Saturday, November 24, 2012

Hospital Bersalin HKL

Hari ni, 24hb Nov 2012 aku bersiaran dari Hospital Bersalin HKL. Menemani kakak aku yg dimasukkan ke hospital utk pemerhatian doktor. Kandungan nya dah masuk bulan ke 7, dah keadaan kakak aku yang manghidapi kencing manis dan degupan jantungnya yang agak pantas dari biasa perlu dipantau dengan kerap. Semalam dia dimasukkan ke hospital dan hari ni hari aku sekali lagi menemani dia disini.


Duduk disini dengan melihat bayi2 yang comel membuatkan aku asyik tersenyum. Jiwa jadi tenang melihat bayi2 disini. Tak sabar rasanya nak menatap baby kakak aku nanti.

Walaupun begitu, hati, perasaan dan fikiran aku tidak tenang. Terasa seperti hendak menangis dan luahkan apa yang membuatkan aku jadi begini. Tapi apa yang aku bleh buat hanyalah berdoa agar hati aku lebih tenang dan cuba utk bersikap bersahaja didepan semua orang. Dan setakat ni aku berjaya melakukan nya.

Aku berharap agar aku akan menemui ketenangan yang aku perlukan tidak lama lagi. Insyaallah!!

Tuesday, November 13, 2012

Cuti Deepavali & update on my life

Hari ni 12hb Nov 2012, Isnin @ 12.00 tengah malam. Kedengaran bunga api disekitar stesen keretapi rawang. Aku dalam tren Senandung Mutiara ke Butterworth. Tren bertolak dari KL Sentral pada pukul 11 malam dan kali ini aku berada di coach first class sebab class 2 tempat tidur dah habis. Padan la muka aku sebab lambat beli tiket hehe. Ye la, mmg aku dah apply cuti seminggu ni dah lama tapi plan nya nak travel ke Koh Lipe atau Koh Samui untuk berehat dan tenangkan fikiran. Tapi plan tu terpaksa ditunda sebab cuaca yang kurang baik sekarang ni.

So since dah bercuti, aku ambil keputusan untuk pulang ke kampung. Tenangkan fikiran di sana dan pastinya dengan melihat mak dan mendengar suara mak saja dah boleh tenangkan perasaanku..

Kebelakangan ini aku asyik memikirkan tentang hubungan aku dengan dia. Aku tak pasti apa kesudahan hubungan kami. Kami selesa berkawan dan meluangkan masa berdua tapi entahlah.. Aku merasakan ada perubahan sedikut dalam hubungan kami yang pada asalnya hanya kawan ni. Semenjak dua minggu yang lepas, setiap hari kami akan berhubung melalui sms atau line. Kami bertanya kabar dan berkongsi cerita.. Sebelum ini kami hanya berhubung jika ada hal je.

Dulu kalau outing, pasti dia akan bawa kawan baik dia bersama tapi semenjak dua menjak ni kami hanya keluar berdua. Dan semenjak itu juga dia akan setuju dengan apa jua cadangan aku. Jika dulu dia kurang berminat menonton movie melayu tapi sebab aku nak tengok citer melayu, dia layankan jugak. Tak pernah dengar dia mengeluh bila terpaksa layan citer melayu hehehe cian dia.. Bila keluar berdua, kadang2 aku tak de plan nak ke mana tapi bila dia jemput dia akan suggest nak ke sini.. ke sana dan xtvt apa nak buat. Yang bestnya dia akan bawak aku ke tempat baru yang aku belum pernah sampai. So aku langsung tak stress bila keluar dengan dia. Dia cukup memahami bagi aku sebab kekadang aku tak perlu nak cakap or explain panjang, dia selalunya dah bleh baca apa yg aku rasa..

Entahlah, aku tak berani nak mentafsir tentang hubungan kami ni. Bila aku fikirkan apa perasaan aku pada dia, aku masih tak dapat jawapan nya. Aku selesa berkawan dgn dia tapi nak katakan aku sayang dia.. mungkin sebagai kawan ye la.. lebih daripada itu? Belum kot..
Apa-apa pun aku doakan dia akan tetap jadi kawan baik aku walau apa pun terjadi. Kalau jodoh aku dengan dia, aku akan terima. Walaupun skrg perasaan cinta tu takde dlm hati aku, jika dia tercipta untukku Insyaallah satu hari nanti perasaan itu pasti akan datang. Dan jika kami ditakdirkan hanya menjadi kawan baik, aku bersyukur yang Tuhan berikan aku kawan seperti dia. Pastinya dia juga tidak perfect, dia juga ada kelemahan dan sejarah tersendiri, tapi aku harus menerima dirinya sepertimana dia menerima kelemahan diri aku..


Tuesday, October 30, 2012

Another dooms day..

Have you ever feel so sad or down in your life? That is what I am feeling today.. Now I am watching a funny and happy movie but my tears coming out instead of my smile.. it is shows that what i am having inside my head and my heart. I just want to scream and let all my tension go away!!! I am tried my best to smile and laugh today but deel down inside my heart.. only God knows.. I don't know with whom i can share my feeling and my problem.. when I am thinking about it, my tears automatically come out.. pity me!

I will try to maintain my cool tomorrow and pretend that nothing happen.. Wish me luck!!

Saturday, October 13, 2012

Demam Korea Lagiiii...

Lately ni aku sering melayan Youtube sebelum aku tido then masa mencari2 video yang nak dilayan aku jumpa clip2 video dari 2 drama korea yang agak lama tapi menarik bagi aku. So aku pun check dalam external hard drive aku ada tak 2 drama tersebut, tapi hanya ada satu jer drama yang ada iaitu Princess Hour @ Goong.


Kat atas tu adalah main karektor untuk citer Princess Hour nih. Baru aku tahu yang ada satu drama sinetron indonesia yang meniru drama korea ni. Tapi aku tak ingat apa tajuk sinetron tu tapi pelakonnya Baim Wong & Marshanda. Drama ni mengisahkan seorang gadis yang terpaksa berkahwin dengan putera raja disebabkan wasiat datuk & Raja Korea. Drama ni banyak bermain dengan perasaan atau emosi so agak penat jugak la melayan citer nih tapi yang penting happy ending. 


