Sunday, March 25, 2012

MIA Family Day 2012

17 March 2012 (Sabtu) lepas adalah first Family Day yang dianjurkan oleh MIA utk staff di KL. Family Day kali ni diadakan di Sunway Lagoon. Segala persiapan dibuat oleh HR team dan dibantu oleh SRC (Sport & Recreation Club).


Since aku single, aku pergi sorang je la kan.. hehehe aku sampai di Sunway Lagoon pada pukul 9 pagi dan balik pada pukul 6 petang. Niat dihati nak balik awal, selepas semua acara selesai dan sebelum aktiviti free & easy bermula sebab rasa dah tak best main air sorang2 tanpa anak2 kecil. Ye lah sebelum ni kalau ke waterpark or zoo sure anak2 sedara ikut. 

Tapi niat nak balik awal terpaksa dibatalkan sebab adik2 aku yang dua orang tu memujuk untuk stay and teman diorang main permainan dalam Sunway Lagoon tu. Aku agak keberatan coz aku bukan berani nak naik & main semua mainan tu.. hehehe tapi disebabkan ada Kak Mas (Head of Internal Audit), aku layan je la permintaan budak dua orang tu dan kebetulan anak Kak Nini (Harris) ikut kitorang so meriah la skit. Boss aku pun join group kitorang ni so tak de la bosan sangat.

Boleh dikatakan aku enjoy jugak la mandi kat wave pool dia, sebab dikelilingi oleh kanak-kanak riang (Huda, Fady, Harris & boss aku) hahaha boss aku pun boleh dikategori sebagai kanak-kanak riang.. boleh gitu? hehehe. Penat tak yah cakap la kan, lepas berendam baru terasa lapar & letih.. Kaki dah rasa cam dah tak boleh berjalan dah masa tu. Tapi sempat lagi lepas balik dari Sunway, kami melepak di Mydin USJ. Dinner & borak2 sampai kul 9 malam. Sampai rumah je dah terkelepek.. letih giler. Hehehe apa2 pun aku happy & enjoy dengan aktiviti hari tu..

0 comments:

Template by:

Free Blog Templates