Bulan May 2012 pertengahan, aku start layan citer 49 days ni. Dah lama download and simpan dalam external hard drive tapi bila tengok episod awal dia tu agak slow. So malas nak sambung tengok. Masa aku balik kampung awal bulan May ari tu, tengah bosan giler kat kampung teringat nak layan balik citer tu. Kebetulan netbook Waterlily ada kat kampung and aku pun bawak balik external hard drive aku, so aku layan la citer nih.
Awal2 episod memang agak slow dan buat aku mengantuk tapi bila dah menghayati citer nih, actually citer dia menarik dan sangat touching. Biasa la, citer ni aku banyak mengalirkan air mata dari awal sampai last episod. Ada banyak adegan touching @ menyentuh hati tambah2 bila berkaitan parent, best friend and lover. Episod last aku tengok, aku nangis sampai bengkak mata dan pegi keje esok kena make up tebal skit sebab nak cover muke sembab dan mata bengkak.
Apa-apa pun citer ni memang best dan sape nak tengok siapkan fizikal & mental & emosi.. hehehe
Minggu lepas hari Khamis 7 June 2012, aku dah khatam cite LOVE RAIN nih.. Mula-mula tertengok kat KBS World pastu malas nak ikut kat Astro sebab lambat sangat. So untuk cepat, aku tengok kat YouTube je la. Tu pun sempat tengok sampai episod 18 jer sebab the last 2 episode diorang belum upload dlm YouTube. So aku rehat jap & balik kampung. Lepas balik dari kampung, layan lagi 2 episod last.
Best cite ni coz ada scene masa tahun 70an dan zaman sekarang. Kisah cinta sejati yang tak dapat dipisahkan oleh masa dan kehidupan masing-masing. So nice & touching. Tapi yang penting, citer nih eppy ending..
0 comments:
Post a Comment