Pic kat atas tu adalah putera raja & princess nya.. Joo Ji-hoon & Yoon Eun-hye. Pada mulanya meraka tidak menyesuaikan diri dengan kehadiran diri masing2 tapi lama-kelamaan mereka jatuh cinta selepas berkahwin. Banyak juga adengan lucu dalam cite nih. Moral of the story, dalam perhubungan ni perlu ada kepercayaan dan setiap hubungan akan diuji dengan banyak cabaran. Jadi pasangan perlu bertolak ansur dan saling sokong menyokong dan percaya antara satu sama lain baru hubungan itu akan sentiasa manis dan bahagia.

Lepas habis layan Princess Hour, aku sambung pulak dengan citer Coffee Prince. Ini pun cite lama dan cite ni memang lucu tapi of course ada jugak part2 touching, emosi dan terharu.. Hehehe aku suke tangok main actor dia iaitu Gong Yoo sebab dia ni tinggi dan sweet sangat bila senyum. Aku mula suke tengok dia since aku tengok drama Big. Dalam cite ni, Gong Yoo nampak berkarisma dengan penampilan dia yang sentiasa kemas (i likeeeeee man with slim fit shirt & jeans or khakis & sneakers). Pasangan dia Yoon Eun-hye jugak dan dlm cite ni Eun-hye menyamar jadi tomboi sebab nak sara keluarga dia yang susah.


Gong Yoo jatuh hati pada Eun-hye bila diorg sama2 bekerja kat Coffee Prince (Coffee Shop) kepunyaan Gong Yoo. Memang banyak adengan lawak dalam cite ni dan tidak ketinggalan part2 romantik, touching dan emosi. Tapi cite nih agak ringan compare dengan cite Princess Hour. So stress la tengok cite nih.

Kat bawah tu adalah main leading charectors dalam drama ni dan berkisar berkenaan cinta 4 segi yang akhirnya melahirkan 2 pasangan yang bahagia... :-) Hari ni, 13 Oct 2012 aku dah khatam cite nih selepas melayan 16 CD/jam cite nih. Puas hati sangatttt..



Sunday, September 23, 2012

[MTV] Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati (OST Adam & Hawa)



Dengar banyak2 kali pun masih akan menitiskan air mata.. Penyampaian Hafiz & Siti memang terbaek sebab aku bleh feel kesedihan tu.. huhuhu

Updates about my life

Dah agak lama aku tak update blog ni dari lappy kan? Malam ni pun bukan dirancang nak update blog tapi disebabkan tak boleh tido (sebab petang tadi dah tido banyak) dan jugak malam ni agak beremosi bila layan telemovie kat youtube. Aku rajinkan la diri ni untuk check & update blog aku nih.

Ada beberapa kawan yang rapat dengan aku perasan yang lately nih aku sering meletakkan quote berkenaan kehidupan single diFB. Ya aku mengaku, aku dapat semangat dari quote2 yang sering aku upload diFB.. At least aku tak berasa tertekan dan aku akan berfikiran positif jika selalu membaca quote2 seperti itu.

Gosip tentang aku & ZMJ dikalangan budak2 opis memang tidak asing lagi dari dulu sampai sekarang. Apa yang aku buat akan dikaitkan dengan mamat nih. Tapi aku tak kisah, sebab aku & ZMJ hanyalah kawan.. Walaupun kami menafikan gosip tu tapi paparazi & mamarazi tak boleh accept so jalan terbaik adalah biarkan je la apa yang diorang nak fikir dan cakap.. Nanti dah penat pandai la diorang berhenti kan?? Hehehe

Balik dari Krabi baru2 ni aku digosipkan dengan salah seorang peserta trip aku iaitu AZ. Mamat ni pun single @ belum berkahwin tapi tak sure available ke tak hehehe. Aku kenal dia masa sama2 pegi trip nih. Dia agak pendiam tapi selesa berkawan dengan dia sebab dia tak banyak songeh.. Bila aku wat lawak or usik peserta lain dia akan gelak jer.. Pendek citer mamat ni mudah nak berkawan mungkin sebab selama ni dia asik berkawan ngan komputer jer kot (maklumlah senior programmer). Tapi bagi aku, AZ adalah salah sorang kawan yang sporting tak lebih dari tu. Gosip pasal aku & AZ masih hangat diperkatakan oleh peserta2 trip diFB.. Bak kata org, I can't choose my fan kan?? Hehehe malas nak layan sangat gosip2 tak berasas nih..

Semalam aku dapat tawaran kerja disalah sebuah hotel terkenal di KL. HR Manager dia sendiri yang offer aku kerja dengan dia dan jawatan sama seperti jawatan aku sekarang (AM-HR). Aku buntu samada nak accept atau tidak. Gaji yang ditawarkan agak bagus cuma dia nak aku masuk cepat. Itu yang menjadi masalah sebab notice period aku 3 bulan. Entahlah.. aku pun masih belum buat keputusan samada nak terima atau tidak.

Ok lah, aku rasa setakat ni jer kot untuk pagi nih. Dah hampir pukul 3 pagi and esok nak bangun awal nak gi tengok movie dengan ZMJ citer "Hanya Tiga Hari". Kena bawak tisu banyak2 sebab citer tu sedih.. Bulan depan nak ajak dia tengok citer 'Aku Terima Nikahnya' pulak..Tu pun citer sedih.. Sure dua2 menangis nanti.. hehehe Good Night.. ops.. Good Morning!!

Friday, September 14, 2012

Amazing trip with amazing peoples

Seperti yang aku citer di entry yang sebelum ni, aku dah pun kembali ke Malaysia dgn selamatnya selepas bercuti selama 6 hari. Esok aku akan kembali bekerja seperti biasa.

8hb hingga 12hb September yg lepas aku ke Ao Nang Krabi Thailand dengan Yasni, Azhar dan 3 kawan baru iaitu Julia, Olo dan Syahrul. Aku akan citer dengan lebih lanjut dalam next entry yer.

