Ahad, 10 Julai 2011
Aku telah berangkat ke Saigon @ Ho Chich Minh City bersama 4 rakan yang lain. Aku mengambil bas dari KL Sentral ke LCCT pada pukul 7.10 pagi dan sampai di LCCT pada pukul 8.20 pagi. Setelah bertemu dengan rakan-rakanku kami terus check in. Flight kami berangkat pada pukul 9.30 pagi dan sampai disana pada pukul 11.30 (waktu M'sia) dan 10.30 pagi waktu Saigon. Disana, tour guide kami telah menunggu iaitu Mr Yong. Kami terus dibawa berjalan-jalan sekitar town. Dalam masa 2 jam, kami telah menjalankan xtvt yang cukup digemari iaitu shopping... hehehe.. Terkejut Mr Yong melihat kami yang menjinjit beberapa beg plastik apabila dia mengambil kami untuk lunch. Kami lunch di Restoran Seri Pinang, salah satu resotran halal yang terkenal di Saigon. Kami bertemu dengan 3 older couple dari Singapore disana. Selepas lunch kami ke Cholon Market atau Big Market of Chinese in Saigon. Di Cholon Market macam-macam ada... dari rempah ratus, pakaian, beg, kain ela, topi dan macam-macam lagi lah. Mr Yong hanya memberi kami masa 30 minit untuk melihat-lihat dalam Colon Market. Kami hanya singgah ke 2 kedai kain ela.. Apa lagi kita borong kain la pulak. Aku membeli kain sutera Vietnam buat aku, mak & sis. Aku juga sempat menyambar 3 pasang kain cotton untuk kakak-kakak iparku. Selepas itu kami singgah disebuah bazar membeli belah, disana aku beli survenir untuk kawan-kawan seopisku. Setelah itu kami dihantar ke Le Duy Hotel ditengah-tengah town untuk check in. Hotel 3 bintang itu cukup bersih dan selesa. Selepas berehat kami dijemput semula oleh Mr Yong pada pukul 6.30 petang untuk dinner. Kami dibawa ke satu lagi restoran halal iaitu Restoran Four Season. Makanan boleh tahan cuma rasanya agak berbeza dari Malaysia. Selepas itu kami ke night market berdekatan dengan Ben Thant Market. Aku sempat membeli 2 pasang baju tradisional vietnam untuk Iman & Wawa. Setelah puas berjalan dan cuci mata, kami pulang ke hotel berjalan kaki kerana hotel kami berhampiran dengan Ben Thant Market. Kami rehat & tidor.
Isnin, 11 Julai 2011
Aku bangun seawal 5.30 pagi dan setelah siap kami turun ke coffee house untuk breakfast. Aku hanya makan bubur nasi & buah-buahan kerana makanan lain mungkin tak halal. Mr Yong menjemput kami pada pukul 8.30 pagi dan kami bertolak ke Mekong Delta. Kawasan yang terkenal dengan sungai Mekong dan buah-buahan tempatan. Sepanjang perjalanan kami melalui kawasan kampung yang hijau dengan padi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu setengah jam. Sampai di jeti Sungai Mekong, kami menaiki bot kecil untuk ke Orchard Island. Salah satu pulau semulajadi yang terdapat di Sungai Mekong. Perjalanan menaiki bot kecil agak mengerikan (maklum lah aku ni kan penakut air.. hehehe). Bila berselisih dengan bot besar, bot kami akan terumbang ambing.. hehehe aku la yang paling takut sekali. Sesampai di Orchard Island, kami melihat pembuatan gula2 kelapa atau coconut candy. Selepas itu kami minum teh bersama madu lebah dikedai menjual madu lebah. Selepas itu kami makan buah-buahan tempatan di salah satu kedai yang menyediakan buah-buahan berserta hiburan. Beberapa orang wanita mengambil giliran menyanyi dan secara tradisinya tetamu perlu memberi wang kepada penyanyi2 tersebut. Wang perlu dimasukkan kedalam bunga2 lili (bunga plastik) yang disediakan disetiap meja tetamu. Walaupun tidak paham apa yang dinyanyikan, kami tetap memberikan wang kepada mereka. Setelah itu kami diberi masa selama 1 jam untuk berjalan-jalan sekitar pulau. Apa lagi, peluang ini kami guna secukupnya untuk shoppingggggggg.. Aku sambar 1 lagi handbag untuk sis dan sepasang lagi baju tradisional vietnam buat Sheika. Setelah itu kami menaiki sampan untuk ke bot kami. Satu mengalaman yang cukup menakutkan buatku.. Tiap kali sampan itu senget kekiri atau kekanan, aku pasti menjerit. Dan bila sampan bertembung dengan sampan lain, aku pasti ketakutan.. hehehe namun Alhamdulillah sampan kami selamat sampai ke pinggir Sg Mekong dan aku berjaya mengatasi ketakutanku tadi. Kami menaiki bot dan pulang ke jeti Sg Mekong. Di jeti aku borong t-shirt sulaman tangan untuk aku & sis. Kami kemudian lunch di sebuah restoran halal berhampiran Sg Mekong dan setelah itu kami pulang semula ke town. Kami ke Ben Thant Market, syurga membeli belah. Banyak juga barang yang aku beli disitu dan setelah penat bershopping, kami pulang ke hotel untuk berehat. Mr Yong menjemput kami pada pukul 6.30 petang untuk dinner di Kedai Shamsudin (restoran halal terkenal buat pelangcong muslim). Selesai makan kami memintak Mr Yong menghantar kami ke Hard Rock Saigon. Bukan untuk berhibur tapi untuk shopping... hehehe aku beli t-shirt Hard Rock untuk aku. Tapi disini tak banyak choice macam di Bali dulu. Kami pulang ke hotel menaiki teksi.
