Hari ni 12hb Nov 2012, Isnin @ 12.00 tengah malam. Kedengaran bunga api disekitar stesen keretapi rawang. Aku dalam tren Senandung Mutiara ke Butterworth. Tren bertolak dari KL Sentral pada pukul 11 malam dan kali ini aku berada di coach first class sebab class 2 tempat tidur dah habis. Padan la muka aku sebab lambat beli tiket hehe. Ye la, mmg aku dah apply cuti seminggu ni dah lama tapi plan nya nak travel ke Koh Lipe atau Koh Samui untuk berehat dan tenangkan fikiran. Tapi plan tu terpaksa ditunda sebab cuaca yang kurang baik sekarang ni.
So since dah bercuti, aku ambil keputusan untuk pulang ke kampung. Tenangkan fikiran di sana dan pastinya dengan melihat mak dan mendengar suara mak saja dah boleh tenangkan perasaanku..
Kebelakangan ini aku asyik memikirkan tentang hubungan aku dengan dia. Aku tak pasti apa kesudahan hubungan kami. Kami selesa berkawan dan meluangkan masa berdua tapi entahlah.. Aku merasakan ada perubahan sedikut dalam hubungan kami yang pada asalnya hanya kawan ni. Semenjak dua minggu yang lepas, setiap hari kami akan berhubung melalui sms atau line. Kami bertanya kabar dan berkongsi cerita.. Sebelum ini kami hanya berhubung jika ada hal je.
Dulu kalau outing, pasti dia akan bawa kawan baik dia bersama tapi semenjak dua menjak ni kami hanya keluar berdua. Dan semenjak itu juga dia akan setuju dengan apa jua cadangan aku. Jika dulu dia kurang berminat menonton movie melayu tapi sebab aku nak tengok citer melayu, dia layankan jugak. Tak pernah dengar dia mengeluh bila terpaksa layan citer melayu hehehe cian dia.. Bila keluar berdua, kadang2 aku tak de plan nak ke mana tapi bila dia jemput dia akan suggest nak ke sini.. ke sana dan xtvt apa nak buat. Yang bestnya dia akan bawak aku ke tempat baru yang aku belum pernah sampai. So aku langsung tak stress bila keluar dengan dia. Dia cukup memahami bagi aku sebab kekadang aku tak perlu nak cakap or explain panjang, dia selalunya dah bleh baca apa yg aku rasa..
Entahlah, aku tak berani nak mentafsir tentang hubungan kami ni. Bila aku fikirkan apa perasaan aku pada dia, aku masih tak dapat jawapan nya. Aku selesa berkawan dgn dia tapi nak katakan aku sayang dia.. mungkin sebagai kawan ye la.. lebih daripada itu? Belum kot..
Apa-apa pun aku doakan dia akan tetap jadi kawan baik aku walau apa pun terjadi. Kalau jodoh aku dengan dia, aku akan terima. Walaupun skrg perasaan cinta tu takde dlm hati aku, jika dia tercipta untukku Insyaallah satu hari nanti perasaan itu pasti akan datang. Dan jika kami ditakdirkan hanya menjadi kawan baik, aku bersyukur yang Tuhan berikan aku kawan seperti dia. Pastinya dia juga tidak perfect, dia juga ada kelemahan dan sejarah tersendiri, tapi aku harus menerima dirinya sepertimana dia menerima kelemahan diri aku..
0 comments:
Post a Comment