Saturday, December 24, 2011

Home Alone

Hari minggu kali ni agak panjang sebab Isnin nanti cuti ganti untuk Christmas. Mungkin ramai yang balik kampung atau ambil kesempatan pergi bercuti. Tapi aku?? Seperti minggu2 yang lepas, memeruk dirumah sorang diri. Aktiviti? Tido, layan TV, makan, layan internet, tido & makan. Itu la aktiviti aku untuk hari ni & 2 hari akan datang.

Aku terfikir untuk ke office esok (Ahad) sebab kerja memang banyak lately nih. Tambah2 dah ada bos baru nih, semuanya nak suruh aku buat.. Bukan nak komplain tapi rasa macam tak cukup tangan nak buat. Tapi elok jugak untuk kareer aku sebenarnya.. banyak yang aku boleh belajar dengan buat perkara2 baru di office.

Tapi bila difikirkan balik, masa aku banyak dihabiskan di office sekarang nih. Pukul 7.30 malam selalunya baru aku balik dari office. Sampai rumah, makan & tido. Letih tak yah cakap la kan.. Weekend pulak berkurung dalam rumah.. Aktiviti sosial dengan kengkawan dah makin kurang. Tapi apa boleh buat, dah life aku macam nih. Kadang2 bila sesekali terfikir pasal nih, terasa sedih dan tertekan.. Ye lah, life aku dah kurang menarik dan menggembirakan macam dulu.

Aku pun tak pasti sampai bila aku akan melalui life macam nih.. Harapan untuk dapat life macam dulu memang ada tapi dari hari ke hari harapan tu dah semakin hilang.. Apa2 pun aku kena pasrah dengan life ni & ketentuan Tuhan untuk diri aku.

0 comments:

Template by:

Free Blog Templates