Thursday, June 23, 2011

Trong = Teruk

Jumaat malam yang lepas (17 Jun 2011) aku bertolak balik ke kampung dengan menaiki tren antara bandar KTM. Aku & sis booked private cabin (2nd class +) malam tu dan inilah kali pertama aku balik kampung menaiki tren. Tren bergerak pada pukul 10.30 pagi dan sampai di Butterworth pada pukul 7 pagi. Sesampai di Butterworth, Abg NS (bakal BIL aku) dah menunggu kami dengan sabar dan kami terus pulang kerumah selepas menapau roti canai.

Sesampai dirumah, abah dan kakak telah menunggu kami diluar rumah. Abg NS pertama kali sampai ke rumahku dan dengan bersahaja dia berborak dengan abahku tanpa kekok. Dari cerita pasal memancing sampai la ke cerita sedara mara. Abah bercerita yang kami ramai saudara di bahagian utara perak begitu juga dengan Abg NS. Aku, mak, sis & anak-anak sedara aku hanya mendengar dan berbual sesama sendiri. Tiba-tiba aku terdengar abah memberitahu Abg NS yang dia mempunyai saudara di Trong Perak. Aku terus menyampuk dan berkata "ala bah, yang tak jadi ari tu pun kat Trong jugak.." aku tersengih. Abah pulak jawab "tu bukan Trong tapi tu teruk!" aku & sis apa lagi ketawa terbahak-bahak la mendengar jenaka abahku.. Tapi kesian Abg NS, sebab dia tak faham apa yang abahku cakap... hehehe.. Melalui sis, rupanya Abg NS ada bertanya sis berkenaan lawak abah tu selepas dia pulang dari rumahku.. Then baru la dia paham.. hehehe

Abg NS pulang selepas lebih kurang 2 jam berada dirumahku. Aku, sis & emak tertanya-tanya samada abah aku setuju dan suka dengan Abg NS.. Tiba-tiba abahku bertanya "mak hang, kita nak buat kenduri arah sekali ka minggu depan?" Aku menoleh ke arah sis & kami sama-sama tersengih.. Abah setuju la tu.. yeeehaaaaa... mak menjawab "ikut abah hang la.. boleh ja kalau nak buat kendiri arwah sekali".. Kalau aku happy, Sis lagi lah happy.. Impiannya nak berumah tangga dah hampir jadi kenyataan.. Alhamdulillah!

Tuesday, June 21, 2011

21 Jun 2011 - Hari Ulang Tahunku

Alhamdulillah Tuhan panjangkan umur aku setahun lagi.. So hari ini aku menyambut hari lahir aku yang ke.... :-) Malam tadi aku menerima beberapa sms dari rakan-rakanku untuk mengucapkan selamat padaku. Aku bersyukur kerana rakan-rakan masih mengingati hari lahir aku. Sesampainya aku di office, seperti biasa aku akan bersarapan bersama rakan-rakan. Kembali ke office, Front Desk aku , Zaireen mengucapkan selamat hari jadi.. Aku mushkil, mana dia tahu. Rupanya Legal Manager aku telah mengumumkan hari lahir aku pada semua staff melalui sistem PX planner kami.. Terasa segan pulak dengan tindakan dia tu.. Nanti dilebel aku suka cari publisiti murah pulak.. huhuhu

Aku kembali ke bilikku dan salah seorang AM dari Admin datang dan memelukku sempena hari jadi aku. Kebetulan Legal Manager & Internal Audit Manager berada di hadapan bilik aku. Tiba-tiba mereka meluru ke arah aku untuk menunggu giliran untuk memeluk aku.. Aku ketawa besar melihat telatah & gelagat mereka.. Mereka hanya bergurau sebenarnya tadi.. Selepas itu aku menerima beberapa mesej ke komputer aku dari rakan-rakan sepejabat untuk memngucapkan selamat..

