Semalam, 22 May 2010 aku menhadiri satu majlis perkahwinan di Presint 16 Putrajaya. Perkahwinan anak kepada office mate aku iaitu Kak Nona & Abg Azlan. Puteri kedua mereka telah disunting oleh jejaka idaman.. Alhamdulillah dan tahniah Akak ucapkan buat Hajar. Akak doakan semoga Hajar berbahagia bersama suami tercinta dan bersedia mengharungi kehidupan baru ini sebagai seorang isteri yang solehah.
Sebelum sampai ke dewan dimana majlis diadakan, aku sempat singgah di Alamanda untuk membeli hadiah buat pasangan pengantin. Biasalah walaupun rushing tapi aku sempat berjalan dan mencuci mata dibahagian pakaian dan kasut.. hehehe dah hobi aku window shopping.
Tapi apa yang aku dapat katakan penduduk di Putrajaya ni memang relax memanjang. Dulu aku perhatikan pemandu2 diPutrajaya akan memandu dengan perlahan sekali tidak seperti orang2 KL yang selalu rushing dalam perjalanan atau dalam apa jua keadaan mereka. Dan semalam aku perhatikan pekerja2 dishopping complex ni pun melakukan kerja mereka dengan slow sekali.. Aku menunggu lebih dari setengah jam untuk mereka membalut hadiah aku.. Nak je aku ambil balik hadiah tu dan balutnya sendiri.. Nasib baik angin aku baik semalam, kalau tidak sure budak2 tu dah kena tempias nye.. hahaha
Bila aku sampai di dewan kenduri, mak pengantin (Kak Nona) sempat memeluk aku dan mengucapkan terima kasih kerana sudi datang. Terharu sekejap aku rasa.. dan sekali lagi aku terharu bila selepas aku makan, aku berjumpa dengan Kak Nona untuk memberitahu aku nak balik, dia memberitahu yang Abg Azlan (suaminya) mencari aku.. Hahaha.. Aku tahu yang Abg Azlan menyenangi aku sebagai kawan baik kepada isterinya.. hmm :-D
Tapi ini bukan kejadian pertama bila seseorang menyenangi kehadiran aku dan boleh aku katakan yang ada 2 orang ibu yang menyenangi kehadiran aku dalam hidup mereka. Aku tak pasti apa yang mereka rasa tapi aku juga menyenanginya..
Ops.. dah terkeluar topik. Apa-apa pun aku gembira bila dapat menyaksikan kegembiraan dan kebahagiaan yang terpancar pada wajah pasangan pengantin dan kedua ibu bapa mereka. Bila agaknya masa untuk aku pulak???
Kaseh : Kita hanya mampu merancang & Tuhan yang menentukan..
0 comments:
Post a Comment