Hari ni aku telah dikejutkan dengan kenyataan bahawa aku seorang yang arrogance, rude & unprofessional (sombong, kurang ajar & tidak professional) dalam urusan kerja aku.. Aku tak tahu siapa yang membuat remark itu kepada boss aku tapi itu yang dinyatakan pada aku petang tadi. So dia nak aku baiki etika kerja aku disebabkan oleh kenyataan itu.
Aku manusia biasa.. Ada hati, perasaan dan fikiran. Aku tak menafikan kenyataan itu 100% kerana aku bukan robot. Mungkin aku ada melukakan hati seseorang dengan percakapan atau perbuatan aku selama aku bekerja selama 5 tahun disini secara tidak sengaja. Tapi apa yang memeranjatkan aku after 5 years baru kenyataan ini timbul. Kenapa tidak dari dulu? Aku rasa aku sudah cuba untuk tidak mengeluarkan perkataan yang tidak sewajarnya atau luahkan amarah aku kepada rakan sekerja aku selama ini. Bagaimana marahpun aku pada mereka, aku cuba telan.. aku cuba absorb.. aku cuba maniskan muka walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
Sombongkah aku jika beberapa kali dalam setahun aku tidak menegur rakan sekerja dan hanya melemparkan senyuman kepada mereka? Kurang ajarkah aku jika sesekali dalam setahun, aku moody disebabkan PMS? Kurang ajarkah aku bila aku down sebab kurang motivasi diri?? Sombong atau kurang ajarkah aku bila aku cuba menyabarkan diri aku bilamana aku cuba menerangkan sesuatu yang sama berkali-kali kepada rakan sekerjaku??
Aku dilabel tidak profesional kerana mereka tidak percaya kepada diri aku. Sebab? Mereka takut aku membocorkan apa yang mereka ceritakan pada aku kepada orang lain.. Salah aku kah jika mereka tidak percayakan aku? Jangan hanya pandai menuduh jika ianya tidak pasti kerana ia akan memusnahkan motivasi kerja dan kareer seseorang itu. Sepanjang kareer aku, aku diberi kepercayaan untuk menjadi pegawai sumber manusia. Tidak semua orang dapat bersabar dan bertahan dalam kerjaya seperti ini. Selama hampir 10 tahun bergelumang dalam bidang ini, aku tidak pernah terfikir untuk memperjudikan kareer aku ini dengan membuka mulut tentang perkara sulit atau perihal pekerja aku kepada orang lain. Cuba kalian bertanya kepada rakan-rakan karibku dipejabat, pernahkah aku menceritakan hal-hal sulit pekerja kepada mereka? Pernahkan mereka mengetahui siapa antara rakan sekerja yang mendapat surat amaran? Pernahkah mereka mengetahui siapa antara rakan sekerja mereka yang dibuang kerja kerana salahlaku? Pernahkah mereka tahu bonus quantum sebelum mereka mendapat surat rasmi dari HR? Pernahkan mereka tahu tentang gaji pekerja2 atasan?? Pernahkah?
Aku menangis hari ini kerana aku terkejut dan tersentak dengan kenyataan itu. Aku rasa seperti segala usaha dan kerja aku selama ini seperti tidak dihargai oleh rakan sekerja. Dengan menangis mungkin boleh membuatkan aku tenang tapi aku yang aku buat adalah dengan menahan diri dari untuk terus menangis.. Cuba untuk tidak kelihatan lemah dimata boss aku dan juga rakan sekerja aku. Tapi sampai bila aku boleh bertahan? Sampai bila aku boleh berlakon menjadi tenang dan sabar dengan semua ini? Aku manusia biasa.. Suatu hari nanti pasti aku akan meletup kerana tekanan ini..
Dalam pada masa yang sama aku diberitahu yang proposal yang aku tunggu2 tidak diluluskan dek kerana ketidakpercayaan mereka kepada aku. So buat apa aku harus menunggu lagi disini? Segala usaha dan tenaga telah dicurahkan tapi tidak dihargai langsung.. Hancur luluh hati aku kala itu. Dengan tidak semena-mena aku terfikir untuk keluar dari semua kemelut ini.. Mungkin sudah masanya aku mencari sesuatu yang baru dalam kerjayaku.. Mungkin mereka boleh melakukan kerja2 aku dengan lebih baik tanpa aku disini.. Aku akan mulakan usaha aku untuk keluar dari semua ini secepat mungkin.. Doakan aku berjaya kawan..
Kaseh : Dikala ini lah aku memerlukan seseorang untuk mendengan keluhan dan rintihan hati aku.. Tapi apa yang aku ada hanyalah ruangan ini.. Yang hanya mampu mempamerkan bait2 kata yang aku curahkan tapi tidak dapat menenangkan dan menyejukkan hati dan perasaan aku.. :-(
0 comments:
Post a Comment