Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Ulang Tahun Mak..

Bulan Mei adalah satu bulan yang istimewa untuk aku. Bulan ini adalah untuk meraikan Hari Ibu dan juga 6 Mei adalah Hari Ulang Tahun emakku..

Selamat Hari Ibu Mak & Selamat Hari Ulang Tahun buat Mak.. Pagi 6 Mei aku seperti kebiasaan akan menelefon mak dikampung. Mak akan happy sangat bila anak-anak dia telefon dan ucapkan selamat hari jadi buatnya. Selalunya dia akan menangis kegembiraan atas ingatan anak-anaknya. Dan kali ini juga emak sebak bilamana aku mengucapkan selamat hari jadi buat emak.

Emak, tiada perkataan yang dapat aku ungkapkan untuk berterima kasih atas segala jasa dan pengorbananmu untuk membesarkan kami empat beradik. Dengan usaha dan kasih sayangmu, anak-anakmu kini menjadi insan yang berjaya.. Alhamdulillah.. Emak, aku doakan kau beroleh keberkatan, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk kita sekeluarga.

Aku sebagai anak yang bongsu memang rapat dengan emak. Walaupun dahulunya aku anak yang paling nakal dan degil, tapi emak cukup sabar dalam menangani kerenahku. Bila meningkat dewasa, aku makin rapat dengan mak kerana mak walaupun tidak berpelajaran tinggi namun emak sentiasa memahami anaknya ini. Aku boleh berkongsi cerita dan masalah dengan emak dan selalunya emak akan memberikan nasihat dan pandangan yang bernas untuk segala permasalahan aku.

Emak, bilamana anakmu ini menghadapi masalah atau kesulitan pasti anakmu ini akan menghubungimu. Dengan hanya mendengar suaramu dicorong telefon, aku akan merasa tenang. Itulah magic nya suara emak padaku. Emak, aku tidak pasti samada aku boleh menjadi seorang yang tabah dan kuat seperti ini jika kau tiada disisi.

Sekali lagi emak, anakmu mengalami kekalutan dalam hidupnya.. Kali ini aku cuba untuk tidak membebankan emak dengan permasalahan yang melanda hidupku. Aku akan cuba untuk mengharungi semua ini sendirian. Hanya Tuhan saja yang tahu apa yang aku lalui kerana aku tiada siapa-siapa lagi yang dapat aku kongsi permasalahan ini selain dari dirimu mak. Mak, aku pasti suatu hari nanti aku aku ceritakan padamu tentang masalah aku ini, tapi bukan sekarang. Aku tidak mampu mak untuk melihat kau bersedih jika aku ceritakan hal ini.

Maafkan aku mak.. Aku masih tidak mampu merealisasikan impianmu. Tiap kali melihat wajahmu hati aku pasti tersentuh. Harapanmu untuk melihat anakmu ini bahagia belum kesampaian.. Maafkan aku sekali lagi mak, aku cuba untuk memperlihatkan bahawa aku bahagia dengan kehidupanku kini, tapi jauh disudut hati aku tahu.. Kau memahami apa yang aku rasa.. Terima kasih mak.. Insyaallah, dengan izin Nya, aku yakin suatu hari nanti impianmu akan tercapai..

Mak, Ana sayang mak dan tak kan ada orang lain yang dapat menandingi tempat mak dihati Ana.. You are the best mom in the world!! Luv you Mom!

0 comments:

Template by:

Free Blog Templates