Saturday, October 13, 2012

Demam Korea Lagiiii...

Lately ni aku sering melayan Youtube sebelum aku tido then masa mencari2 video yang nak dilayan aku jumpa clip2 video dari 2 drama korea yang agak lama tapi menarik bagi aku. So aku pun check dalam external hard drive aku ada tak 2 drama tersebut, tapi hanya ada satu jer drama yang ada iaitu Princess Hour @ Goong.


Kat atas tu adalah main karektor untuk citer Princess Hour nih. Baru aku tahu yang ada satu drama sinetron indonesia yang meniru drama korea ni. Tapi aku tak ingat apa tajuk sinetron tu tapi pelakonnya Baim Wong & Marshanda. Drama ni mengisahkan seorang gadis yang terpaksa berkahwin dengan putera raja disebabkan wasiat datuk & Raja Korea. Drama ni banyak bermain dengan perasaan atau emosi so agak penat jugak la melayan citer nih tapi yang penting happy ending. 


Pic kat atas tu adalah putera raja & princess nya.. Joo Ji-hoon & Yoon Eun-hye. Pada mulanya meraka tidak menyesuaikan diri dengan kehadiran diri masing2 tapi lama-kelamaan mereka jatuh cinta selepas berkahwin. Banyak juga adengan lucu dalam cite nih. Moral of the story, dalam perhubungan ni perlu ada kepercayaan dan setiap hubungan akan diuji dengan banyak cabaran. Jadi pasangan perlu bertolak ansur dan saling sokong menyokong dan percaya antara satu sama lain baru hubungan itu akan sentiasa manis dan bahagia.

Lepas habis layan Princess Hour, aku sambung pulak dengan citer Coffee Prince. Ini pun cite lama dan cite ni memang lucu tapi of course ada jugak part2 touching, emosi dan terharu.. Hehehe aku suke tangok main actor dia iaitu Gong Yoo sebab dia ni tinggi dan sweet sangat bila senyum. Aku mula suke tengok dia since aku tengok drama Big. Dalam cite ni, Gong Yoo nampak berkarisma dengan penampilan dia yang sentiasa kemas (i likeeeeee man with slim fit shirt & jeans or khakis & sneakers). Pasangan dia Yoon Eun-hye jugak dan dlm cite ni Eun-hye menyamar jadi tomboi sebab nak sara keluarga dia yang susah.


Gong Yoo jatuh hati pada Eun-hye bila diorg sama2 bekerja kat Coffee Prince (Coffee Shop) kepunyaan Gong Yoo. Memang banyak adengan lawak dalam cite ni dan tidak ketinggalan part2 romantik, touching dan emosi. Tapi cite nih agak ringan compare dengan cite Princess Hour. So stress la tengok cite nih.

Kat bawah tu adalah main leading charectors dalam drama ni dan berkisar berkenaan cinta 4 segi yang akhirnya melahirkan 2 pasangan yang bahagia... :-) Hari ni, 13 Oct 2012 aku dah khatam cite nih selepas melayan 16 CD/jam cite nih. Puas hati sangatttt..



0 comments:

Template by:

Free Blog Templates