Apa yg aku nak citer kat sini adalah trip kali ni amat berlainan dari trip2 aku sebelum ni. Kali ni aku lebih independant dlm merancang kemana nak tuju. Aku happy walaupun letih disebabkan kengkawan yang satu kepala.. I had a really good time there and I wish I could have more trip or vacations with this sporting peo iles mainly Olo and Syahrul.

Insyaallah aku akan citer pasal trip in the next entry. Setakat ni jer utk malam ni. Selamat malam!


Sunday, August 26, 2012

My Next Holiday Trip

Hari ni Ahad, 26 Ogos 2012 aku dah kembali ke KL dab esok akan memulakan kerjaku seperti biasa selepas 10 hari bercuti sempena hari raya aidilfitri.

Insyaallah minggu depan 8hb - 12hb September aku akan ke Krabi Thailand dengan 5 lagi kengkawan aku. Aku harap trip kali ni pun akan berjalan dengan lancar dan semoga kami semua selamat pergi dan selamat kembali.

Kali ini kami tidak menaiki flight tapi kami akan mengembara dengan keretapi dan bas lompat ke sana. Lebih mencabar trip kali ni dan aku harap kawan2 lelaki aku yang baru aku kenal dlm trip kali ni sporting dan bleh masuk satu kepala. Trip kali ni adalah untuk release tension dan berehat so mgkn tak byk shopping session tapi who knows kan? hehehe knowing me sure akan ada shopping session tu kan? hehe

Apa2 pun aku harap trip ni best dan berbaloi dengan apa yg aku plan. Sorry kalau ada tersalah taip dln post ni sebab aku gunakan hp baru aku utk update blog kali ni.

Insyaallah nanti aku balik dari Krabi aku akan cerita dan upload gambar2 trip aku tu. Daaaaaaa!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Rasanya belum terlambat utk aku ucapkan Salam Lebaran pada semua kenalan di sini. Kali ni aku cuba meng'update' blog ni yg dah bersarang dgn gadget baru aku nih.. hehe. Hopefully blog ni tak akan bersarang lagi lepas nih.

Saturday, June 23, 2012

21 June 2012 = ??

21 Jun 2012 tahun ini genab umur aku 33 tahun. Dah tua dah kan? Hehehe.. Seperti tahun2 lepas, aku tak de plan apa2 untuk birthday aku. Tapi disebabkan tahun ni aku ada banyak cuti yang nak dihabiskan so aku ambil keputusan untuk aku cuti pada hari lahir aku.

Malam birthday aku, as usual banyak sms yang aku terima untuk ucapkan selamat hari lahir tapi aku hanya balas pada pagi 21 Jun tu sebab aku tido awal.. hehehe. Lepas breakfast, aku bersiap2 nak ke pejabat KWSP buat kali kedua untuk menguruskan pengeluaran duit deposit umah dari akaun 2. 11 Jun 2012 aku dah pegi tapi ada 1 dokumen tak lengkap. So since aku dah dpt dokumen tu dari lawyer aku, so boleh la aku settlekan hari ni. Dalam pukul 10.45 pagi aku sampai di HQ KWSP dan aku terus berjumpa dengan pegawai yang bertugas. Selepas diteliti, ada lagi satu dokumen tambahan yang diperlukan. Nasib baik pegawai tu baik, dia suruh aku mintak lawyer aku fax kan CTC dokumen tu pada dia, so aku tak yah datang balik. Aku pun suruh lawyer aku hantar fax kepada pegawai tersebut tapi aku kena tunggu untuk selesaikan urusan nih. Selepas 20 minit, pegawai KWSP tersebut dah dapat dokumen yang diperlukan dari lawyer aku. Dan hanya berurusan selama 10 minit, segala urusan dah selesai. Aku akan dapat duit dlm masa 2 minggu.. Yeeaaaaa!!!

Selepas itu aku bergegas ke Sime Darby, aku dah janji nak lunch dengan kakak aku & geng DD. So kami bergerak ke Victoria Station Jalan Ampang. Dapat makan steak favorite aku kat sana.. Bestnyer & dah lama tak berborak dengan geng DD. So kami plan nak ke Korea next year, Insyaallah.

Lepas lunch, dari Sime Darby aku ke Mid Valley. Last week aku kan tak berapa sihat, so aku amik keputusan untuk ke Spa & massage. So aku terus ke Thai Odyssey Massage kat level 2 Mid Valley. Pilih pakej & terus je masuk untuk massage. Selepas 1 jam setengah, dah selesai dan rasa segar je badan nih. Aku pun balik & lepak kat rumah sambil membalas sms dan FB wishes dari kengkawan aku.

Tahun ni aku beli hadiah untuk diri sendiri sebagai ganjaran or reward sebab dah berjaya mengharungi liku2 hidup aku yang mencabar ni sampai ke hari ni. Aku beli handbag & wristlet Coach Original dari US berharga RM1300. Kawan kepada kakak aku bercuti di US so aku mintak dia tolong belikan handbag tu kat sana. Mahal tak?? Hehehe kalo kat Mesia, harga 2 barang tu lebih kurang RM3600. So consider murah la kan?? 




Pada 22 Jun 2012, aku ke opis dan kengkawan opis membuat simple party untuk aku selepas time keje. Diorang beli kek & pizza untuk party nih. Terharu aku dengan ingatan diorang tu. Tapi apa yang buat aku hangin, bila diorang hadiahkan aku frame gambar + gambar aku dengan TTP (teman tapi mesra) aku yang diorang assume kitorang ada hubungan cinta yang dirahsiakan dari diorang. Walaupun berkali2 aku menafikan dan menjelaskan perkara sebenar, diorang masih tak percaya. Hmmm.. nak tak nak terpaksa aku terima dan wat bodoh jer lah.. Gambar ni diambil oleh Kak Mas weekend lepas (15 - 17 Jun 2012) masa kitorang melepak di Port Dickson selama 2 hari 2 malam kat Singapore House @ Banglo Sime Darby kat Jalan Pantai.



Aku amat bersyukur kerana Allah telah panjangjan umurku setahun lagi dan apa yang aku harap dan doakan adalah aku akan jadi lebih tabah dan sabar dlm menghadapi liku2 hidup ni dan aku akan beroleh kejayaan dan kebahagiaan yang aku impikan. Amin & Insyaallah!

