Thursday, March 11, 2010

Pantai Air Papan, Mersing, 26 - 28 Feb 2010
















Baru je balik dari Sabah dan sekali lagi aku berjalan-jalan ke Mersing Johor. Belum pernah menjejakkan kaki ke Mersing nih.. Bagi aku yang suka berjalan-jalan dan melancong, tak kisah diluar atau didalam negeri asalkan aku dapat tengok keindahan alam ciptaan Tuhan.. tambah2 lagi dalam negara.. jimat skit.. tak gitu?

Rancangan ke Mersing ini sangat last minit, sehari sebelum cuti Maulidur Rasul tu baru confirm nak pergi ke Mersing dan aku la yang jadi mangsa untuk mencari chalet disekitar Mersing. Aku try google dan dapat la beberapa nombor tepon chalet sekitar pantai air papan. Air Papan Chalet dah fully book, yang lain2 nombor tak dapat dihubungi atau dah tak ada dalam perkhidmatan. Aku dah cuak.. kat mana nak stay nanti. Sebagai alternatif terakhir, aku book bilik kat Hotel Seri Malaysia Mersing.

Sehari sebelum berangkat ke Mersing, rakan baik di office memberitahu yang dia mempunyai anak saudara diMersing yang mengusahakan chalet di pantai air papan. Dan melalui dia, aku dapat booking chalet berhadapan dengan pantai. Alangkah bestnye.. rezeki disaat-saat akhir. Kami bertolak dari KL dalam pukul 10.30 pagi. Perjalanan dari KL, melalui Kuala Pilah, Rompin dan sampai di Mersing dalam pukul 4 petang. Kami singgah di Muazam untuk lunch dan sebelum ini singgah di Felda Keratong menghantar anak saudaraku ke rumah mertuanya.

Kami menginap di Sri Tanjung Chalet. Bilik yang ada hanyalah family room, terlalu besar untuk kami berempat tapi disebabkan dah tiada pilihan, kami belasah jer.. Ada aircond & astro.. Memang chalet kami berhadapan dengan pantai air papan dan suasana cukup nyaman, segar dan aman sekali. Keadaan sekeliling chalet juga bersih dan cantik.

Aku berada disana selama 3 hari 2 malam.. Suasana disini sungguh menyegarkan.. Pantai yang bersih.. Udara yang nyaman & segar.. Tiada hiruk pikuk kenderaan.. Memang sesuai untuk melapangkan fikiran dan dari kesibukan kota. Best sangat. Hari kedua aku melepak di sebuah gerai makan kecil ditepi pantai.. breakfast nasi lemak ayam goreng panas2.. best sebab dapat makan ditepi pantai dan udara yang sepoi2 bahasa.. cewah! tapi best la.. mcm tak nak balik ke chalet.. hehehe

Tengahari kami makan di Pekan Mersing.. sambil keluar membeli barang2 keperluan & mengisi minyak kereta. Line telefon bimbit @ telefon tanpa wayar hanya full bila di Pekan Mersing. Di chalet tiada line telefon tanpa wayar.. :-(

Tiada aktiviti lain yang aku buat sepanjang disana.. pagi2 aku akan dikejutkan oleh kakakku. Kami akan berjogging disepanjang pantai air papan, setelah penat kami melepak digerai tepi pantai.. Makan nasi lemak & teh tarik.. Petang berehat dichalet dan lewat petang baru terjun ke pantai. Air pun sejuk dan aku terlebih berani kali ini sebab pantainya landai.. hehehe kalo tak, sure aku main air kat tepi pantai jer.. Puas mandi, sekali lagi melepak kat gerai yang sama untuk minum petang merangkap dinner.

Hari ketiga, sebelum balik aku sempat memberitahu Kak Ida (pemilik chalet) yang kami akan datang lagi ke sana pada bulan Mei nanti.. Tempat tu terlalu best untuk ditinggalkan. Kali ini kami pulang melalui Kluang & Ayer Itam. Kami singgah di Ayer Itam untuk mencuci mata dengan barang2 yang murah disana. Kemudian meneruskan perjalanan menerusi Plus Highway. Kami sampai di KL lebih kurang pukul 7 malam.
Walaupun penat tapi aku rasa percutian ini berbaloi-baloi (mcm celcom plak)..

Insyaallah kalo plan kami ni menjadi dan diizinkan Allah, aku akan sampai sekali lagi ke pantai air papan pada bulan Mei nanti..

0 comments:

Template by:

Free Blog Templates