Aku, sis & PY (bukan nama sebenar hehehe) bertolak ke Bandung pada malam 1hb Jun 2011. Flight aku pada pukul 7.30 malam (waktu M'sia). Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam. Aku sampai disana dalam pukul 8.30 malam (waktu Indonesia). Kami dijemput oleh driver Guest House yang akan kami sewa sepanjang kami di Bandung. Sebelum sampai di Cassa Dua Guest House, kami singgah makan di salah satu restoran sunda untuk makan malam. Perut dah berkeroncong dari dalam flight lagi.. Kami sampai di Cassa Dua, check in & rehat sebab esok nak kuar jalan-jalan & shopping.. tak sabarnya rasa.. hehehe
2hb Jun 2011
Seawal pukul 5 pagi aku dah bangun.. Mandi & solat subuh.. Kami breakfast dilobi Guest House tu jer sementara menunggu teksi datang. Destinasi pertama ialah Pasar Baru.. Tempat membeli belah terkenal di Bandung. Segala jenis telekung, t-shirt, jubah, tudung, blouse, kasut, beg tangan, kasut dan macam-macam lagi la yang ada dijual disana. Kami samapi dalam pukul 9 pagi, kedai-kedai baru jer nak bukak tapi kami dah terconggok kat depan kedai.. Pasar Baru ada 6 tingkat.. Tingkat 6 adalah food court dan tingkat-tingkat yang lain nya adalah semua kedai.. terasa berada disyurga.. hehehe. Aku & sis banyak memborong telekung, baju melayu, jubah, t-shirt, tudung, business suit & kain lace. Harga memang murah kalau dibandingkan dengan M'sia. Diam tak diam dah pukul 5 petang.. beg ditangan dah penuh.. kami pun keluar dari Pasar Baru, tahan teksi dan menuju ke Toko Tiga.. Kedai menjual jeans & t-shirt. Di Toko Tiga, kami memborong t-shirt hard rock.. best jugak.. Dah penat berjalan & bershopping, kami singgah di IGA Bakar Restoran untuk makan malam.. Iga = tulang rusuk lembu.. Sedap sangat.. mungkin juga sebab aku lapar kot.. hehehe lepas makan kami balik ke Guest House untuk rehat & tido.. letihnya...
3hb Jun 2011
Seperti semalam, aku bangun pada pukul 5 pagi. Selepas mandi & solat, aku minta breakfast dihantar ke bilik.. Lepas kenyang kami bertolak ke Jalan Dago. Jalan Dago terkenal dengan factory outlet yang banyak sepanjang kiri & kanan Jalan Dago. Sebelum sampai di Jalan Dago, kami singgah di Toko Kartika Sari (kedai menjual kuih muih & brownies Indonesia).. Memang sedap kuih-muihnya.. Dan sebelum keluar dari situ, aku sempat membeli sebuah beg tangan unik untuk aku.. Kami bertolak ke Jalan Dago dan kami sampai disana lebih kurang pukul 9 pagi. Factory Outlet pun masih belum dibuka.. Semasa menanti kedai untuk dibuka, kami sempat merasa ais krim durian yang dijual oleh penjaja jalanan.. dan kami juga teruja bila terlihat stesen minyak Petronas disana.. hehehe. Kami mulakan aktiviti shopping marathon kami di factory outlet Level, semua barangan ada 50% diskaun dengan syarat mesti guna kartu kredit (kad kredit la tu).. hehehe.. apa lagi.. aku sempat sambar jeans untuk aku & skirt + t-shirt untuk anak2 buah aku. Selepas Level, kami singggh di factory outlet Grande.. yang ni lagi best!! Semua murah & cantik-cantik belaka.. Aku sambar jeans & gown untuk anak sedara & beberapa blouse untuk diri aku.. Kebetulan plak aku mengalami sakit perut yang agak teruk selepas aku habis bershopping di Grande.. Hilang terus mood nak bershopping.. huhuhu.. Lepas Grande, kami ke jalan Setia Budi, disitu pun syurga factory outlet. Tapi disebabkan sakit perut, aku hanya lepak diluar factory outlet Heritage & Summit.. Aku biarkan sis & PY bershopping didalam. Setelah penat, kami ke Rumah Mode (factory outlet yang terkenal). Di Rumah Mode, mood aku untuk bershopping telah kembali.. Apa lagi ayuhhhh kita serang!! hehehe aku sambar burberry jeans, seluar santai palazzo & t-shirt Guess.. lepas penat, it is makan time.. sekali lagi ke restoran sunda untuk menjamu selera.. Sampai di Guest House, kami dilayan seperti raja.. cewah.. pintu teksi dibuka oleh pekerja Guest House & semua barang2 yang kami beli di angkat dan dihantar ke bilik oleh pekerja-pekerja tadi.. best nye.. kaki dah mula sakit.. so baik rehat secukupnya sebab esok nak berjalan-jalan lagi..