Sunday, June 10, 2012

49 days & Love Rain

Bulan May 2012 pertengahan, aku start layan citer 49 days ni. Dah lama download and simpan dalam external hard drive tapi bila tengok episod awal dia tu agak slow. So malas nak sambung tengok. Masa aku balik kampung awal bulan May ari tu, tengah bosan giler kat kampung teringat nak layan balik citer tu. Kebetulan netbook Waterlily ada kat kampung and aku pun bawak balik external hard drive aku, so aku layan la citer nih. 

Awal2 episod memang agak slow dan buat aku mengantuk tapi bila dah menghayati citer nih, actually citer dia menarik dan sangat touching. Biasa la, citer ni aku banyak mengalirkan air mata dari awal sampai last episod. Ada banyak adegan touching @ menyentuh hati tambah2 bila berkaitan parent, best friend and lover. Episod last aku tengok, aku nangis sampai bengkak mata dan pegi keje esok kena make up tebal skit sebab nak cover muke sembab dan mata bengkak.

Apa-apa pun citer ni memang best dan sape nak tengok siapkan fizikal & mental & emosi.. hehehe



Minggu lepas hari Khamis 7 June 2012, aku dah khatam cite LOVE RAIN nih.. Mula-mula tertengok kat KBS World pastu malas nak ikut kat Astro sebab lambat sangat. So untuk cepat, aku tengok kat YouTube je la. Tu pun sempat tengok sampai episod 18 jer sebab the last 2 episode diorang belum upload dlm YouTube. So aku  rehat jap & balik kampung. Lepas balik dari kampung, layan lagi 2 episod last.

Best cite ni coz ada scene masa tahun 70an dan zaman sekarang. Kisah cinta sejati yang tak dapat dipisahkan oleh masa dan kehidupan masing-masing. So nice & touching. Tapi yang penting, citer nih eppy ending..

Friday, May 4, 2012

Phuket Trip 28 - 30 April 2012

 Day 3  
Jenjalan @ Jungceylon Mall sebelum balik Malaysia

 With AK @ Patong Beach

 With AK & Huda

 Dalam Tuk Tuk nak ke Patong Beach

 Orang kenit?? Thanks to Kak Mas for the picture

Night 2
Baru balik dari jenjalan & supper with AK, Huda, Kak Mas, Sham & Yasni

 Staff Annual Dinner - dipaksa menyanyi, lagunya.. Seiring & Sejalan

 Before the dinner start - with our emcee for the nite

 Me & Yasni before the dinner

 Me & Sham.. peaceeee!!

 Me & all the macho guy in MIA :-D before the dinner

 Day 2
After Teambuilding - riding Tuk Tuk & heading to Hard Rock Cafe

 At Hard Rock Cafe

 With Paan - lets bite the Alien!!

 At Jungceylon Mall - looking for some survenir 

 Rambang mata, banyak barang kat sini

 Me & Kak Mas

 Our hotel

 LOVE?? hahaha pic bikin panazzz

 Before the Teambuilding - with Kak Mas & Huda

 Our Teambuilding Group - Honey & the Bee

 Permandangan diluar Royal Kitchen - cantik kan?

 Me @ Hard Rock Cafe

 Me & the gang after lunch (including my COO & CEO)

 Me....

 At HRC with some HRC fan.. :-D

Day 1
Reached Phuket - in the bus with Huda

 At Wat Chalong

 Which way to go???

Dalam flight.. :-D

Pengalaman pergi Phuket adalah pengalaman yang manis sekali.. Aku sempat melihat & menikmati 'keindahan alam' seperti gay bar, poll dancing & akua secara terang-terangan kat sini. Kalau ada rezeki, pasti aku akan berkunjung lagi ke sini. Insyaallah!

Thursday, April 26, 2012

Phuket... Here I come!!

Lusa, Sabtu 28hb April 2012 aku dan kengkawan opis akan berangkat ke Phuket. Dah agak lama aku tak travel kan.. so rasa nebes plak.. hehehe. Aku akan berada di Phuket sampai 30hb April 2012 dan aku harap kami semua selamat pergi dan selamat balik ke Malaysia.

Kami ke sana seramai 87 orang dan aku ditempatkan dalam group 2. Group 1 akan berlepas dari KL ke LCCT pada pukul 4 pagi dan group aku plak akan bergerak dari KL ke LCCT pada pukul 9 pagi. Di sana nanti kami akan mengadakan teambuilding session selama 5 jam dan yang selebihnya adalah aktiviti free & easy.. I LIKE!!! Malam ke dua disana akan diadakan theme dinner dan theme nya adalah blocking colour. 

Tengahari tadi kami ada membuat sembahyang hajat beramai-ramai di opis. Alhamdulillah ramai yang datang bersembahyang dan berdoa bersama-sama. Terima kasih kepada En VP kerana sudi menaja makanan tengahari tadi dan juga kepada semua yang memberi sumbangan ikhlas pada SRC.

Berbalik kepada trip ni, aku hanya ada 1 plan iaitu ke Hard Rock Cafe Phuket.. Cari T-shirt buat survenir.. hahaha and tambahkan collection baju HRC. Yang lain2 tu, aku belasah jer la.. aktiviti yang tak akan ketinggalan adalah shooooppppinggggg... :-D 

Kalau tak sempat nak round2 kat Phuket kali ni, aku ada merancang nak ke Krabi dalam bulan Jun nanti. Insyaallah kalo berkesempatan, boleh la aku repeat Phuket lepas berjimba2 kat Krabi nanti.. Tapi dalam bulan Jun nanti juga aku akan ke Singapore untuk kali ke 2. Kali ni nak pergi Universal Studio @ USS dan jenjalan round Singapore. Hopefully semua berjalan seperti yang aku rancangkan..

Nanti lepas balik Phuket aku akan ceritakan pengalaman semasa berada disana, Insyaallah. Aku doakan semua yang kami rancang berjalan dengan lancar dan kami semua selamat pergi dan selamat kembali. Amin!!

Saturday, April 14, 2012

Usah mencari yang TERLALU sempurna..


Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi... 

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal. 

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!


Kaseh : peringatan kepada diri sendiri & juga pada kawan2 yang lain..

