Sunday, August 21, 2011

Ramadhan Bulan Keberkatan

Alhamdulillah itu yang aku patut ucapkan bila terkenang tentang Ramadhan tahun ini. Warga MIA (opis aku) telah berkesempatan untuk bersama-sama melakukan misi kemanusiaan dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Pertama sekali kami diberi peluang oleh Allah untuk berbakti dan bersedekah kepada Madrasah Gouthiyyah. Madrasah ini berdekatan dengan MIA dan setiap hari dalam bulan Ramadhan, lebih kurang 100 - 200 orang datang berbuka puasa disana. Kami berjaya mengumpulkan duit sebanyak RM1450 dari kawan-kawan Islam yang lain dan menyerahkan duit itu kepada wakil masjid pada 19hb Ogos lepas. Alhamdulillah, semoga duit itu dapat dimanfaatkan untuk kegunaan Madrasah dan juga jamuan berbuka puasa disana.

Misi kemanusiaan kedua adalah semalam 20hb Ogos 2011, kami seramai 12 orang wakil MIA telah pergi ke Rumah Budi Penyayang di Bandar Sri Damansara. Rumah Budi Penyayang menempatkan seramai 15 orang warga tua dan lebih kurang 30 orang anak-anak yatim. Misi ini adalah projek SRC (Sport & Recreation Club) dan SRC telah mendapat pelbagai sumbangan berupa barang-barang keprluan harian dari warga MIA. Respon dari warga MIA cukup menggalakkan dan mengharukan SRC. Hampir 10 kotak besar memuatkan pelbagai barangan seperti beras, biskut, susu, toiletries, minyak masak, kopi, teh, bihun, tepung dan lain-lain.
Kami sampai disana lebih kurang pukul 9 pagi dan kami dijemput ke dewan untuk bertemu dengan warga emas di sana. Seramai 8 orang mak cik & 7 orang pakcik yang ditempatkan di Rumah Budi Penyayang. Kami berbual dan sesi perkenalan dimulakan. Makcik & pakcik2 nampak gembira tapi kita tidak tahu apa yang mereka rasa didalam hati. 3 orang wakil MIA mempersembahkan lagu untuk mereka dan selepas itu mereka meminta jika boleh dibuat sesi karaoke. Alhamdulillah, pentadbir disitu memberi kebenaran dan membantu menyediakan TV, VCD player & sound system untuk karaoke system. Rupanya pakcik2 ini memang gemar berkaraoke. Salah seorang wakil MIA sempat berduet dengan pakcik2 ini. 

Oh ya, sebelum berkaraoke kami sempat menari poco-poco dengan pakcik & makcik. Rupanya ada cikgu yang datang mengajar poco-poco 2 kali seminggu. Selepas berkaraoke, kami berkesempatan melawat rumah pakcik dan makcik. Bilik dan rumah mereka cukup selesa dan  dijaga rapi. Selepas itu kami melawat ke salah sebuah rumah yang menempatkan anak-anak yatim. Bila melihat anak-anak itu, aku sebak dan tak dapat nak menahan airmataku. Aku terkenang anak-anak saudaraku dikampung yang cukup bernasib baik jika dibandingkan dengan anak-anak yatim ini.

Sebelum pulang, aku sempat memeluk semua makcik2 itu. Kebanyakkan mereka bertanya bila aku akan datang menjenguk mereka lagi? Sekali lagi aku tak dapat menahan kesedihanku. Kemudian bila aku kata Insyaallah jika ada rezeki lepas raya nanti kami datang lagi. Makcik bertanya lagi, lepas raya tu bila? Kalau datang jangan lupa bawak lemang yer.. Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku pada masa itu. Terharu & sedih bercampur aduk.

Aku pulang dengan perasaan yang bercampur aduk dan aku berniat jika diizinkan Tuhan aku akan datang lagi ke sini untuk menggembirakan makcik2 dan pakcik2 itu. Doaku semoga Tuhan memberikan kesihatan yang baik kepada mereka semua dan memberikan mereka kegembiraan dan kebahagian hingga ke akhir hayat mereka.

Kaseh: Masa inilah aku merasakan yang aku kurang memeluk ibu dan abah dan jarang meluahkan kepada mereka yang aku amat sayangkan mereka dan aku amat bersyukur kerana aku dianugerahkan ibu dan abah seperti mereka. I Luv You Mom & Dad!!!!

0 comments:

Template by:

Free Blog Templates