Sunday, May 29, 2011

Dah bau nasi minyak...

Baru-baru ni aku mendapat tahu yang kakak kesayangan aku dah jumpa putera idaman dia.. Aku happy dengan perkhabaran itu. Alhamdulillah, dah sampai jodoh dia.. Tapi bila aku bertanya bila nak bagitau famili kita kat kampung? Dia jawab, aku takut parent kita tak setuju.. Kesian plak aku tengok keadaan dia.
So aku pun bagi la pendapat aku. Aku dapat rasa energy yang positif bila tengok mamat (bakal abang ipar aku) ni. Aku rasa mak tak de masalah kot cuma abah jer yang agak sukar untuk kita convince dia.. Biasa la kan, abah cukup protective bila bincang pasal anak2 dara dia ni. Kakak aku pun mengiyakan pendapat aku.

Aku cadangkan, kakak aku slow talk ngan mak aku dan mintak mak aku bagitau kat abah. Then, aku sebagai perantara @ mediator.. hehehe aku akan slow talk plak ngan abah aku.
Hari Isnin lepas, kakak aku memberanikan diri bercakap dengan emak aku then mak aku walaupun agak ragu-ragu tapi dia memberikan gren light. Dia janji akan bagitahu dan pujuk abah aku. So hari Rabu lepas, aku buat follow up dengan emak aku. Emak aku cakap, dia dah bagitau abah, tapi abah sepatah haram pun tak cakap apa.. hehehe ya pun tidak.. tidak pun tidak.. masaalah gak tu.. aku dengan beraninya, mintak emak pass kan telefon kat abah...

Aku tarik nafas panjang2 sebelum bercakap ngan abah. Aku perlukan kesabaran dan keberanian untuk mempengaruhi keputusan abahku nanti hehehehe. So aku pun mula tanya abahku tentang pendapat dia. Perkara pertama yang dia cakap adalah dia tak nak anak2 dia kawin dengan orang yang panas baran. Orang yang suka sepak terajang, yang membahayakan nyawa anak2 dara dia bila dia marah (macam ex-tunang aku dulu kot) hahahaha. Aku faham keprihatinan abahku tu.. So aku pun mulakan bicara aku la. Aku cakap jangan la pikir macam tu, kita doakan yang terbaik untuk kakak aku tu. Insyaallah dengan doa kita, kehidupan baru dia nanti akan berkat dan bahagia. Aku assure pada abahku yang aku yakin, abang NS tu baik, lemah lembut, mudah dibawak berbincang dan mesra dengan famili dia sama seperti famili kita yang rapat. Alhamdulillah, aku dapat meyakinkan abahku dengan pilihan kakakku..

Semalam, emakku menelefon aku untuk bertanyakan apa yang abahku cakap padaku baru-baru ni. Aku pun cite ngan mak apa yang membimbangkan abah. Then baru la mak buka cerita yang abahku sampai sekarang menyalahkan emak atas kegagalan perhubungan aku dengan ex tunang aku dulu. Mungkin sebab mak banyak menyokong setiap keputusan aku dulu.. dari keputusan untuk bertunang dan keputusan untuk putuskan pertunangan kami. Aku tak sangka mak.. Bukan salah emak hubungan aku putus, salah kami sendiri dan juga dah takdir Allah kami tiada jodoh. Abah tak patut salahkan emak dalam hal tu.. Dari satu sudut aku dapat faham kenapa abah bertindak seperti itu.. Abah terlalu sayangkan anak2 dara dia. Bila aku bagitahu mak yang ex tunang aku akan melangsungkan perkahwinan pada 5 Jun nanti, mak terdiam sekejap. Mak bertanya samada aku dijemput atau tak? Aku bagitau dia jemput tapi aku tak dapat hadir sebab aku akan berada di Indonesia pada ketika itu. Dan untuk apa jugak aku pergi, jika hanya mahu menambahkan luka diparut yang hampir sembuh kan? Dan tidak semena2 mak menangis.. Aku bila dengar mak menangis, aku terus sebak.. Mak menyatakan hasratnya kalau boleh nak tengok aku dan kakak aku bersanding tahun ini.. Aku tersentak lagi.. Maafkan aku mak, aku tak mungkin dapat tunaikan permintaan mak ni dalam masa terdekat ni.. Tapi aku cuba tenangkan mak dan mengatakan biar lah kakak ku kenduri tahun ini dan aku akan jadi orang kuat mak untuk mengelolakan majlis dia nanti. Aku sama2 kawin serentak, siapa akan tolong mak? Alhamdulillah, mak setuju dengan pendapat aku..

Aku dan kakak aku dah mula merancang tentang hari pertunangan dan perkahwinan nya nanti. Insyaallah kalau tiada apa aral, kakak aku akan bertunang hujung bulan Jun nanti dan bernikah selepas hari raya aidil fitri nanti. Insyaallah. Berkat doa dan restu abah & emakku, aku doakan semuanya akan berjalan lancar. Amin!

Kaseh : tak sabar rasanya nak mengelolakan majlis perkahwinan kakak ku nanti sebab dulu aku excited untuk majlis sendiri tapi apa kan daya.. pelamin anganku musnah.. hehehe so kali ni aku akan cuba buat yang terbaik untuk majlis kakak kesayanganku ini.. Insyaallah!

0 comments:

Template by:

Free Blog Templates