Wednesday, April 11, 2012

Tuhan berikan aku cinta...

Yakinlah aku menjemputmu..

Nirwana Band - Sudah Cukup Sudah ( Official Video Clip )

Pencinta Terbaik

Sunday, March 25, 2012

You Belong With Me..

Taylor Swift - You Belong with Me Lyrics

You're on the phone
With your girlfriend
She's upset
She's going off about
Something that you said
She doesn't get your humor
Like I do

I'm in my room
It's a typical tuesday night
I'm listening to the kind of music
She doesn't like
She'll never know your story
Like I do

But she wears short skirts
I wear t-shirts
She's cheer captain
And i'm on the bleachers
Dreaming about the day
When you wake up and find
That what you're looking for
Has been here the whole time

If you could see
That i'm the one
Who understands you
Been here all along
So why can't you
See you belong with me
You belong with me.

Walking the streets
With you and your worn out jeans
I can't help thinking
This is how it ought to be
Laughing on a park bench
Thinking to myself
Hey, isn't this easy?

And you've got a smile
That could light up this whole town
I haven't seen it in awhile
Since she brought you down
You say you're fine
I know you better than that
Hey whatchu doing
With a girl like that

She wears high heels
I wear sneakers
She's cheer captain
I'm on the bleachers
Dreaming about the day
When you wake up and find
That what you're looking for
Has been here the whole time

If you could see
That i'm the one
Who understands you
Been here all along
So why can't you
See you belong with me
Standing by and
Waiting at your backdoor
All this time
How could you not know
Baby
You belong with me
You belong with me.

[Instrumental]

Oh, I remember
You driving to my house
In the middle of the night
I'm the one who makes you laugh
When you know you're about to cry
And I know your favorite songs
And you tell me about your dreams
Think I know where you belong
Think I know it's with me

Can't you see
That i'm the one
Who understands
Been here all along
So why can't you see?
You belong with me.

Have you ever thought
Just maybe
You belong with me?


Kaseh : suke bangat lagu nih.. + Taylor Swift sangat comel.. :-)

Happy Birthday Kakak Iman!

23 March 2012 (Jumaat), adalah hari lahir kakak Iman yang ke 5 tahun. 

Selamat Hari Ulang Tahun Sayang!!

Acu telefon Kakak Iman pada pagi Jumaat lepas tapi Kakak Iman masih tido lagi. So Acu just wish pada Tok Kakak Iman jer.

Malam Jumaat tu Ngah mesej kat Acu yang Kakak Iman ada nak cerita pada Acu pasal kek Kakak Iman. Pasti Kakak Iman nak request kek pada Acu kan? Maafkan Acu yer sayang, Acu sibuk skit, Acu tak tau bila Acu akan balik jumpa Kakak Iman.. Kekadang bila teringat nak telefon Kakak Iman, masa tu dah tengah malam. Insyaallah esok pagi Acu telefon Kakak Iman yer. Hmm kali ni Acu tak tau nak beli hadiah apa untuk Kakak Iman.. Insyaallah nanti kat Phuket Acu cari hadiah special untuk Kakak Iman yer.

Acu doakan Kakak Iman akan menjadi anak yang solehah pada Bapak & Ibu Kakak, cucu yang baik dan taat pada Tok & Wan, kakak & adik yang baik pada Wawa & Abang Ai.. Anak buah yang cerdik & ceria pada Acu.. Amin!

MIA Family Day 2012

17 March 2012 (Sabtu) lepas adalah first Family Day yang dianjurkan oleh MIA utk staff di KL. Family Day kali ni diadakan di Sunway Lagoon. Segala persiapan dibuat oleh HR team dan dibantu oleh SRC (Sport & Recreation Club).


Since aku single, aku pergi sorang je la kan.. hehehe aku sampai di Sunway Lagoon pada pukul 9 pagi dan balik pada pukul 6 petang. Niat dihati nak balik awal, selepas semua acara selesai dan sebelum aktiviti free & easy bermula sebab rasa dah tak best main air sorang2 tanpa anak2 kecil. Ye lah sebelum ni kalau ke waterpark or zoo sure anak2 sedara ikut. 

Tapi niat nak balik awal terpaksa dibatalkan sebab adik2 aku yang dua orang tu memujuk untuk stay and teman diorang main permainan dalam Sunway Lagoon tu. Aku agak keberatan coz aku bukan berani nak naik & main semua mainan tu.. hehehe tapi disebabkan ada Kak Mas (Head of Internal Audit), aku layan je la permintaan budak dua orang tu dan kebetulan anak Kak Nini (Harris) ikut kitorang so meriah la skit. Boss aku pun join group kitorang ni so tak de la bosan sangat.

Boleh dikatakan aku enjoy jugak la mandi kat wave pool dia, sebab dikelilingi oleh kanak-kanak riang (Huda, Fady, Harris & boss aku) hahaha boss aku pun boleh dikategori sebagai kanak-kanak riang.. boleh gitu? hehehe. Penat tak yah cakap la kan, lepas berendam baru terasa lapar & letih.. Kaki dah rasa cam dah tak boleh berjalan dah masa tu. Tapi sempat lagi lepas balik dari Sunway, kami melepak di Mydin USJ. Dinner & borak2 sampai kul 9 malam. Sampai rumah je dah terkelepek.. letih giler. Hehehe apa2 pun aku happy & enjoy dengan aktiviti hari tu..

Cukup.. Cukup Sudah!

nikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja

T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik kupergi saja

Saturday, March 17, 2012

Will miss you..

Semalam, 16 March 2012 adalah hari terakhir 'Twin" bekerja di MIA... sedih sangat bila dia datang ke bilik aku petang semalam. Aku pandang je muka twin, hati aku sebak.. Bila kami berpelukan, aku dah tak dapat berkata-kata.. hanya airmata yang dapat menerangkan apa yang aku rasa.. Aku harap twin paham.. Aku memang tak pandai dan betah dengan perpisahan dan mengucapkan selamat tinggal.. Maafkan kite twin, bukan kite tak nak berpesan panjang tapi kite tak mampu nak bercakap..

