Jumaat malam yang lepas (17 Jun 2011) aku bertolak balik ke kampung dengan menaiki tren antara bandar KTM. Aku & sis booked private cabin (2nd class +) malam tu dan inilah kali pertama aku balik kampung menaiki tren. Tren bergerak pada pukul 10.30 pagi dan sampai di Butterworth pada pukul 7 pagi. Sesampai di Butterworth, Abg NS (bakal BIL aku) dah menunggu kami dengan sabar dan kami terus pulang kerumah selepas menapau roti canai.
Sesampai dirumah, abah dan kakak telah menunggu kami diluar rumah. Abg NS pertama kali sampai ke rumahku dan dengan bersahaja dia berborak dengan abahku tanpa kekok. Dari cerita pasal memancing sampai la ke cerita sedara mara. Abah bercerita yang kami ramai saudara di bahagian utara perak begitu juga dengan Abg NS. Aku, mak, sis & anak-anak sedara aku hanya mendengar dan berbual sesama sendiri. Tiba-tiba aku terdengar abah memberitahu Abg NS yang dia mempunyai saudara di Trong Perak. Aku terus menyampuk dan berkata "ala bah, yang tak jadi ari tu pun kat Trong jugak.." aku tersengih. Abah pulak jawab "tu bukan Trong tapi tu teruk!" aku & sis apa lagi ketawa terbahak-bahak la mendengar jenaka abahku.. Tapi kesian Abg NS, sebab dia tak faham apa yang abahku cakap... hehehe.. Melalui sis, rupanya Abg NS ada bertanya sis berkenaan lawak abah tu selepas dia pulang dari rumahku.. Then baru la dia paham.. hehehe
Abg NS pulang selepas lebih kurang 2 jam berada dirumahku. Aku, sis & emak tertanya-tanya samada abah aku setuju dan suka dengan Abg NS.. Tiba-tiba abahku bertanya "mak hang, kita nak buat kenduri arah sekali ka minggu depan?" Aku menoleh ke arah sis & kami sama-sama tersengih.. Abah setuju la tu.. yeeehaaaaa... mak menjawab "ikut abah hang la.. boleh ja kalau nak buat kendiri arwah sekali".. Kalau aku happy, Sis lagi lah happy.. Impiannya nak berumah tangga dah hampir jadi kenyataan.. Alhamdulillah!
0 comments:
Post a Comment