Monday, March 1, 2010

Kota Kinabalu - 2 Feb 2010 - 5 Feb 2010





















Hari ni baru datang mood untuk update & upload gambar-gambar aku diblog nih..

Awal Febuari lalu dari 2hb hingga 5hb aku telah berkesempatan melawat Bandar Kota Kinabalu Sabah.. Aku kesana bersama kakak & seorang lagi teman. Hanya kami bertiga dan kami telah melantik tour agent untuk membuat ground arrangement semasa kami disana.

Bertolak dari rumah dalam pukul 7.30pagi dan bertolak ke LCCT dalam pukul 8 pagi.. selepas bersarapan (mahal giler mcm tak masuk akal harganya)kami menaiki flight pada pukul 10.10 minit pagi dan alhamdulillah sampai di KK Airport pada pukul 12.30 tengahari.

Setiba kami disana, kami disambut oleh tour agent kami iaitu Hilda. Kami dibawa terus ke hotel kami iaitu Sarangnova Hotel di Jalan Gaya di Bandar KK. Jalan Gaya adalah jalanraya pertama di Sabah. Sarangnova pula bermaksud sarang burung. Sebuah hotel budget yang baru, bersih dan mudah diakses. Tapi bilik yang kami diami itu tidak mempunyai almari cuma kemudahan TV, astro, aircon & water heater. Ok la kan.. nama pun badget hotel.

Sesampai kami dibilik, kami berehat sebentar dan mula memikirkan apa aktiviti untuk hari ini.. Kami berjalan ke Jesselton Point atau jesselton jeti untuk ke mana2 pulau sekitar Sabah termasuklah Labuan. Hasrat untuk ke Labuan tidak menjadi kerana kami terlepas bot yang terakhir kesana iaitu bot pukul 1 tengahari. Bot pertama kesana pada pukul 8 pagi, hanya ada 2 trip untuk ke Labuan iaitu pada pagi & tengahari sahaja. Kami mengambil keputusan untuk lunch di Jesselton Point di Restoran Nasi Padang Ibu. Selepas kenyang kami mengambil teksi ke Centre Point Shopping Compleks.. dan aku sempat membeli t-shirt Sabah buat kenang-kenangan buat aku. Selepas berlegar-legar di Centre Point, kami meneruskan perjalanan (jalan kaki) ke Filipino market. Tempat membeli cenderahati & kraftangan orang-orang Sabah. Banyak juga kami berhabisan disini.. semua memborong cenderahati buat kawan-kawan dan keluarga disemenanjung. Pada sebelah petang, kawan sepejabatku (cawangan Sabah) telah berbesar hati untuk membawa kami melawat sekitar Bandar KK. Kami dibawa ke Tanjung Aru Resort & Spa untuk melihat matahari terbenam dan selepas itu kami dibawa ke Tuaran untuk menikmati makanan laut.. Pertama kali aku makan siput yang cantik itu (namanya tak tau).. dan makan mee tuaran.. sedap bangat sih!.. Terima kasih buat Catherine, Shirley & Indah.. kami pulang ke hotel dalam pukul 10.30 malam.

Hari ke 2 di Sabah kami dibawa oleh tour agent ke Sutera Harbour Marina untuk membuat Island Hoping. Ditepi marina itu pun dah boleh lihat batu karaang & ikan-ikan kecil dipermukaan air.. sungguh tyeruja aku.. tak sabar untuk ke pulau Manukan & Mamutik seperti yang telah dijadualkan. Menaiki speed boat yang agak kecil merupakan pengalaman ngeri bagi aku.. hehehe.. dalam dok bersuka ria nak snorking nanti, aku menjadi seram & takut bila bot tu dipandu dengan laju & sesekali tidak mencecah permukaan air.. pucat muka aku seketika.. hehehe sesampai di Manukan Island, rasa ngeri terus hilang apabila aku disambut oleh ikan2 perbagai jenis dipermukaan jeti.. best giler! kami terus mencari port yang sesuai untuk meletakkan barang2 dan memulakan snorking kami. Ini adalah kali pertama aku melakukan snorking.. maklum lah aku kan fobia dengan air.. hehehe tapi disebabkan ikan2 banyak disekitar pesisir pantai, kami hanya dibenarkan snorking ditepian pantai sahaja.. itu pun sudah memadai kerana kami dikelilingi oleh ikan2 yang berwarna-warni.. pada mulanya agak ngeri bila ia mengelilingi aku.. takut kena gigit dek ikan2 itu.. tapi lama-kelamaan seronok pula.. selepas berjam-jam berjemur ditepi pantai (muka dan badan aku dah terbakar dek sinaran matahari) aku dibawa ke Mamutik Island untuk lunch ditepi pantai.. kami disajikan dengan makanan laut. selepas lunch sekali lagi kami masuk ke pantai untuk snorkling.. best.. kami pulang semula ke Sutera Harbour Marina dalam pukul 4.30 petang. Sekembali ke hotel, kami keletihan & melayan mata yang mengantuk.. malam hari kami hanya makan KFC diseberang hotel kami.

