Saturday, July 16, 2011

Save the Planet

2 Julai yang lalu aku & kengkawan opis menyertai Save the Planet project. Save the Planet merupakan projek SRC terakhir sebelum term kami sebagai exco berakhir. Save the Planet ni projek penanaman pokok bakau yang kami kolaborasi dengan FRIM. Projek ini akan diadakan di Sg. Haji Dorani Kuala Selangor.
Seramai lebih kurang 25 orang staff MIA yang terpanggil untuk menyertai projek ini dan lebih kurang 10 orang kakitangan FRIM yang turut menyertai kami.

Kami bertolak dari KL pada pukul 8.30 pagi dan sampai disana pada pukul 10 pagi. Setelah taklimat penanaman pokok selesai kami berangkat ke tapak penanaman dipersisir pantai. Lebih kurang 1 jam setengah, kami berjaya menanam 300 pokok bakau. Satu pengalaman yang begitu bermakna sekali buat kami semua. Setelah selesai penanaman, kami membersihkan diri dan kemudian menjamu selera (lunch) di Sg. Haji Dorani Resort.

Selesai makan, aku menumpang salah seorang rakan untuk pergi ke workshop kereta kerana kereta kakakku tidak boleh start tadi dan terpaksa dibawa ke workshop. Alhamdulillah, kereta dah ok setelah bateri ditukar. Kami bertolak balik ke KL tapi sempat singgah membeli mentarang ditepi jalan. Selepas itu kami berhenti semula untuk makan mentarang bakar. Sedap sekali.. fresh sangat..

Kami sampai di KL lebih kurang pukul 4.30petang dan kami terus ke pasar malam jalan TAR.. Membeli laksa utara dan memborong bunga telur buat kakakku di Semua House. Pulang kerumah dengan perasaan yang happy walaupun keletihan.

0 comments:

Template by:

Free Blog Templates