Just right before lunch time, aku menerima satu lagi mesej dari Zaireen. Dia mengumumkan yang dia hendak membeli kek untuk aku kepada semua staff... hehehe rupanya dia telah tersalah umum kerana dia hendak menujukan mesej itu kepada Fady, rakan sekerjaku.. Jadi semua orang dah tahu tentant kejutan yang dia hendak buat pada aku.. hehehe tak sengaja la tu.. dan aku adalah antara orang-orang yang ketawa besar pada Zaireen..  hehehe cian dia.. Lunch time aku sepatutnya ke bank & berjumpa dengan lawyer aku di Sime Darby tentang urusan pembelian rumah. Tetapi sis telah membawa aku ke Mid Valley untuk lunch di TGIF Garden.. Selepas lunch aku pulang ke pejabat dan di kejutkan dengan Chocolate Indulgence Secret Recipe cake pemberian beberapa rakan sekerjaku.. sebenarnya dah tak terkejut sebab Zaireen dah ter"announce" tadi.. hehehe.. Selepas setengah jam, sekali lagi aku dikejutkan bila Zaireen membawa naik a bouque of flower ke bilikku.. wahhhh! aku dapat bunger.. bestnye.. Rupanya dari Kak Aishah (SDL).. tak sangka2..

Aku menyambung kerja yang berlambak (kerja aku + kerja boss aku).. Ingat nak balik awal hari ini dan pergi membeli barang yang dipesan oleh emakku. Tapi aku hanya keluar office pada pukul 6.30 ptg dan bergerak ke Jalan TAR untuk membeli barang-barang emakku. Sementara aku menunggu sis, aku singgah di Pustaka Mukmin untuk membeli majalah.. Aku membelek majalah pengantin dan tiba-tiba aku terpandang stok buku Kasih yang Suci - Meen Zulaikha.. Wahhhh! bestnyer.. kat MPH semua stok tak der.. Aku pun apa lagi rembat novel & majalah pengantin tadi..

Semua barang-barang emak sudah dibeli, jadi esok & lusa aku dah boleh bernafas lega. Minggu lepas & minggu ini adalah minggu-minggu yang agak kelam kabut dan stress untuk aku.. Mana tidaknya, di pejabat aku perlu menguruskan department aku dengan ketiadaan boss aku manakala dirumah aku menolong sis untuk menyiapkan persiapan dan perancangan majlis pertunangan dan pernikahannya nanti. Aku berharap dan berdoa semoga semua akan berjalan dengan lancar nanti (perjalanan pulang ke Penang & majlis pertunangan sis).

Aku berharap aku dapat bertahan dan kuat menjalani kehidupan aku sekarang... Amin &Insyaalllah!

Bandung Trip, 1hb Jun - 5 Jun 2011

Aku, sis & PY (bukan nama sebenar hehehe) bertolak ke Bandung pada malam 1hb Jun 2011. Flight aku pada pukul 7.30 malam (waktu M'sia). Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam. Aku sampai disana dalam pukul 8.30 malam (waktu Indonesia). Kami dijemput oleh driver Guest House yang akan kami sewa sepanjang kami di Bandung. Sebelum sampai di Cassa Dua Guest House, kami singgah makan di salah satu restoran sunda untuk makan malam. Perut dah berkeroncong dari dalam flight lagi.. Kami sampai di Cassa Dua, check in & rehat sebab esok nak kuar jalan-jalan & shopping.. tak sabarnya rasa.. hehehe

