Dah lama aku nak update blog ni dengan gambar & cerita pasal potluck picnic company aku.. Tapi kemalasan melanda diri.. hehehe
Pada 10 April 2010, aku telah menganjurkan potluck picnic untuk opis aku dan lebih kurang 16 family menyertainya. Since aku salah seorang penganjur, so memang aku enjoy sangat sangat dengan picnic ni. Tapi yang tak tahan bila kepenatan dengan kerja-kerja koordinasi dan penat dengan perangai rakan2 yang lepas tangan.. hmm well, what to do.. just bare with it rite?
Sekali lagi aku memilih Kalumpang Resort @ Hulu Selangor untuk jadi tempat kami berpicnic. Aku kesana bersama bekas teman sekerjaku & kakakku. Aku sampai disana lebih kurang pukul 9.45pagi dan rakan-rakan yang lain sampai dalam pukul 10 pagi dan ada yang sampai after lunch.. normal la kan bila dah ada anak2 kecil yang perlu diuruskan dahulu sebelum bertolak.. Kalumpang Resort telah banyak berubah since aku datang dulu.. Kids pool pun dah siap.. dah ada coffee house disebelah jambatan dan dah ada bilik persalinan di seberang sungai.. Best la sebab dah banyak kemajuan..
Aktiviti BBQ cukup seronok bila semua rakan mengambil bahagian.. Aku yang involved dari mula, hanya makan 1 ketul ayam saja.. mungkin dah amik bau terlalu banyak jadi sampai tak lalu nak makan ayam BBQ.. Makanan yang dibawa pun banyak.. sampai berlebih-lebihan..
Tapi apa yang boleh aku simpulkan, semua rakan sekerja yang menyertai picnic ni memang berpuas hati dengan tempat ini dan eppy dengan aktiviti yang tak seberapa tu.. Aku eppy bila semua orang eppy.. Balik dari picnic aku terus pengsan.. :-D
Aku harap akan ada 1 lagi potluck picnic lepas ni.. dan tempatnya mungkin di Agrotek Garden Resort pula.. Insyaallah..
1 comments:
kikiki.... kelakar tengok gambar my family dengan rupa kami yang semua besar... heheheh tapi saya nampak lagi besar dari sisi... btw, nice arrangement... ada picnic lagi, jangan lupa jemput... hehehehe
Post a Comment