) tapi memang bestlah citer ni.. :-D tengok la sape berlakon.. Lee Min Ho ;-)

Tuesday, August 2, 2011

Follow up session & anak-anak buah yang comel

Hari Jumaat lepas aku menaiki tren pada pukul 11 malam untuk balik ke KL. Satu trip yang agak tak best bila aku tak dapat tidur semalaman. Aku sepatutnya sampai di KL Sentral pada pukul 7.30 pagi tapi aku sampai pada pukul 9.30 pagi. Sampai di KL Sentral aku bergegas ke Pantai Hospital Bangsar untuk follow session aku. Selepas menunggu selama 1 jam setengah, aku turn aku untuk berjumpa dengan doktor. Sebelum dia buka plaster dia perasan yang perut aku merah dan banyak bercalar.. Dia bertanya gatal yer? hehehe aku cakap a'aa doktor gatal sangat kat sekeliling plaster tu.. Nasib baik dia tak marah sebab aku garu.. Doktor pun membuka 3 plaster kat perut aku.. perkataan pertama keluar dari mulut doktor lepas buka plaster adalah.. hmmm cantik.. Cantik??? ngeri ada la.. Doktor kata 3 tempat luka tu kering dan nampak sembuh dengan cantik.. hehehe.. Doktor sambung lagi cuti sakit aku hingga 10hb Ogos.. untuk aku berehat secukupnya sebelum memulakan kerja2 opis yang amat membebankan..

Aku berada dikampung selama seminggu dan sekarang ni aku rindu sangat pada anak-anak sedara aku yang berdua tu.. Kakak & Wawa.. Since aku balik kampung, aku take over 3/4 daripada kerja2 memasak untuk lunch & dinner. Setiap hari pasti ada menu dari ikan haruan.. Selama ni tak pernah makan & tak suka dengan ikan haruan tapi since dah kena pantang ni aku terpaksa makan ikan haruan setiap hari.. huhuhu cukup menyiksakan.. Tapi sebab nak jadi anak yang baik, aku turutkan juga kehendak mak & abah..

Tapi yang bestnyer, anak-anak sedara sume suka makan masakan ikan haruan aku.. hehehe terutama sekali kakak. Semenjak aku balik, dia lebih berselera untuk makan & tak banyak kerenah bila diajak makan. Sebelum ini cukup susah nak makan & cukup memilih kalau nak makan.. Tiap kali aku nak solat, kakak akan cakap nak ikut solat dengan aku.. tapi yang lawaknya aku solat duduk atas kerusi (yelah sebab operation tu kan) rupanya dia pun solat duduk atas kerusi plastik kecik.. Mulanya aku tak perasan, bila siap solat aku suruh dia lipat telekung dia, bila dia bukak telekung baru terperasan yang kerusi plastik tu ada kat atas sejadah dia.. hehehe lawak betul! Wawa plak tak abis2 nak tengok gambar paksu kat handphone aku & asyik nak tengok perut aku yang sakit tu.. hehehe comel jer aku rasakan kerenah diorang ni. Oh! Ya! Aku sempat membeli lipice @ lip gloss untuk kakak sebab dia dah bising mengatakan aku lupa nak beli liptip untuk dia.. hehehe  

Hidup aku ceria sangat dengan kehadiran anak-anak ni.. ada saja gelagat mereka yang lucu.. Tidak bosan aku melayan mereka.. Bila aku teringat suatu masa dulu bila aku ceritakan kisah gelagat mereka pada "seseorang" dan orang tu akan berkata.. tak de cite lain ke nak cite? tak abis2 dengan cite anak sedara dia!! sambil menghentak stereng keta... hmmm kalau hati dah tak suka, bagi la cita apa pun.. tetap la tak suka kan? hehehe lawak pulak bila aku fikir-fikirkan balik..

Jika aku ditakdirkan hidup bersendirian, anak-anak inilah tempat aku menumpang kasih dan mencurahkan kasih sayang aku.. :-) Aku harap diorang tak kan lupakan aku bila dah besar nanti..

Thursday, July 21, 2011

Laparoscopic Appendectomy - 19 July 2011


19hb Julai 2011, Hari Selasa baru-baru ini aku telah menjalani Laparoscopic Appendectomy @ pembedahan membuang appendik menggunakan cara terkini iaitu hanya menebuk 3 lubang disekitar perut untuk mengeluarkan appendik. Pembedahan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam itu berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah dan menelan belanja sebanyak RM12,052.00 (belum termasuk kos follow up).