Selasa, 12 Julai 2011
Seperti semalam, seawal 5.30 pagi aku telah bangun. Selesai solat subuh kami bersiap2 untuk sarapan. Selesai bersarapan kami meminta Mr Yong membawa kami ke Cholon Market lagi sekali, disana kami menambah pembelian kain ela.. hehehe aku beli 2 pasang lagi kain cotton untuk sis dan diri sendiri. Selepai urusan kami, kemudian kami dibawa ke sebuah masjid Jamia Al Muslimin. Kami bersolat zohor disana dan kemudian lunch di Four Season restaurant. Selepas lunch kami ke War Crime Musium, melihat sejarah Saigon. Selepas itu sekali lagi kami ke Ben Thant Market. Kali ini aku memborong t-shirt buat anak2 buah dan abang2ku, kemeja untuk abah, cadar sulam untuk sis, baju kurung siap bermanik buat aku dan Farah (kiriman opis mateku), kain linen untuk aku & sis dan 1 handbag untuk aku. Kami pulang ke hotel untuk berehat sebelum keluar semula untuk dinner. Kami dinner di Kedai Shamsudin lagi dan selepas itu kami ke SPA. Ini juga satu pengalaman baru buatku kerana treatment & cara SPA mereka berbeza. Urutan bermula dengan bahagian kepala, kemudian bahagian tangan, kemudian kebahagian kaki. Urutan mereka kuat (walaupun badan pengurutnya kurus) dan kemudian mereka naik ke atas belakang badan kami dan mengurut menggunakan kaki.. (teringat masa aku kecil dulu bila abah kerap menyuruhku memijak belakang badannya).. Kemudian mereka mengurut menggunakan hot stone dibahagian belakang badan. Best betul lah! Setelah selesai berurut, kami membuat medicure & pedicure pulak.. terasa seperti puteri plak hehehe. Kemudian kami pulang ke hotel untuk berehat.
Rabu, 13 Julai 2011.
Hari terakhir di Saigon. Setelah siap mengemas barang-barang kami breakfast di coffee house. Pagi ni free & easy so sekali lagi kami ke Ben Thant Market. Aku sambar 1 lagi handbag untuk sis, topi shantik untuk aku dan menempah baju tradisional vietnam untuk aku. Kami pulang semula ke hotel untuk check out. Setelah check out, kami lunch di satu lagi restoran halal berhampiran Ben Thant Market. Hujan lebat ketika itu. Selepas itu kami melawat Reunification Palace, Notre Dame Cathedral dan Old Post Office. Tempat-tempat tu memang mengkagumkan aku. Selepas itu kami ke area yang banyak Sport Shop. Disebabkan kurang minat.. hehehe kami kembali semula ke Ben Thant Market untuk mengambil baju yang kami tempah pagi tadi. Selepas itu kami menonton Vietnam Water Puppet Show selama satu jam setengah. Best pertunjukkan puppet tersebut walaupun kami tak faham apa yang diceritakan oleh mereka.. hehehe. Setelah itu kami dinner di Seri Pinang Restoran dan kemudian dihantar ke airport. Flight pada pukul 9.10 malam (waktu Saigon) dan kami sampai pada pukul 12 tengah malam (waktu M'sia). Nasib aku kurang baik bila aku ditahan kastam dan dikenakan cukai RM50. Aku sampai dirumah pada pukul 2 pagi.. Keletihan tahap gaban tapi bila mengenangkan pengalaman disana ia membuatkan aku tersenyum keriangan.
Kaseh : pengalaman disana cukup indah dan manis bila dikenang. Bayangkan kami terpaksa berkomunikasi seperti ayam & itik dengan pekedai-pekedai disana kerana mereka tidak begitu pandai berbahasa Enggeris tapi bila tengok hasil yang kami dapat... heheheh macam tak percaya. Walaupun Vietnam negara yang baru membangun, tapi didalam town saja terdapat beberapa taman yang cantik dan terjaga rapi.. Bila melalui taman-taman tersebut terasa bagai berada di Eropah. Jalan raya dan public toiletnya cukup bersih.. macam tak percaya je kan? Insyaallah, jika aku ada rezeki dan peluang, aku ingin kesana semula.