Since raya hari tu aku kerap kali teringan pada ex-boyfriend (boyfriend ke? hehe) aku dulu iaitu SAA @ pakcik. Kenapa aku gelarkan dia pakcik? Sebab dia lebih tua dari aku, perbezaan umur kami lebih kurang 15 tahun. Aku berkawan dengan pakcik lebih kurang 3 tahun.. satu jangkamasa yang agak lama la bagi aku.
Sepanjang mengenali pakcik, aku memang ditatang seperti minyak yang penuh, nasib baik la aku ni jenis yang tak suka mengambil kesempatan. Kalo tak, sure aku dah senang sekarang ni. Ye lah, pakcik ada busines sendiri + bekerja di sebuah hotel yang agak terkenal diKL sebagai salah seorang pengurus. Cakap je nak apa, pasti akan dibelikan... hehehe tapi aku bukan mata duitan. Pakcik pernah menyuarakan nak belikan aku kereta, masa tu aku baru dapat lesen kete, tapi aku tolak. Aku cakap, aku akan beli keta satu hari nanti tapi dengan duit hasil titik peluh aku sendiri.. cewah! Pakcik hormati pendirian aku tu. Tapi setiap kali hari raya, pakcik akan belikan aku sepasang baju raya, handbag & kasut. Kiranya lengkap la 1 persalinan raya untuk aku.
Aku stay area Bangsar, pakcik pulak stay kat Klang. Aku bekerja di Damansara dan dia bekerja di Bukit Bintang. Setiap hari dia akan datang ke Bangsar, ambil aku dan hantar ke Damansara pastu dia akan patah balik ke Bukit Bintang. Setiap hari without fail... Hmm batapa sayangnya dia kat aku. Hari minggu pulak, dia selalunya bekerja tapi dia akan pastikan dia akan membawa aku keluar lunch, dinner atau tengak wayang pada hari Sabtu & Ahad. Bila aku tanya kenapa, jawapanya dia takut aku keluar dengan orang lain sebab dia tahu aku cepat bosan kalau tak buat apa-apa kat rumah dihari minggu.
Satu lagi kenangan yang aku tak dapat lupa ialah, aku ni jenis yang tak suka minum air panas selalunya aku akan order air sejuk @ air berais tak kiralah pagi atau malam. Selepas aku kenal dia, setiap hari breakfast dia akan orderkan aku air panas, pakcik cakap tak elok minum air berais. Dan untuk memastikan aku habiskan air panas tu, dia akan meniup air tu sampai suam, then baru aku minum.. Hmm korang dapat bayangkan tak?
Bila aku berkerja di Perak, pakcik akan datang melawat aku 2 minggu sekali. Dan selalunya kitorang akan berjalan2 ke Penang. Aku mengadu yang aku bosan keje kat Perak then dia belikan aku DVD player dan banyak DVD2 filem terbaru untuk aku hilangkan kebosanan.
Banyak lagi kenangan2 yang manis antara aku dan pakcik.. kalo nak cite sure sehari pun tak cukup untuk aku menaip. Dipendekkan cite, aku terpaksa putuskan hubungan kami kerana aku tahu yang hubungan kami tak akan mendapat restu dari famili aku. Then aku tak nak dicop jadi anak derhaka, so walaupun berat hati nak lepaskan dia tapi aku terpaksa cekal dan kuatkan hati aku untuk melukai hati pakcik...huhuhuhu.
Sepanjang hidup aku, aku rasa pakcik lah yang paling sayangkan aku.. walaupun selepas pakcik ada beberapa insan lain yang singgah dalam hidup aku tapi aku rasa dialah yang terbaik.. cukup sabar dengan kerenah aku.. sangat memahami.. caring... loving.. matang dalam membuat keputusan.. cukup bertolak ansur... mungkin sebab itu aku tak boleh nak lupakan dia 100% walaupun dah hampir 7 tahun aku tak bertemu dan mendengar cite berkenaan pakcik..
Aku doakan pakcik bahagia dan berjaya dalam hidupnya... Amin!
0 comments:
Post a Comment