Minggu lepas, seorang teman lama mengungkit tentang Dia... Temanku bertanyakan tentang hubungan Dia dan aku.. dan temanku juga mengutuk siDia terang-terangan dan aku cuba untuk menangkal segala tanggapan negetif temanku tentang Dia.. Temanku bertanyakan apa lebihnya Dia berbanding orang lain.. Aku masih mampu mengatakan segala kebaikan tentang Dia.. segala charming yang ada pada Dia dimataku.. Apa yang aku musykilkan adalah.. mengapa aku perlu mempertahankan Dia didepan temanku? Mengapa?? Jawapannya masih belum aku temui..
Beberapa hari lepas, aku berkesempatan mengetahui perkembangan tentang diri Dia.. Dia telah pergi bercuti bersama teman2 sekerjanya dan Dia kelihatan sungguh gembira dan bahagia dengan kehidupannya kini.. Melihat kegembiraan yang terpancar pada wajahnya membuatkan aku tersenyum.. Dan tiba-tiba aku mengangankan alangkah baiknya jika aku ada bersama-sama Dia dikala percutian itu.. Aku menceritakan hal ini kepada teman baikku.. Temanku bertanya apa yang aku rasa dikala itu.. Aku mengaku bahawa melihat wajahnya saja telah membuatkan aku tersenyum dan membuat hatiku sejuk.. Sekali lagi temanku bertanya mengapa tidak bersama Dia jika aku menyenangi Dia? Bagaimana harus aku bersama dengan Dia jika Dia tidak menyayangi aku? Dia tidak boleh menerima aku seadanya aku... dan tatkala itu airmata ini mengalir tanpa diundang.. Semua kenangan sedih dan pedih berlegar-legar dalam fikiranku.. Dan dikala itu juga aku bersyukur yang aku tidak lagi bersama dengan Dia.. Tidak lagi perlu merasakan segala penghinaan yang Dia pernah lemparkan padaku.. Temanku mengatakan yang aku masih lagi dihantui oleh kenangan & diri Dia..
Bila aku fikirkan semula.. ya, aku masih tidak dapat melupakan apa yang telah terjadi antara kami berdua.. Aku masih merindui telatah diri Dia dan dalam masa yang sama aku membenci diri Dia kerana telah mengecewakan diriku dan menghancurkan hatiku..
0 comments:
Post a Comment