Alhamdulillah Tuhan panjangkan umur aku setahun lagi.. So hari ini aku menyambut hari lahir aku yang ke.... :-) Malam tadi aku menerima beberapa sms dari rakan-rakanku untuk mengucapkan selamat padaku. Aku bersyukur kerana rakan-rakan masih mengingati hari lahir aku. Sesampainya aku di office, seperti biasa aku akan bersarapan bersama rakan-rakan. Kembali ke office, Front Desk aku , Zaireen mengucapkan selamat hari jadi.. Aku mushkil, mana dia tahu. Rupanya Legal Manager aku telah mengumumkan hari lahir aku pada semua staff melalui sistem PX planner kami.. Terasa segan pulak dengan tindakan dia tu.. Nanti dilebel aku suka cari publisiti murah pulak.. huhuhu
Aku kembali ke bilikku dan salah seorang AM dari Admin datang dan memelukku sempena hari jadi aku. Kebetulan Legal Manager & Internal Audit Manager berada di hadapan bilik aku. Tiba-tiba mereka meluru ke arah aku untuk menunggu giliran untuk memeluk aku.. Aku ketawa besar melihat telatah & gelagat mereka.. Mereka hanya bergurau sebenarnya tadi.. Selepas itu aku menerima beberapa mesej ke komputer aku dari rakan-rakan sepejabat untuk memngucapkan selamat..
Just right before lunch time, aku menerima satu lagi mesej dari Zaireen. Dia mengumumkan yang dia hendak membeli kek untuk aku kepada semua staff... hehehe rupanya dia telah tersalah umum kerana dia hendak menujukan mesej itu kepada Fady, rakan sekerjaku.. Jadi semua orang dah tahu tentant kejutan yang dia hendak buat pada aku.. hehehe tak sengaja la tu.. dan aku adalah antara orang-orang yang ketawa besar pada Zaireen.. hehehe cian dia.. Lunch time aku sepatutnya ke bank & berjumpa dengan lawyer aku di Sime Darby tentang urusan pembelian rumah. Tetapi sis telah membawa aku ke Mid Valley untuk lunch di TGIF Garden.. Selepas lunch aku pulang ke pejabat dan di kejutkan dengan Chocolate Indulgence Secret Recipe cake pemberian beberapa rakan sekerjaku.. sebenarnya dah tak terkejut sebab Zaireen dah ter"announce" tadi.. hehehe.. Selepas setengah jam, sekali lagi aku dikejutkan bila Zaireen membawa naik a bouque of flower ke bilikku.. wahhhh! aku dapat bunger.. bestnye.. Rupanya dari Kak Aishah (SDL).. tak sangka2..
Aku menyambung kerja yang berlambak (kerja aku + kerja boss aku).. Ingat nak balik awal hari ini dan pergi membeli barang yang dipesan oleh emakku. Tapi aku hanya keluar office pada pukul 6.30 ptg dan bergerak ke Jalan TAR untuk membeli barang-barang emakku. Sementara aku menunggu sis, aku singgah di Pustaka Mukmin untuk membeli majalah.. Aku membelek majalah pengantin dan tiba-tiba aku terpandang stok buku Kasih yang Suci - Meen Zulaikha.. Wahhhh! bestnyer.. kat MPH semua stok tak der.. Aku pun apa lagi rembat novel & majalah pengantin tadi..
Semua barang-barang emak sudah dibeli, jadi esok & lusa aku dah boleh bernafas lega. Minggu lepas & minggu ini adalah minggu-minggu yang agak kelam kabut dan stress untuk aku.. Mana tidaknya, di pejabat aku perlu menguruskan department aku dengan ketiadaan boss aku manakala dirumah aku menolong sis untuk menyiapkan persiapan dan perancangan majlis pertunangan dan pernikahannya nanti. Aku berharap dan berdoa semoga semua akan berjalan dengan lancar nanti (perjalanan pulang ke Penang & majlis pertunangan sis).
Aku berharap aku dapat bertahan dan kuat menjalani kehidupan aku sekarang... Amin &Insyaalllah!
0 comments:
Post a Comment