Aku menyerah diri di Hospital Pantai Bangsar pada 18 Julai 2011, selepas menahan sakit dari pukul 5 pagi hingga 2 petang. Aku terpaksa menahan sakit kerana perlu menyiapkan kerja penting di pejabat. Alhamdulillah selepas siap kerja aku bergegas ke klinik berhampiran dan doktor terus menyuruhku segera ke hospital yang terdekat. Beliau takut appendik aku pecah. Sekali lagi aku bersyukur kerana Tuhan memberikan kekuatan kepadaku untuk menahan sakit itu dan masih sempat tersenyum apabila menyerah diri di hospital. Salah seorang doktor yang membuat pemeriksaan awal iaitu membuat ultra sound sempat mengusikku dengan mengatakan yang aku tidak kelihatan seperti sakit kerana aku tersenyum. Hanya Tuhan saja yang tahu keadaan aku pada masa itu.


Aku ditolak ke ruang menunggu untuk pembedahan pada pukul 5 petang dan masuk ke operation theater pada pukul 5.45 petang. Aku kembali sedar lebih kurang pukul 8 malam dan kemudian aku dihantar ke wad lebih kurang pukul 8.30 malam. Sis & Kak Yasni setia menunggu aku diwad. Dalam sedar dan tidak, aku masih sempat berjenaka bila terpandang TV menyiarkan drama korea kegemaranku dengan mengatakan "tu bukan Pak Su tapi Shina.." kemudian aku terus lelap hingga ke pagi. Ke esokan pagi aku berasa agak sihat dan aku sudah dapat berjalan dan mandi sendiri dengan pengawasan nurse. Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang datang melawat, yang menalifon dan yang mendoakan aku di FB. Dengan doa kalian, aku berjaya mengharungi pembedahan ini. Syukur sekali lagi kepadaMu Tuhan.

Hari ini, 21hb Julai 2011 aku telah dibenarkan keluar dari hospital dan mendapat cuti sakit hingga minggu depan. Walaupun begitu, esok aku terpaksa ke pejabat menyiapkan 1 lagi kerja penting sebelum boleh berehat sepenuhnya. Bila difikir-fikirkan, berbaloi ke pengorbanan yang aku buat ni?? Aku pun tak pasti. Dengan keadaan perut aku yang merasa ngilu bila kerap bergerak, aku terpaksa ke pejabat untuk menjalankan tugasku sebaik mungkin. Insyaallah, aku akan pulang ke Penang esok malam dengan menaiki keretapi. Aku berharap dan berdoa semoga perjalanan aku berjalan lancar dan selamat sampai ke rumah.

Kaseh : Dimasa kesulitan seperti ini baru kita dapat lihat siapa kawan kita yang sebenarnya.. :-(

Sunday, July 17, 2011

Another Birthdays

Selamat Hari Ulang Tahun buat Pak Leh (15 Julai 2011) dan anak sedara aku yang comel Nuwairah Intisar @ Wawa (16 Julai 2011).

Semoga hidup kalian diberkati Allah dan sentiasa didalam lindungan Nya.. Amin!

