Bagaikan tidak percaya, semalam dan hari ini telah menyaksikan aku keluar bersama dengan my X @ Dia.. Semalam aku menemani Dia makan dan melepak diTaman Tasik dan kemudianya ke Pasar Malam Jalan TAR.. menemani Dia membeli belah untuk barang yang dipesan oleh kawan2 wanitanya.. Dan menemani dia bershopping di SOGO sebelum melepak di Chawan @ Bangsar..
Teman serumah mencebik bila aku mengatakan aku akan keluar bersama Dia.. Mempersoalkan kenapa aku masih sudi keluar dengan Dia setelah apa yang terjadi pada diriku.. Aku tahu mungkin sesetengah orang tidak dapat menerima semua ini.. tapi aku rasa tidak salah aku memaafkan dirinya dan berkawan semula dengan Dia.
Dia tidak banyak berubah.. hanya keretanya berubah warna dan dirinya agak berisi dari dulu. Dia banyak bercakap kali ini tidak seperti dulu.. masih kaya dengan usikan dan gurauan. Hatiku rasa tenang melihat dirinya happy dan bila aku selami hati ini, aku rasa aku telah dapat menerima Dia sebagai seorang kawan.. Tiada lagi perasaan halus itu.. yang ada hanyalah perasaan eppy bertemu kawan lama.. Alhamdulillah!
Hari ini sekali lagi aku keluar bersama Dia.. Menemani Dia sebelum Dia pulang ke utara.. Kami ke Cineleasure Damansara dan menonton wayang dan setelah itu dinner di TTDI. Kami bergurau dan ketawa.. Tapi yang aku hairan, Dia mengingati setiap tempat yang pernah kami lalui dulu bersama dan dia mengingati setiap kejadian dan memori kami dahulu.. Aku terharu.. Dan apa yang aku perasan Dia kerap kali tersasul memanggilku dengan panggilan dulu.. hmmm aku rasa Dia belum berjaya melupakan apa yang telah terjadi antara kami.. Sebelum menghantarku pulang Dia mengatakan yang dia ingin tahu perkembangan tentang diriku dan disebabkan itu dia sudi mengajakku keluar. Dan Dia juga meminta agar aku tidak akan bersedih dengan kepulangannya ke Utara malam ini..
Bila difikir-fikirkan.. kelakar pun ada.. Mengapa perlu aku bersedih dengan kepulangannya? Dia hanya kawan dan tiada sebarang harapan lagi dalam hati ini untuk dirinya.. Aku bersyukur akhirnya aku menemui jawapan kepada soalan yang telah lama berada dalam hati & fikiranku.. dengan kedatangannya kali ini.
Buat B, aku doakan kau berjaya menemui sinar dalam hidupmu.. Apa yang dapat aku lihat, kau bahagia dengan kehidupanmu kini.. Terima kasih kerana meluangkan masa denganku weekend kali ini dan terima kasih atas layananmu itu.. Entah bila kita akan berjumpa lagi tapi aku doakan kau ceria dan bahagia disamping keluarga dan orang tercinta.
Buat diriku.. Aku percaya Tuhan lebih mengetahui apa/siapa yang boleh membahagiakanku dan yang terbaik buat diriku.. Aku pasrah dan berserah padaMu Tuhan atas segalah rezeki, kebahagiaan dan rahmatMu.. Semoga aku juga akan memperoleh sinar yang aku impikan tidak lama lagi.. itu juga dengan keizinanMu.. Amin!
0 comments:
Post a Comment