Sotong goreng tepung.. agak tawar.. sib baik ada sos..
Ikan bakar yang langsung tak letak apa2 perasa.. tawar giler
Trompah yang paling besar di Mesia.. :-D
Kedai barang2 antik..
Menarik tapi tak berminat nak beli...
Kedai kraftangan yang agak menakutkan.. hehehe
Welcome to Jonker Street Melaka
Masa on the way.. masih segar..
Pak Yas selaku driver & sponsor Melaka trip nih..
Dua minggu lepas, 24 April 2010 bersamaan dengan hari Sabtu aku terima pelawaan seorang rakan untuk ke Melaka. Hajat beliau nak belanja kawan-kawan makan kat Umbai Melaka bersempena beliau dapat bonus.. Alhamdulillah.. Kecik tapak tangan, stadium Bukit Jalil aku tadahkan.. Bak kata mak, rezeki jangan ditolak.. musuh jangan dicari.. ;-D
Kami berlima (aku, kakak & 3 kawan-kawan lain) bertolak ke Melaka dalam pukul 3.30 petang. Jalan clear so perjalanan kami cukup lancar. Sampai di Bandar Hilir, kami berjalan2 sekitar bandar dan terus ke Jonker Street. Sebelum ini jika ke Melaka aku tak pernah sampai ke Jonker Street. Best rupanya kat Jonker Street tu.. macam-macam ada.. dari barang-barang antik, stationary, barang-barang perhiasan rumah, kerusi kayu unik dan macam-macam lagi lah.. Dan baru aku tahu yang makam Hang Kasturi juga terletak di Jonker Street tu.
Selepas penat berjalan dan baju dah basah dek peluh kami berlima sempat minum cendul sambil melepaskan penat.. hehehe lepas itu baru bertolak ke Umbai.. Sampai di Umbai.. simpang ke medan selera ikan bakar yang dicari tak jumpa, kami terus lagi hingga ke Serkam.. Dan akhirnya mengambil keputusan untuk berpatah balik dan akan makan dimana-mana medan selera ikan bakar di Umbai..
Selesai menjamu selera.. di gerai no 2 (makanan kurang mengancam) kami bertolak untuk balik ke KL. Bila sampai di jalan besar, baru aku jumpa station minyak ESSO yang kami cari pada mulanya tadi.. hehehe rupanya itulah medan selera yang kami carik tadi.. hehehe
Dalam perjalanan balik, mata aku dah tak tahan.. dah beberapa kali terlelap.. hehehe ye lah perut dah kenyang.. keadaan dalam kereta pulak sejuk.. memang nyaman sekali untuk melayan mata.. Sampai rumah dalam pukul 12.45 malam.
Tapi walaupun agak penat tapi trip ni memang best.. Terima kasih pada Pak Yas yang belanja kami semua makan.. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan jangan lupa belanja kami lagi.. :-D
0 comments:
Post a Comment