Ho Chich Minh City @ Saigon Trip

Ahad, 10 Julai 2011
Aku telah berangkat ke Saigon @ Ho Chich Minh City bersama 4 rakan yang lain. Aku mengambil bas dari KL Sentral ke LCCT pada pukul 7.10 pagi dan sampai di LCCT pada pukul 8.20 pagi. Setelah bertemu dengan rakan-rakanku kami terus check in. Flight kami berangkat pada pukul 9.30 pagi dan sampai disana pada pukul 11.30 (waktu M'sia) dan 10.30 pagi waktu Saigon. Disana, tour guide kami telah menunggu iaitu Mr Yong. Kami terus dibawa berjalan-jalan sekitar town. Dalam masa 2 jam, kami telah menjalankan xtvt yang cukup digemari iaitu shopping... hehehe.. Terkejut Mr Yong melihat kami yang menjinjit beberapa beg plastik apabila dia mengambil kami untuk lunch. Kami lunch di Restoran Seri Pinang, salah satu resotran halal yang terkenal di Saigon. Kami bertemu dengan 3 older couple dari Singapore disana. Selepas lunch kami ke Cholon Market atau Big Market of Chinese in Saigon. Di Cholon Market macam-macam ada... dari rempah ratus, pakaian, beg, kain ela, topi dan macam-macam lagi lah. Mr Yong hanya memberi kami masa 30 minit untuk melihat-lihat dalam Colon Market. Kami hanya singgah ke 2 kedai kain ela.. Apa lagi kita borong kain la pulak. Aku membeli kain sutera Vietnam buat aku, mak & sis. Aku juga sempat menyambar 3 pasang kain cotton untuk kakak-kakak iparku. Selepas itu kami singgah disebuah bazar membeli belah, disana aku beli survenir untuk kawan-kawan seopisku. Setelah itu kami dihantar ke Le Duy Hotel ditengah-tengah town untuk check in. Hotel 3 bintang itu cukup bersih dan selesa. Selepas berehat kami dijemput semula oleh Mr Yong pada pukul 6.30 petang untuk dinner. Kami dibawa ke satu lagi restoran halal iaitu Restoran Four Season. Makanan boleh tahan cuma rasanya agak berbeza dari Malaysia. Selepas itu kami ke night market berdekatan dengan Ben Thant Market. Aku sempat membeli 2 pasang baju tradisional vietnam untuk Iman & Wawa. Setelah puas berjalan dan cuci mata, kami pulang ke hotel berjalan kaki kerana hotel kami berhampiran dengan Ben Thant Market. Kami rehat & tidor.

Isnin, 11 Julai 2011
Aku bangun seawal 5.30 pagi dan setelah siap kami turun ke coffee house untuk breakfast. Aku hanya makan bubur nasi & buah-buahan kerana makanan lain mungkin tak halal. Mr Yong menjemput kami pada pukul 8.30 pagi dan kami bertolak ke Mekong Delta. Kawasan yang terkenal dengan sungai Mekong dan buah-buahan tempatan. Sepanjang perjalanan kami melalui kawasan kampung yang hijau dengan padi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu setengah jam. Sampai di jeti Sungai Mekong, kami menaiki bot kecil untuk ke Orchard Island. Salah satu pulau semulajadi yang terdapat di Sungai Mekong. Perjalanan menaiki bot kecil agak mengerikan (maklum lah aku ni kan penakut air.. hehehe). Bila berselisih dengan bot besar, bot kami akan terumbang ambing.. hehehe aku la yang paling takut sekali. Sesampai di Orchard Island, kami melihat pembuatan gula2 kelapa atau coconut candy. Selepas itu kami minum teh bersama madu lebah dikedai menjual madu lebah. Selepas itu kami makan buah-buahan tempatan di salah satu kedai yang menyediakan buah-buahan berserta hiburan. Beberapa orang wanita mengambil giliran menyanyi dan secara tradisinya tetamu perlu memberi wang kepada penyanyi2 tersebut. Wang perlu dimasukkan kedalam bunga2 lili (bunga plastik) yang disediakan disetiap meja tetamu. Walaupun tidak paham apa yang dinyanyikan, kami tetap memberikan wang kepada mereka. Setelah itu kami diberi masa selama 1 jam untuk berjalan-jalan sekitar pulau. Apa lagi, peluang ini kami guna secukupnya untuk shoppingggggggg.. Aku sambar 1 lagi handbag untuk sis dan sepasang lagi baju tradisional vietnam buat Sheika. Setelah itu kami menaiki sampan untuk ke bot kami. Satu mengalaman yang cukup menakutkan buatku.. Tiap kali sampan itu senget kekiri atau kekanan, aku pasti menjerit. Dan bila sampan bertembung dengan sampan lain, aku pasti ketakutan.. hehehe namun Alhamdulillah sampan kami selamat sampai ke pinggir Sg Mekong dan aku berjaya mengatasi ketakutanku tadi. Kami menaiki bot dan pulang ke jeti Sg Mekong. Di jeti aku borong t-shirt sulaman tangan untuk aku & sis. Kami kemudian lunch di sebuah restoran halal berhampiran Sg Mekong dan setelah itu kami pulang semula ke town. Kami ke Ben Thant Market, syurga membeli belah. Banyak juga barang yang aku beli disitu dan setelah penat bershopping, kami pulang ke hotel untuk berehat. Mr Yong menjemput kami pada pukul 6.30 petang untuk dinner di Kedai Shamsudin (restoran halal terkenal buat pelangcong muslim). Selesai makan kami memintak Mr Yong menghantar kami ke Hard Rock Saigon. Bukan untuk berhibur tapi untuk shopping... hehehe aku beli t-shirt Hard Rock untuk aku. Tapi disini tak banyak choice macam di Bali dulu. Kami pulang ke hotel menaiki teksi.