Hari ke tiga, kami telah berangkat ke Kinabalu Park (dibawah Gunung Kinabalu). perjalanan mengambil masa 2.5 jam untuk sampai kesana.. menaiki coach 24 seater macam menaiki roller coaster. Jalan bukit yang curam dan berliku-liku.. seram juga aku dibuatnya. Mengikut kata tourist guide kami, Nurhidayah, kadang-kadang gunung kinabalu taidak kelihatan dek kerana kabus yang tebal dan kami berharap kami dapat peluang untuk melihat gunung kinabalu dari jarak yang dekat.. Alhamdulillah, cuaca agak carah dan menyebelahi kami.. dalam perjalanan kami dapat melihat gunung kinabalu. Kami singgah di Nabalu Market selama 15 minit, aku sempat menyambar beberapa barang cenderamata untuk dibawa pulang ke KL. Kami mereruskan perjalanan ke Kinabalu park selama 30 minit dan sesampai disana cuaca agak redup. Kami masuk dan menjelajahi Botanical Garden. Banyak spesis orkid disini. Setelah selesai, kami meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring. Perjalanan mengambil masa selama 50 minit. Disini aku berkesempatan menaiki canopy walkway setinggi 200kaki yang diikat pada 4 pokok besar. Agak mengerunkan pada mulanya tapi seronok bila dapat sampai ke check point yang terakhir. Sebelum menaiki canopy walkway, kami perlu memanjat lebih kurang 300 meter sebelum sampai ke chack point yang pertama. Termengah-mengah aku bila sampai dicheck point pertama, muka & badan berpeluh seperti berlari 100 meter. hehehe. Selepas penat mendaki dan berjalan di canopy walkway, kami mandi di Poring Hot Spring.. tapi disebabkan kepanasan, kami mengambil keputusan untuk mandi air bukit sahaja.. Foreigner je yang mandi air panas.. kami hanya mandi air bukit yang sejuk itu.. so fresh! kami bergerak pulang pada pukul 3.30 petang. Sampai di KK City, kami bertiga singgah di salah satu seafood restauran.. makan time.. tapi yang paling best, soft shell crap dia sekor baru 10 ringgit.. masakan pun sedap.. Dan di KK City ni hanya orang Cina sahaja yang mengusahakan restoran seafood.. tapi jgn risau, ia halal. Pulang kehotel dengan hati yang gumbira & kekenyanga.. :-)

Hari ke empat, hari untuk pulang ke KL. Setelah bersarapan, kami ke Filipino Market lagi sekali untuk shopping wat kali terakhir. Yatim (tour agent) datang menjemput kami pada pukul 12 tengahari dan membawa kami makan di Melaka Restaurant. boleh tahan masakan dia dan selepas itu dia membawa kami meronda-ronda sekitar KK City termasuk ke Bangunan Yayasan Sabah mercu tanda KK City, menara jam putih & Signal Hill. Best sekali.. Kami sampai di airport pada pukul 5 petang dan flight pada pukul 6.10 minit.. Kami sampai di LCCT pada pukul 9 malam..

Trip ke KK memang best dan rasanya aku teringin untuk menjejaki kepulauan borneo ni lagi sekali jika dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki.. mungkin datang bersama orang tersayang untuk berbulan madu.. siapa tau kan? :-D Insyaallah.

0 comments:

Template by:

Free Blog Templates