Hari Jumaat lepas aku menaiki tren pada pukul 11 malam untuk balik ke KL. Satu trip yang agak tak best bila aku tak dapat tidur semalaman. Aku sepatutnya sampai di KL Sentral pada pukul 7.30 pagi tapi aku sampai pada pukul 9.30 pagi. Sampai di KL Sentral aku bergegas ke Pantai Hospital Bangsar untuk follow session aku. Selepas menunggu selama 1 jam setengah, aku turn aku untuk berjumpa dengan doktor. Sebelum dia buka plaster dia perasan yang perut aku merah dan banyak bercalar.. Dia bertanya gatal yer? hehehe aku cakap a'aa doktor gatal sangat kat sekeliling plaster tu.. Nasib baik dia tak marah sebab aku garu.. Doktor pun membuka 3 plaster kat perut aku.. perkataan pertama keluar dari mulut doktor lepas buka plaster adalah.. hmmm cantik.. Cantik??? ngeri ada la.. Doktor kata 3 tempat luka tu kering dan nampak sembuh dengan cantik.. hehehe.. Doktor sambung lagi cuti sakit aku hingga 10hb Ogos.. untuk aku berehat secukupnya sebelum memulakan kerja2 opis yang amat membebankan..
Aku berada dikampung selama seminggu dan sekarang ni aku rindu sangat pada anak-anak sedara aku yang berdua tu.. Kakak & Wawa.. Since aku balik kampung, aku take over 3/4 daripada kerja2 memasak untuk lunch & dinner. Setiap hari pasti ada menu dari ikan haruan.. Selama ni tak pernah makan & tak suka dengan ikan haruan tapi since dah kena pantang ni aku terpaksa makan ikan haruan setiap hari.. huhuhu cukup menyiksakan.. Tapi sebab nak jadi anak yang baik, aku turutkan juga kehendak mak & abah..
Tapi yang bestnyer, anak-anak sedara sume suka makan masakan ikan haruan aku.. hehehe terutama sekali kakak. Semenjak aku balik, dia lebih berselera untuk makan & tak banyak kerenah bila diajak makan. Sebelum ini cukup susah nak makan & cukup memilih kalau nak makan.. Tiap kali aku nak solat, kakak akan cakap nak ikut solat dengan aku.. tapi yang lawaknya aku solat duduk atas kerusi (yelah sebab operation tu kan) rupanya dia pun solat duduk atas kerusi plastik kecik.. Mulanya aku tak perasan, bila siap solat aku suruh dia lipat telekung dia, bila dia bukak telekung baru terperasan yang kerusi plastik tu ada kat atas sejadah dia.. hehehe lawak betul! Wawa plak tak abis2 nak tengok gambar paksu kat handphone aku & asyik nak tengok perut aku yang sakit tu.. hehehe comel jer aku rasakan kerenah diorang ni. Oh! Ya! Aku sempat membeli lipice @ lip gloss untuk kakak sebab dia dah bising mengatakan aku lupa nak beli liptip untuk dia.. hehehe

Hidup aku ceria sangat dengan kehadiran anak-anak ni.. ada saja gelagat mereka yang lucu.. Tidak bosan aku melayan mereka.. Bila aku teringat suatu masa dulu bila aku ceritakan kisah gelagat mereka pada "seseorang" dan orang tu akan berkata.. tak de cite lain ke nak cite? tak abis2 dengan cite anak sedara dia!! sambil menghentak stereng keta... hmmm kalau hati dah tak suka, bagi la cita apa pun.. tetap la tak suka kan? hehehe lawak pulak bila aku fikir-fikirkan balik..
Jika aku ditakdirkan hidup bersendirian, anak-anak inilah tempat aku menumpang kasih dan mencurahkan kasih sayang aku.. :-) Aku harap diorang tak kan lupakan aku bila dah besar nanti..
0 comments:
Post a Comment