Selasa, 12 Julai 2011
Seperti semalam, seawal 5.30 pagi aku telah bangun. Selesai solat subuh kami bersiap2 untuk sarapan. Selesai bersarapan kami meminta Mr Yong membawa kami ke Cholon Market lagi sekali, disana kami menambah pembelian kain ela.. hehehe aku beli 2 pasang lagi kain cotton untuk sis dan diri sendiri. Selepai urusan kami, kemudian kami dibawa ke sebuah masjid Jamia Al Muslimin. Kami bersolat zohor disana dan kemudian lunch di Four Season restaurant. Selepas lunch kami ke War Crime Musium, melihat sejarah Saigon. Selepas itu sekali lagi kami ke Ben Thant Market. Kali ini aku memborong t-shirt buat anak2 buah dan abang2ku, kemeja untuk abah, cadar sulam untuk sis, baju kurung siap bermanik buat aku dan Farah (kiriman opis mateku), kain linen untuk aku & sis dan 1 handbag untuk aku. Kami pulang ke hotel untuk berehat sebelum keluar semula untuk dinner. Kami dinner di Kedai Shamsudin lagi dan selepas itu kami ke SPA. Ini juga satu pengalaman baru buatku kerana treatment & cara SPA mereka berbeza. Urutan bermula dengan bahagian kepala, kemudian bahagian tangan, kemudian kebahagian kaki. Urutan mereka kuat (walaupun badan pengurutnya kurus) dan kemudian mereka naik ke atas belakang badan kami dan mengurut menggunakan kaki.. (teringat masa aku kecil dulu bila abah kerap menyuruhku memijak belakang badannya).. Kemudian mereka mengurut menggunakan hot stone dibahagian belakang badan. Best betul lah! Setelah selesai berurut, kami membuat medicure & pedicure pulak.. terasa seperti puteri plak hehehe. Kemudian kami pulang ke hotel untuk berehat.

Rabu, 13 Julai 2011.
Hari terakhir di Saigon. Setelah siap mengemas barang-barang kami breakfast di coffee house. Pagi ni free & easy so sekali lagi kami ke Ben Thant Market. Aku sambar 1 lagi handbag untuk sis, topi shantik untuk aku dan menempah baju tradisional vietnam untuk aku. Kami pulang semula ke hotel untuk check out. Setelah check out, kami lunch di satu lagi restoran halal berhampiran Ben Thant Market. Hujan lebat ketika itu. Selepas itu kami melawat Reunification Palace, Notre Dame Cathedral dan Old Post Office. Tempat-tempat tu memang mengkagumkan aku. Selepas itu kami ke area yang banyak Sport Shop. Disebabkan kurang minat.. hehehe kami kembali semula ke Ben Thant Market untuk mengambil baju yang kami tempah pagi tadi. Selepas itu kami menonton Vietnam Water Puppet Show selama satu jam setengah. Best pertunjukkan puppet tersebut walaupun kami tak faham apa yang diceritakan oleh mereka.. hehehe. Setelah itu kami dinner di Seri Pinang Restoran dan kemudian dihantar ke airport. Flight pada pukul 9.10 malam (waktu Saigon) dan kami sampai pada pukul 12 tengah malam (waktu M'sia). Nasib aku kurang baik bila aku ditahan kastam dan dikenakan cukai RM50. Aku sampai dirumah pada pukul 2 pagi.. Keletihan tahap gaban tapi bila mengenangkan pengalaman disana ia membuatkan aku tersenyum keriangan.

