Sunday, November 20, 2011

Keseorangan di hari minggu.. & Lie to Me

Minggu ni sekali lagi aku keseorangan dirumah. Minggu lepas pun sama dan bermula la kehidupan aku keseorangan selepas kakak aku bergelar isteri. Minggu2 akan datang juga aku akan keseorangan kerana kakak aku akan berulang alik ke Kulim dihari minggu (maklumlah menjalankan kewajipan seorang isteri jarak jauh).

Minggu ni aku berkurung dalam rumah selama 2 hari.. Malas nak turun ke bawah untuk tapau makanan. Aku makan apa yang ada jer seperti maggi.. roti.. maggi & maggi.. hehehe tak de mood nak turun sorang2. Since semalam (Sabtu) aku order 2 regular dominos pizza, then ari ni (Ahad) aku just panaskan pizza tu and makan untuk sarapan & lunch.. Walaupun dah muak, tapi aku paksa juga perut aku untuk terima.. hmmm (sigh).. sedih kan?



Semalam aku start tengok cite korea baru, Lie to Me tajuknya.. Aku tengok kat EPDrama.com. Poster seperti kat atas tu. Cite ni pun best.. Kisah percintaan yang bermula dengan cite bohong.. hehehe sanggup aku tido lambat sebab nak tengok cite nih. Gambar last tu adalah gambar lead actor nama dia Kang Ji Hwan.. dalam cite nih dia memang handsome & karektor dia memang matured, bertanggungjawab, loving & caring.. kiranya jatuh cinta la dengan karektor & lakonan dia ni.. Tengok je muka dia dah boleh buat aku tersenyum sorang2... hmm ni la penangan hero korea.. 

Mungkin orang lain fikir aku gila bila boleh layan drama korea ni berjam2 & gila dengan hero2 korea tapi aku bersyukur sebab masa lapang & masa bosan aku dipenuhi dengan cite2 korea nih. Bila tengok cite korea seperti jugak seperti membaca novel2 cinta.. Pasti akan menangis.. marah.. gembira.. kecewa & bahagia.. At least aku happy dan tak teringat tentang masalah2 aku bila aku layan cite2 korea nih..

Apa yang pasti, cite2 korea ni pasti akan menjadi kawan baik & peneman aku dimasa sekarang dan masa depan.. :-)

0 comments:

Template by:

Free Blog Templates