Thursday, July 21, 2011

Laparoscopic Appendectomy - 19 July 2011


19hb Julai 2011, Hari Selasa baru-baru ini aku telah menjalani Laparoscopic Appendectomy @ pembedahan membuang appendik menggunakan cara terkini iaitu hanya menebuk 3 lubang disekitar perut untuk mengeluarkan appendik. Pembedahan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam itu berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah dan menelan belanja sebanyak RM12,052.00 (belum termasuk kos follow up).


Aku menyerah diri di Hospital Pantai Bangsar pada 18 Julai 2011, selepas menahan sakit dari pukul 5 pagi hingga 2 petang. Aku terpaksa menahan sakit kerana perlu menyiapkan kerja penting di pejabat. Alhamdulillah selepas siap kerja aku bergegas ke klinik berhampiran dan doktor terus menyuruhku segera ke hospital yang terdekat. Beliau takut appendik aku pecah. Sekali lagi aku bersyukur kerana Tuhan memberikan kekuatan kepadaku untuk menahan sakit itu dan masih sempat tersenyum apabila menyerah diri di hospital. Salah seorang doktor yang membuat pemeriksaan awal iaitu membuat ultra sound sempat mengusikku dengan mengatakan yang aku tidak kelihatan seperti sakit kerana aku tersenyum. Hanya Tuhan saja yang tahu keadaan aku pada masa itu.


Aku ditolak ke ruang menunggu untuk pembedahan pada pukul 5 petang dan masuk ke operation theater pada pukul 5.45 petang. Aku kembali sedar lebih kurang pukul 8 malam dan kemudian aku dihantar ke wad lebih kurang pukul 8.30 malam. Sis & Kak Yasni setia menunggu aku diwad. Dalam sedar dan tidak, aku masih sempat berjenaka bila terpandang TV menyiarkan drama korea kegemaranku dengan mengatakan "tu bukan Pak Su tapi Shina.." kemudian aku terus lelap hingga ke pagi. Ke esokan pagi aku berasa agak sihat dan aku sudah dapat berjalan dan mandi sendiri dengan pengawasan nurse. Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang datang melawat, yang menalifon dan yang mendoakan aku di FB. Dengan doa kalian, aku berjaya mengharungi pembedahan ini. Syukur sekali lagi kepadaMu Tuhan.

Hari ini, 21hb Julai 2011 aku telah dibenarkan keluar dari hospital dan mendapat cuti sakit hingga minggu depan. Walaupun begitu, esok aku terpaksa ke pejabat menyiapkan 1 lagi kerja penting sebelum boleh berehat sepenuhnya. Bila difikir-fikirkan, berbaloi ke pengorbanan yang aku buat ni?? Aku pun tak pasti. Dengan keadaan perut aku yang merasa ngilu bila kerap bergerak, aku terpaksa ke pejabat untuk menjalankan tugasku sebaik mungkin. Insyaallah, aku akan pulang ke Penang esok malam dengan menaiki keretapi. Aku berharap dan berdoa semoga perjalanan aku berjalan lancar dan selamat sampai ke rumah.

Kaseh : Dimasa kesulitan seperti ini baru kita dapat lihat siapa kawan kita yang sebenarnya.. :-(

0 comments:

Template by:

Free Blog Templates