Kaseh : pengalaman disana cukup indah dan manis bila dikenang. Bayangkan kami terpaksa berkomunikasi seperti ayam & itik dengan pekedai-pekedai disana kerana mereka tidak begitu pandai berbahasa Enggeris tapi bila tengok hasil yang kami dapat... heheheh macam tak percaya. Walaupun Vietnam negara yang baru membangun, tapi didalam town saja terdapat beberapa taman yang cantik dan terjaga rapi.. Bila melalui taman-taman tersebut terasa bagai berada di Eropah. Jalan raya dan public toiletnya cukup bersih.. macam tak percaya je kan? Insyaallah, jika aku ada rezeki dan peluang, aku ingin kesana semula.

Saturday, July 16, 2011

Save the Planet

2 Julai yang lalu aku & kengkawan opis menyertai Save the Planet project. Save the Planet merupakan projek SRC terakhir sebelum term kami sebagai exco berakhir. Save the Planet ni projek penanaman pokok bakau yang kami kolaborasi dengan FRIM. Projek ini akan diadakan di Sg. Haji Dorani Kuala Selangor.
Seramai lebih kurang 25 orang staff MIA yang terpanggil untuk menyertai projek ini dan lebih kurang 10 orang kakitangan FRIM yang turut menyertai kami.

Kami bertolak dari KL pada pukul 8.30 pagi dan sampai disana pada pukul 10 pagi. Setelah taklimat penanaman pokok selesai kami berangkat ke tapak penanaman dipersisir pantai. Lebih kurang 1 jam setengah, kami berjaya menanam 300 pokok bakau. Satu pengalaman yang begitu bermakna sekali buat kami semua. Setelah selesai penanaman, kami membersihkan diri dan kemudian menjamu selera (lunch) di Sg. Haji Dorani Resort.

Selesai makan, aku menumpang salah seorang rakan untuk pergi ke workshop kereta kerana kereta kakakku tidak boleh start tadi dan terpaksa dibawa ke workshop. Alhamdulillah, kereta dah ok setelah bateri ditukar. Kami bertolak balik ke KL tapi sempat singgah membeli mentarang ditepi jalan. Selepas itu kami berhenti semula untuk makan mentarang bakar. Sedap sekali.. fresh sangat..

Kami sampai di KL lebih kurang pukul 4.30petang dan kami terus ke pasar malam jalan TAR.. Membeli laksa utara dan memborong bunga telur buat kakakku di Semua House. Pulang kerumah dengan perasaan yang happy walaupun keletihan.

Sunday, July 3, 2011

Fahrin Ahmad = Pak Su??



Pada 25 Jun 2011 yang lepas, kakakku telah mengikat tali pertunangan nya dengan pilihan hatinya Abg NS. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.. Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat bertunang kepada kakak & bakal abang iparku dan semoga rancangan kalian untuk berumahtangga akan tercapai.. Insyaallah.

Pada 24 Jun 2011 (Jumaat) ada satu citer kelakar berkenaan anak sedaraku yang aku nak kongsi disini. Anak sedaraku bernama Iman atau lebih dikenali sebagai kakak, berusia 3 tahun. Dia agak rapat dengan aku dan semua yang aku buat akan jadi ikutan nya. Pada hari Jumaat itu, sedang aku membaca surat khabar Metro, dia datang menghampiriku dan kebetulan aku sedang membaca artikel berkenaan Fahrin Ahmad. Dalam artikel itu, ada beberapa keping gambar Fahrin dan aku bertanya kakak yang berada disebelahku.. "Kakak.., kakak kenal tak ni gambar sape?" Dengan pantas dia menjawab "Gambar Pak Su.." sambil tersengih melihatku.. Hehehe aku ketawa.. kebetulan anak cousin aku (21 tahun) pun ada di sebelahku dan dia terkejut bila mendengar kakak menjawab.. "Mana gambar Pak Su?" dan aku pun menunjukkan gambar Fahrin.. Sekali lagi dia terkejut.. "Fahrin tu Pak Su ke?".. hehehe aku plak menjawab "Nape? Korang tak nak ke Fahrin Ahmad jadi Pak Su korang?" Dia menjawab "ehhh nak la.. sape kata tak nak.." hehehe kitorang pun ketawa beramai-ramai.