2 March 2012, makan-makan kat The Steamboat Ketam Village 
Ikano Power Centre

Last Day Twin (pagi) - dengan baju yang kitorang hadiahkan sempena perpisahan kita

Ketiadaan twin merupakan kehilangan yang besar buat kite.. kite dah hilang tempat bercerita dan meluahkan perasaan.. Antara ramai-ramai kawan kat opis, twin yang paling rapat & paham kite.. Walaupun kite tak serupa tapi ramai yang mengatakan kita berdua sama.. 

Kite doakan twin happy kat tempat keje baru & kita juga berdoa semoga twin beroleh kebahagiaan bersama suami & anak2.. Kite harap persahabatan kite akan kekal hingga ke akhir hayat walaupun kite akan berjauhan.. Good Luck Twin!!!

Sunday, February 19, 2012

Hello...

I've been alone with you inside my mind 
And in my dreams I've kissed your lips a thousand times 
I sometimes see you pass outside my door 
Hello, is it me you're looking for? 

I can see it in your eyes 
I can see it in your smile 
You're all I've ever wanted, and my arms are open wide 
'Cause you know just what to say 
And you know just what to do 
And I want to tell you so much "I love you"

I long to see the sunlight in your hair 
And tell you time and time again how much I care 
Sometimes I feel my heart will overflow 
Hello, I've just got to let you know 

'Cause I wonder where you are 
And I wonder what you do 
Are you somewhere feeling lonely, or is someone loving you? 
Tell me how to win your heart 
For I haven't got a clue 
But let me start by saying "I love you" 

Hello, is it me you're looking for? 
'Cause I wonder where you are 
And I wonder what you do 
Are you somewhere feeling lonely or is someone loving you? 
Tell me how to win your heart 
For I haven't got a clue 
But let me start by saying "I love you"

Kaseh : so touching..

Segalanya Pasti..

Gelora melanda di dalam hidupku
Dapatkah kucari tenang
Awan kelabu menutup cahaya
Masa kurasa sinarannya

Sampai bilakah aku menahan tangisan
Yang berlubuk dalam jiwa
Namun ku mampu tersenyum
Pada isi alam
Dan padamu, yang mengcewakan
Tiap harapan hatiku
Kini membeku dan kau pun membisu

Gelora melanda didalam hidupku
Dapatkah kucari tenang
Hilang di jiwa
Wajahmu sering kujumpa
Serasa beratnya
Jiwa tertekan

Serasakan ingin ku bertanya
Padamu takdir yang lama di sana
Mengapakah aku diperlakukan
Dengan beban cinta yang kecewa

Relalah aku menerimanya
Kutahu esok tiada serupa
Moga ada rahsia kekecewaanku
Bagai penawar ketenangan

Dalam hidupku berilah sinar
Beraraklah awan yang kelabu
Tidak salahmu
Yang menghancurkan
Dan demi Tuhan Yang Esa
Bahgialah dikau

Kembali seperti dulu..

Hari ni hari Sabtu (18  Feb 2012.. tiada rancangan untuk hari ni tapi dalam fikiran aku masih memikirkan kerja-kerja aku di pejabat. Kakak aku awal-awal pagi lagi dah keluar dengan suami tercinta mencari sarapan dan membuat urusan mereka. Aku? Pukul 10.30 pagi aku dah berada dipejabat. Hanya budak despatch yang ada di pejabat hari nih, ditambah pula dengan hujan renyai2 dari subuh tadi. 

Berada sorang diri di pejabat yang sunyi, tidak membuatkan aku seram.. sebab sebaik membuka PC, aku dah tak ingat apa2 lagi dah. Tumpuan aku adalah nak menghabiskan budget untuk seluruh Institut pada hari ini. Sedar2 dah pukul 1 petang, dan aku dikejutkan dengan sapaan Mr Chua (ex-staff) @ supplier untuk water dispenser office aku. Selepas menyiapkan budget & di emailkan pada semua HOD, aku start buat budget untuk department aku plak. Dalam pada masa yang sama, aku proses EA form untuk staff2 aku.

Sedar2 dah pukul 3.30 petang, pagi tadi aku plan nak balik pukul 3.30 tapi lepas buat budget department aku proses long service award pulak untuk 5 tahun akan datang. Last2 aku keluar office pukul 4.45 petang. Bila aku fikir2 balik, life aku sekarang dah jadi macam dulu balik. Masa tahun 2008 selepas break off dengan 'dia', boleh dikatakan setiap hari sabtu, sure aku akan berada di pejabat menghabiskan kerja2 harianku. Sekarang walaupun tidak setiap minggu, tapi aku dah mula meluangkan masa weekend aku dipejabat. Pernah kawan baikku menegur aktiviti aku nih, dia menyuarakan kebimbangannya bila aku asyik habiskan masa dipejabat. Dia takut aku tidak bersosial dengan dunia luar jika asyik terperuk dipejabat. Ada asas kebimbangan dia tu.. Tapi buat masa sekarang, aku tak ada pilihan.. Melepak dirumah sorang2 pun bosan, baik aku ke pejabat dan habiskan kerja2 aku yang makin banyak sekarang nih.

Tapi aku tahu pilihan aku itu tak baik untuk kehidupan aku.. Tapi.. Entahlah.. Aku pun tak pasti sampai bila aku akan melalui kehidupan yang sebegini.. Aku harap akan ada perubahan dalam hidupku nanti. Insyaallah!!

Eisya Nurani


Malam ni aku layan youtube & dengar lagu-lagu lama. Tetiba dengar lagu Nurani nih, yang dah lama aku tak dengar. Aku tahu lagu ni lagu sedih, then aku terbaca komen kat lagu nih. Diorang bercerita tentang Teh Afifah yang dikaitkan dengan lagu nih. So aku pun google pasal Teh Afifah.. Bila aku baca kisah Teh Afifah sambil dengar lagu nih, aku tersedu-sedu menangis.. Walaupun kejadian tu berlaku pada Disember 2009, tapi aku rasa Teh Afifah masih merasai kesedihan tu sampai sekarang.

Aku doakan Teh Afifah beroleh kebahagian selepas melalui kejadian sedih itu.. Amin!

