Pada 25 Jun 2011 yang lepas, kakakku telah mengikat tali pertunangan nya dengan pilihan hatinya Abg NS. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.. Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat bertunang kepada kakak & bakal abang iparku dan semoga rancangan kalian untuk berumahtangga akan tercapai.. Insyaallah.
Pada 24 Jun 2011 (Jumaat) ada satu citer kelakar berkenaan anak sedaraku yang aku nak kongsi disini. Anak sedaraku bernama Iman atau lebih dikenali sebagai kakak, berusia 3 tahun. Dia agak rapat dengan aku dan semua yang aku buat akan jadi ikutan nya. Pada hari Jumaat itu, sedang aku membaca surat khabar Metro, dia datang menghampiriku dan kebetulan aku sedang membaca artikel berkenaan Fahrin Ahmad. Dalam artikel itu, ada beberapa keping gambar Fahrin dan aku bertanya kakak yang berada disebelahku.. "Kakak.., kakak kenal tak ni gambar sape?" Dengan pantas dia menjawab "Gambar Pak Su.." sambil tersengih melihatku.. Hehehe aku ketawa.. kebetulan anak cousin aku (21 tahun) pun ada di sebelahku dan dia terkejut bila mendengar kakak menjawab.. "Mana gambar Pak Su?" dan aku pun menunjukkan gambar Fahrin.. Sekali lagi dia terkejut.. "Fahrin tu Pak Su ke?".. hehehe aku plak menjawab "Nape? Korang tak nak ke Fahrin Ahmad jadi Pak Su korang?" Dia menjawab "ehhh nak la.. sape kata tak nak.." hehehe kitorang pun ketawa beramai-ramai.
Malam itu rumah aku dipenuhi sedara mara yang datang menolong untuk persiapan majlis kakakku dan kebetulan malam itu adalah malam terakhir Maharaja Lawak.. semua anak-anak sedara, kakak ipar & abang2ku berada didepan TV. Aku berulang alik ke dapur & ke ruang tamu.. Tak sempat nak tengok Maharaja Lawak.. dan kebetulan masa aku berehat kat ruang tamu bersama2 yang lain, AC menemubual Fahrin Ahmad & Seri. Sekali lagi aku bertanya kakak... "Kakak sape dalam TV tu?" Dia menjawab.. "Tak tahu, tak kenal.." Aku bertanya sekali lagi.. "Cuba kakak tengok betul-betul.." Dia menatap TV dengan dekat dan kemudian menjawab "Pak Su ada dalam TV lar".. hehehe kami semua ketawa bila mendengar jawapan kakak..
Ada satu lagi insiden sebelum ini yang membuatkan aku teringat2 pada kerenah anak2 sedaraku ini.. Kakak & Abangnya Zuhayr cukup suka bermain dengan handphone aku. Diorang kenal dengan "Pak Su" pun melalui handphone aku bila muka Fahrin akan menjadi wallpaper tetap handphone aku.. hehehe.. Kebetulan ada satu ketika tu, aku menukar wallpaper dari gambar Fahrin kepada gambar Lee Min Ho, pelakon korea yang cute tu.. Bila mereka berdua membelek2 handphone aku tetiba aku terdengar perbualan mereka berdua.. "Kakak, ni bukan gambar Pak Su lar" Kata Zuhayr pada kakak dan kakak pun menjawab.. "A'aaa la, ni bukan gambar Pak Su.. Ni gambar Shina".. hehehe dengan pelat dia menyebut Cina menjadi Shina.. Aku yang hanya mendengar perbualan mereka dari jauh terus ketawa dan menceritakan insiden itu kepada sis.. kami tidak boleh lupa insiden itu sampai sekarang..
So bagi kakak, Fahrin Ahmad adalah Pak Su nya.. hehehe... Cian kakak.. Nanti Acu carikan Pak Su betul2 untuk kakak yer.. :-)
0 comments:
Post a Comment