Bulan Feb ni memang bulan berjalan2 bagi aku.. hehehe dan pada 21 & 22 Feb 2010 aku telah berkempatan menginap di Agrotek Gerden Resort Hulu Langat. Kebetulan opis kakakku ada family day disana dan aku kan family dia so aku pun ikut la sekali.. hehehe
Agrotek Garden Resort ni agak besar & terletak dikawasan berbukit. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini seperti flying fox, acara air dan juga acara darat. Kebanyakkan yang datang kesini adalah group2 dari syarikat2 atau IPT. Mereka membuat family day atau team building. Penginapan juga banyak pilihan... dari dorm hinggalah studio or standard room. Kawasan luas dan bersih.
Aku stay di bilik yang diberi nama Bilik Rumbia. Boleh muat 4 orang. Hanya ada basic amenities la.. bilik mandi & TV. Tapi yang best, air sungai yang mengalir dalam Resort tu punyalah sejuk.. mcm air ais.. walaupun mandi ditengahari. Lagi satu yang best, boleh buat fish spa free kat situ.. ikan2 kecil banyak dan bila kita stay diam2 dia akan datang dan gigit kaki kita.. best betul.. Air dia plak jernih so kita boleh nampak ikan2 kat sekeliling kita tu..
Walaupun sekejap tapi aku rasa tempat tu best untuk release tension & untuk relax. Makanan aku tak sure mahal ke tak sebab kitorang makan kat luar masa disana tu.
Kepada sesiapa yang malas nak travel jauh2 untuk release tension, tempat ni aku syorkan.. tenang & aman sekali.. :-D aku pun teringin nak datang wat aktiviti bersama kawan2 opis kat sini.. tapi tak sure la boleh ke tak.. Insyaallah..
0 comments:
Post a Comment