Wednesday, February 15, 2012

Nostalgia 14 Feb

Hari ni 14 Feb 2012, ehh bukan hari ni dah jadi 15 Feb 2012 since sekarang dah pukul 12.15 pagi. Apa yang aku nak ceritakan kat sini adalah tanggal 14 Feb ni sebenarnya. Mungkin bagi semua orang 14 Feb adalah hari kekasih but not to me.. 14 Feb bagi aku adalah tarikh lahir kepada salah seorang teman yang agak istimewa di masa remaja aku. Hari lahir Mohd Naim Bin Othman :-D. 

Naim adalah salah seorang classmate aku semasa aku berada di tingkatan 3. Dia ditukar masuk ke kelas aku pada masa itu, so nak dipendekkan cerita aku tak pernah bercakap dengan dia sepanjang tingkatan 3 walaupun kami sekelas. Tapi kami mula rapat di tingkatan 4.. Selepas PMR, ramai kawan2 aku yang berpindah sekolah dan hanya 16 orang yang layak untuk masuk ke tingkatan 4 sains termasuklah aku & Naim. Disebabkan bilangan yang sikit, hubungan kami seluruh kelas mulai rapat. Naim agak pendiam, tapi selalu tersenyum & boleh dikatakan dia ni kategori yang comel la.. hehehe terbayang muka dia dikala aku menulis post nih.. Aku, Naim & beberapa lagi kawan2 aku dari kelas perdagangan selalu stay back lepas sekolah untuk buat homework & discuss pasal subjek2 tertentu. Dan normal la kan masa tu kekadang bukan study pun.. berborak je banyak. Dan masa ni lah aku kenal Naim dengan lebih rapat.. cewah! Dia banyak bercerita tentang latar belakang family dia yang agak susah dan masalah2 yang dia & adik2 dia hadapi. 

Dia nak sangat masuk sekolah teknik dan dengan result PMR dia, dia memang layak untuk masuk ke sekolah teknik. Dia keberatan nak apply masuk sekolah teknik disebabkan kekangan kewangan dan tak yakin yang dia mampu bersaing dengan student teknik yang lain. Aku cuba meyakinkan dia dan membantu dia memohon masuk ke sekolah teknik. Alhamdulillah, usaha kami tak sia-sia dan dia diterima masuk ke sekolah teknik. Masa tu nak masuk sekolah teknik bukan senang, perlu ada result yang baik baru boleh masuk.. Since then, kami banyak berhubung melalui telefon & surat.. Masa tu jugak macam ada something is going on between us.. He admitted that he has a feeling towards me & me too.. But unfortunately, one of my classmate found his letter to me and found out about our early stage special relationship.. This girl get his address and started writing to him and tell him bad thing about me.. To cut short, he ended with that girl.. huhuhu pity me right?? But even though we haven't contacted each other, but every year I did sent him a birthday card to his house until I went to university. I stop because I didn't see the rationale for me to wish him on his birthday anymore.

Tapi setiap kali 14 Feb kembali, aku pasti teringat pada Naim.. Kenangan manis tu tak akan aku lupa sampai bila-bila dan aku doakan doa berbahagia dan didalam lindungan Allah sentiasa. 

Bila bercerita tentang masa remaja dan tingkatan 3, aku teringan 1 nama yang aku cipta bersama kawan2 rapat aku untuk mengingati budak2 lelaki yang suka pada aku masa tu.. Kiranya masa tu masa kegemilangan aku la kat sekolah.. hehehe boleh gitu? Aku, Imah, Lisa & Lini yang cipta nama tu untuk jadi kenang-kenangan kami. Nama tu adalah ROSHAZARILIANA.

RO = Roslan (Abg Senior - Tingkatan 6)
SHA 1 = Shahrul (same age tapi kelas lain)
SHA 2 = Shahril (same age - sama kelas)
ZA = Zack (Abg Senior - Tingkatan 5)
RI = Jefri (Senior - Tingkatan 4)
LI = Zaili (Senior - Tingkatan 4)
NA = Naim (same age - sama kelas)

Those are the guys who fall for me.. hehehe trying their best to win my heart.. lawak giler kalo teringat masa nih. Nak pegi toilet or kantin or library pun terasa payah coz ada jer yang akan sekat tengah jalan. Yang bagi surat tak yah cakap la kan.. macam2 gaya ada.. Hehehe kelakar giler masa tu.. Tapi hanya sorang yang berjaya.. cuba teka sape?? Hehehe biarlah rahsia bak kata Dato Siti.. Next time aku cite sape yang berjaya ok!

So far lepas aku keluar dari sekolah tu & further study, aku dah tak pernah jumpa mamat2 tu semua.. Elok jugak la coz kalo jumpa sure diorang malu kan? or aku yang malu? hahaha dan awal tahun lepas aku ada pergi ke reunion sekolah aku yang dibuat secara kecil-kecilan. Kawan2 rapat aku jer yang buat gathering sebenarnya tapi aku datang solo and yang lain datang bersama hubby n wife masing2.. Salah satu topik yang dibincangkan adalah kenapa aku sorang yang masih solo sampai sekarang sedangkan dulu aku yang paling ramai peminat?? hahaha jawapan aku senang jer.. JODOH belum sampai.. Jangan pertikaikan ketentuan Tuhan.. jawapan aku yang paling selamat.. hehehe.

Apa-apa pun aku rasa time sekolah menengah lah banyak kenangan manis & pahit yang aku lalui.. Semua tu yang mematangkan dan mengajar aku dan menjadikan diri aku seperti ini sekarang.. Syukur Alhamdulillah. Harapan aku nak buat gathering lagi next time & kali ni nak semua classmate aku datang.. Insyaallah!

Thursday, February 2, 2012

Jenjalan @ One Utama

Hari Sabtu lepas, 28 Jan 2012 aku keluar berjalan-jalan di One Utama dengan SO. Actually aku tak plan pun untuk ke sana tapi kebetulan SO ajak aku keluar & tanya nak kemana, laju jer aku jawab nak ke OU. hehehe bila dia tanya nak buat apa pegi OU, aku jawab saje jer.. hehehe boleh gitu? Nasib baik SO ni jenis yang cool, so dia tak banyak songeh dan ikut jer cadangan aku.