Malam itu rumah aku dipenuhi sedara mara yang datang menolong untuk persiapan majlis kakakku dan kebetulan malam itu adalah malam terakhir Maharaja Lawak.. semua anak-anak sedara, kakak ipar & abang2ku berada didepan TV. Aku berulang alik ke dapur & ke ruang tamu.. Tak sempat nak tengok Maharaja Lawak.. dan kebetulan masa aku berehat kat ruang tamu bersama2 yang lain, AC menemubual Fahrin Ahmad & Seri. Sekali lagi aku bertanya kakak... "Kakak sape dalam TV tu?" Dia menjawab.. "Tak tahu, tak kenal.." Aku bertanya sekali lagi.. "Cuba kakak tengok betul-betul.." Dia menatap TV dengan dekat dan kemudian menjawab "Pak Su ada dalam TV lar".. hehehe kami semua ketawa bila mendengar jawapan kakak..

Ada satu lagi insiden sebelum ini yang membuatkan aku teringat2 pada kerenah anak2 sedaraku ini.. Kakak & Abangnya Zuhayr cukup suka bermain dengan handphone aku. Diorang kenal dengan "Pak Su" pun melalui handphone aku bila muka Fahrin akan menjadi wallpaper tetap handphone aku.. hehehe.. Kebetulan ada satu ketika tu, aku menukar wallpaper dari gambar Fahrin kepada gambar Lee Min Ho, pelakon korea yang cute tu.. Bila mereka berdua membelek2 handphone aku tetiba aku terdengar perbualan mereka berdua.. "Kakak, ni bukan gambar Pak Su lar" Kata Zuhayr pada kakak dan kakak pun menjawab.. "A'aaa la, ni bukan gambar Pak Su.. Ni gambar Shina".. hehehe dengan pelat dia menyebut Cina menjadi Shina.. Aku yang hanya mendengar perbualan mereka dari jauh terus ketawa dan menceritakan insiden itu kepada sis.. kami tidak boleh lupa insiden itu sampai sekarang..

So bagi kakak, Fahrin Ahmad adalah Pak Su nya.. hehehe... Cian kakak.. Nanti Acu carikan Pak Su betul2 untuk kakak yer.. :-)

Thursday, June 23, 2011

Trong = Teruk

Jumaat malam yang lepas (17 Jun 2011) aku bertolak balik ke kampung dengan menaiki tren antara bandar KTM. Aku & sis booked private cabin (2nd class +) malam tu dan inilah kali pertama aku balik kampung menaiki tren. Tren bergerak pada pukul 10.30 pagi dan sampai di Butterworth pada pukul 7 pagi. Sesampai di Butterworth, Abg NS (bakal BIL aku) dah menunggu kami dengan sabar dan kami terus pulang kerumah selepas menapau roti canai.

Sesampai dirumah, abah dan kakak telah menunggu kami diluar rumah. Abg NS pertama kali sampai ke rumahku dan dengan bersahaja dia berborak dengan abahku tanpa kekok. Dari cerita pasal memancing sampai la ke cerita sedara mara. Abah bercerita yang kami ramai saudara di bahagian utara perak begitu juga dengan Abg NS. Aku, mak, sis & anak-anak sedara aku hanya mendengar dan berbual sesama sendiri. Tiba-tiba aku terdengar abah memberitahu Abg NS yang dia mempunyai saudara di Trong Perak. Aku terus menyampuk dan berkata "ala bah, yang tak jadi ari tu pun kat Trong jugak.." aku tersengih. Abah pulak jawab "tu bukan Trong tapi tu teruk!" aku & sis apa lagi ketawa terbahak-bahak la mendengar jenaka abahku.. Tapi kesian Abg NS, sebab dia tak faham apa yang abahku cakap... hehehe.. Melalui sis, rupanya Abg NS ada bertanya sis berkenaan lawak abah tu selepas dia pulang dari rumahku.. Then baru la dia paham.. hehehe

Abg NS pulang selepas lebih kurang 2 jam berada dirumahku. Aku, sis & emak tertanya-tanya samada abah aku setuju dan suka dengan Abg NS.. Tiba-tiba abahku bertanya "mak hang, kita nak buat kenduri arah sekali ka minggu depan?" Aku menoleh ke arah sis & kami sama-sama tersengih.. Abah setuju la tu.. yeeehaaaaa... mak menjawab "ikut abah hang la.. boleh ja kalau nak buat kendiri arwah sekali".. Kalau aku happy, Sis lagi lah happy.. Impiannya nak berumah tangga dah hampir jadi kenyataan.. Alhamdulillah!

Template by:

Free Blog Templates