Hari ni hari Sabtu (18 Feb 2012.. tiada rancangan untuk hari ni tapi dalam fikiran aku masih memikirkan kerja-kerja aku di pejabat. Kakak aku awal-awal pagi lagi dah keluar dengan suami tercinta mencari sarapan dan membuat urusan mereka. Aku? Pukul 10.30 pagi aku dah berada dipejabat. Hanya budak despatch yang ada di pejabat hari nih, ditambah pula dengan hujan renyai2 dari subuh tadi.
Berada sorang diri di pejabat yang sunyi, tidak membuatkan aku seram.. sebab sebaik membuka PC, aku dah tak ingat apa2 lagi dah. Tumpuan aku adalah nak menghabiskan budget untuk seluruh Institut pada hari ini. Sedar2 dah pukul 1 petang, dan aku dikejutkan dengan sapaan Mr Chua (ex-staff) @ supplier untuk water dispenser office aku. Selepas menyiapkan budget & di emailkan pada semua HOD, aku start buat budget untuk department aku plak. Dalam pada masa yang sama, aku proses EA form untuk staff2 aku.
Sedar2 dah pukul 3.30 petang, pagi tadi aku plan nak balik pukul 3.30 tapi lepas buat budget department aku proses long service award pulak untuk 5 tahun akan datang. Last2 aku keluar office pukul 4.45 petang. Bila aku fikir2 balik, life aku sekarang dah jadi macam dulu balik. Masa tahun 2008 selepas break off dengan 'dia', boleh dikatakan setiap hari sabtu, sure aku akan berada di pejabat menghabiskan kerja2 harianku. Sekarang walaupun tidak setiap minggu, tapi aku dah mula meluangkan masa weekend aku dipejabat. Pernah kawan baikku menegur aktiviti aku nih, dia menyuarakan kebimbangannya bila aku asyik habiskan masa dipejabat. Dia takut aku tidak bersosial dengan dunia luar jika asyik terperuk dipejabat. Ada asas kebimbangan dia tu.. Tapi buat masa sekarang, aku tak ada pilihan.. Melepak dirumah sorang2 pun bosan, baik aku ke pejabat dan habiskan kerja2 aku yang makin banyak sekarang nih.
Tapi aku tahu pilihan aku itu tak baik untuk kehidupan aku.. Tapi.. Entahlah.. Aku pun tak pasti sampai bila aku akan melalui kehidupan yang sebegini.. Aku harap akan ada perubahan dalam hidupku nanti. Insyaallah!!
0 comments:
Post a Comment