4hb Jun 2011
Aku masih bangun awal seperti hari-hari kelmarin. Hari ini kami ingin melawat kawah gunung berapi di Tangkuban Perahu. Kami singgah sebentar dipertengahan jalan untuk breakfast & menyambung perjalanan ke puncak. Di puncak, kami menghidu bau sulfur yang busuk... yang terhasil dari kawah gunung berapi tersebut. Kemudian kami turun semula ke bawah dan singgah di pertengahan jalan untuk melihat dengan lebih dekat kawah gunung berapi yang ke dua.. kawah ini lebih besar dan boleh dikunjungi oleh pelancong. Setelah membayar pemandu pelancong, kami terpaksa hiking dalam 2 kilometer ke dalam hutan berbukit. Di dalam sana aku dapat melihat, air panas menggelegak yang keluar dari salah satu rongga kawah dan ada beberapa kolam air panas terhasil dari kawah tersebut. Kami sempat merendam kaki disalah sebuah kolam air panas dan memakai masker lumpur gunung berapi ke kedua belah kaki.. Satu pengalaman baru bagi aku.. best sangat.. Kami keluar dengan tercungap-cungap sebab terpaksa mendaki untuk pulang semula ke pengkalan tempat kami mulakan perjalanan tadi. Selepas itu sekali lagi kami ke Pasar Baru, PY baru terasa teruja untuk bershopping disana. Kami hanya menemani PY untuk memberi barang2 untuk keluarganya. Sis tidak ketinggalan membeli 400 cenderahati Bandung untuk dijadikan cenderahati dihari bahagianya nanti. Aku & PY hanya membeli 50 cenderahati Bandung untuk kawan-kawan dioffice. Selepas itu kami ke Kampung Daun, tempat makan eksklusif di Bandung.. Tempatnya diatas bukit, sejuk & cantik dengan hiasan lanscape dan susunan bangunannya.. Aku sempat mencuba beberapa kuih / makanan tradisional Indonesi disana.. Selepas selesai makan malam, kami bertolak pulang ke Guest House.. Letih giler..
5hb Jun 2011
Pagi ini selepas bersarapan, kami bertolak ke Jalan Dago sekali lagi.. bukan ke factory outlet tapi nak ke SPA.. Tapi hajat kami terbantut bila SPA fully book sebab weekend, so kami ke Amanda (Toko kek terkenal di Bandung).. Kami borong 5 jenis kek pelbagai rasa untuk dibawa pulang ke Malaysia. Kek Amanda memang sedap.. selepas itu kami ke Jalan Chiampelas, satu lagi kawasan membeli belah terkenal di sana.. Aku sempat sambar baju batik untuk aku (blouse & baju santai), blouse untuk sister in law & gown batik untuk anak-anak sedara aku. Selepas puas hati bershopping, kami ke satu lagi SPA, nasib kami masih kurang baik kerana fully book dan akhirnya kami hanya membuat refleksiologi. 1 jam urutan = RM10.. murah kan? memang berbaloi-baloi.. Selepas itu kami lunch di restauran minang berhampiran Airport. Kami sampai di Airport lebih kurang pukul 2.30 petang. Selepas check in 5 beg besar (aku & sis = 3 beg, PY = 2 beg), hand carried = 3 beg & 3 beg galas (semua hasil shopping kami).. kami berehat diruang menunggu. Flight delay 1 jam, so kami bertolak dari Bandung pada pukul 5 petang. Sampai di LCCT pada pukul 8 malam (waktu M'sia).. Aku sampai dirumah pada pukul 10.30 malam..
Penat & letih tak dapat digambarkan tapi bila tengok 3 beg besar yang kami bawa balik.. terasa berbaloi.. hehehe Insyaallah kalau ada rezeki nanti aku teringin kembali ke Bandung.. :-) Nanti aku uploadkan beberapa pic aku semasa di Bandung..
0 comments:
Post a Comment