Sebenarnya ni 1st time aku keluar berdua dengan SO coz sebelum nih selalunya kakak aku akan ada bersama. Tapi aku ok jer sebab SO ni kelakar & easy going. So tak de masalah nak keluar berdua dengan dia. Dah agak lama aku tak melawat OU, dan banyak perubahan yang berlaku kat OU tu.. Tapi perubahan yang menarik la.

Sampai OU, aku mintak nak brunch coz aku belum makan lagi hari tu. Then kami makan & lepak kat Kluang Station Kopitiam. Then melilau carik surau kat OU.. hehehe kelakar masa ni sebab kami berdua bercanggah pendapat pasal kedudukan surau kat OU.. hehehe last2 SO jugak yang betul.. hahaha nampak sangat dah lama tak gi OU coz dia dah buat surau yang lebih besar & selesa rupanya. Lepas tu aku just nak masuk Jusco nak window shopping tapi sebab SO tak nak temankan, aku pun malas la nak window shopping sorang2. Then he suggested to watch movie.. aku on jer.. Kami tengok The Journey 2: The Mystery Island. Agak bosan gak citer tu.. mungkin bagi budak2 best kot. Abis tengok movie, kami minum petang kat Doli TTDI. Makan lagi sebelum balik.. Hmm kalo kerap keluar ngan SO ni sure la aku makan gemuk.. sebab dia pun jenis yang kaki makan mcm aku.. hehehe

Tapi dah lama aku tak rasa happy macam tu.. Rasa relax & tak penat kepala otak bila keluar dengan SO. Aku boleh jadi diri aku sendiri, tak payah berpura-pura jadi orang lain. Aku boleh bagi apa2 pendapat aku tanpa rasa takut. Alangkan bagusnya kalo orang lain pun boleh accept aku mcm mana SO accept aku sebagai kawan dia.. Looking forward to meet him and teasing & laughing about anything that came to our mind.. :-)

Brainstorming Session

Minggu ni adalah minggu bz sedunia.. hehehe. Hari Isnin lepas (30 Jan) ada Management Brainstorming Session seharian. Next day sambung lagi dari pukul 10 pagi sampai pukul 6 ptg. Hari Rabu sib baik cuti Hari Wilayah. Hari ni (2 Feb) sambung presentation plak dari pukul 9.30pg sampai kul 3 ptg.

Abis session, aku plak bz nak siapkan barang2, compile slides presentation untuk dibawa ke Nilai Spring Resort kat Nilai esok. Esok pukul 11 pg kena gerak ke sana & stay 1 malam untuk 2nd session brainstroming dengan President plak. Aktiviti esok, esok malam & lusa (Sabtu) full.. tak leh main2 lak tu.. Sure keletihan nanti.

Sepatutnya aku bercuti panjang dari 1 Feb sampai 7 Feb, tapi disebabkan session ni aku terpaksa batalkan cuti aku. Tapi aku akan bercuti dikampung lepas session nih. Tentatively session akan habis pukul 5 ptg hari Sabtu, aku akan balik ke kampung malam Sabtu menaiki tren pukul 11 malam dan sampai Butterworth kul 7 pg. Tak sabarnya nak balik kampung :-)

Aku harap brainstorming session aku esok & lusa akan berjalan lancar dan aku harap apa yang kami cadang dan usulkan akan menjadi kenyataan..

Thursday, January 26, 2012

Yana Lee


Hari nih, 26 Januari 2012 adalah hari lahir anak saudara aku yang sulong iaitu Zikril Haziq. Dah besar anak saudara aku ni, dah masuk 11 tahun.  Tapi apa yang aku nak cite kat sini bukan hari jadi Haziq tapi nak cite pasal aku amik keputusan untuk tukar nama FB aku kepada Yana Lee.

Cuba tengok pic kat atas tu, dah tukat jadi nama Yana Lee.. hehehe sebelum ni masih teragak-agak nak tukar tapi tadi selepas bercerita pasal hero korea dengan bos besar aku iaitu Chief Operating Officer (COO). Rupanya dia kenal & mengikuti jugak citer korea nih walaupun dah tua. Bila aku tunjukkan gambar2 Lee Min Ho & Lee Dong Wook dia pun setuju yang diorang nih memang encem & seksi.. Ahaks! Aku rasa dia akan cari cite Lie to Me lepas nih lepas aku tunjuk pic Kang Ji Hwan tadi kat dia & bagitau cite tu best. Hehehe tak sangka COO aku nih pun minat korean drama..

Lagi satu, esok aku akan berterapi tekak dengan opismate aku kat Redbox Sogo. Aku dah booking & yang kelakarnya aku booking atas nama Yana Lee... hehehe dah start guna nama baru :-)

Aku tak bermaksud nak tukar nama sebenar, nama Yana Lee nih akan jadi nick name aku jer. Aku masih Yana yang dulu & insyaallah akan aku jaga akidah & iman aku sebagai seorang muslim.

Sunday, January 15, 2012

My name is Kim Sam Son


Lupa pulak nak update pasal citer korea My name is Kim Sam Son. Aku pinjam CD dari salah sorang kawan aku dan aku tengok dlm bulan Disember ari tu. Citer ni Hyun Bin & Kim Sun Ah berlakon. Hyun Bin masa ni baru berjinak2 dlm industri ni & Kim Sun Ah plak masa debab sangat. Cuba bandingkan pic kat atas ni dengan pic citer Scent of a woman.. Kurus giler dia dlm cite tu tapi dlm citer nih dia tembam.


Citer ni pun sweet jugak, kisah percintaan yang mulanya hanya berlakon jadi pasangan kekasih, lepas tu jatuh cinta & mendapat halangan dari keluarga & bekas kekasih.. Tapi biasa la, semestinya ending citer ni happy. So mungkin dah boleh agak kan apa yang berlaku diakhir cerita ni :-)


Bagi aku bila ending dia happy, aku memang puas hati. Tak de la penat kepala otak & perasaan bila ending dia sad & tak best. Those yang belum tengok cite ni elok la tengok, cite romantik komedi nih. Aku bagi rate 4 bintang untuk cite nih.

Template by:

Free Blog Templates