2hb Jun 2011
Seawal pukul 5 pagi aku dah bangun.. Mandi & solat subuh.. Kami breakfast dilobi Guest House tu jer sementara menunggu teksi datang. Destinasi pertama ialah Pasar Baru.. Tempat membeli belah terkenal di Bandung. Segala jenis telekung, t-shirt, jubah, tudung, blouse, kasut, beg tangan, kasut dan macam-macam lagi la yang ada dijual disana. Kami samapi dalam pukul 9 pagi, kedai-kedai baru jer nak bukak tapi kami dah terconggok kat depan kedai.. Pasar Baru ada 6 tingkat.. Tingkat 6 adalah food court dan tingkat-tingkat yang lain nya adalah semua kedai.. terasa berada disyurga.. hehehe. Aku & sis banyak memborong telekung, baju melayu, jubah, t-shirt, tudung, business suit & kain lace. Harga memang murah kalau dibandingkan dengan M'sia. Diam tak diam dah pukul 5 petang.. beg ditangan dah penuh.. kami pun keluar dari Pasar Baru, tahan teksi dan menuju ke Toko Tiga.. Kedai menjual jeans & t-shirt. Di Toko Tiga, kami memborong t-shirt hard rock.. best jugak.. Dah penat berjalan & bershopping, kami singgah di IGA Bakar Restoran untuk makan malam.. Iga = tulang rusuk lembu.. Sedap sangat.. mungkin juga sebab aku lapar kot.. hehehe lepas makan kami balik ke Guest House untuk rehat & tido.. letihnya...

3hb Jun 2011
Seperti semalam, aku bangun pada pukul 5 pagi. Selepas mandi & solat, aku minta breakfast dihantar ke bilik.. Lepas kenyang kami bertolak ke Jalan Dago. Jalan Dago terkenal dengan factory outlet yang banyak sepanjang kiri & kanan Jalan Dago. Sebelum sampai di Jalan Dago, kami singgah di Toko Kartika Sari (kedai menjual kuih muih & brownies Indonesia).. Memang sedap kuih-muihnya.. Dan sebelum keluar dari situ, aku sempat membeli sebuah beg tangan unik untuk aku.. Kami bertolak ke Jalan Dago dan kami sampai disana lebih kurang pukul 9 pagi. Factory Outlet pun masih belum dibuka.. Semasa menanti kedai untuk dibuka, kami sempat merasa ais krim durian yang dijual oleh penjaja jalanan.. dan kami juga teruja bila terlihat stesen minyak Petronas disana.. hehehe. Kami mulakan aktiviti shopping marathon kami di factory outlet Level, semua barangan ada 50% diskaun dengan syarat mesti guna kartu kredit (kad kredit la tu).. hehehe.. apa lagi.. aku sempat sambar jeans untuk aku & skirt + t-shirt untuk anak2 buah aku. Selepas Level, kami singggh di factory outlet Grande.. yang ni lagi best!! Semua murah & cantik-cantik belaka.. Aku sambar jeans & gown untuk anak sedara & beberapa blouse untuk diri aku.. Kebetulan plak aku mengalami sakit perut yang agak teruk selepas aku habis bershopping di Grande.. Hilang terus mood nak bershopping.. huhuhu.. Lepas Grande, kami ke jalan Setia Budi, disitu pun syurga factory outlet. Tapi disebabkan sakit perut, aku hanya lepak diluar factory outlet Heritage & Summit.. Aku biarkan sis & PY bershopping didalam. Setelah penat, kami ke Rumah Mode (factory outlet yang terkenal). Di Rumah Mode, mood aku untuk bershopping telah kembali.. Apa lagi ayuhhhh kita serang!! hehehe aku sambar burberry jeans, seluar santai palazzo & t-shirt Guess.. lepas penat, it is makan time.. sekali lagi ke restoran sunda untuk menjamu selera.. Sampai di Guest House, kami dilayan seperti raja.. cewah.. pintu teksi dibuka oleh pekerja Guest House & semua barang2 yang kami beli di angkat dan dihantar ke bilik oleh pekerja-pekerja tadi.. best nye.. kaki dah mula sakit.. so baik rehat secukupnya sebab esok nak berjalan-jalan lagi..

4hb Jun 2011
Aku masih bangun awal seperti hari-hari kelmarin. Hari ini kami ingin melawat kawah gunung berapi di Tangkuban Perahu. Kami singgah sebentar dipertengahan jalan untuk breakfast & menyambung perjalanan ke puncak. Di puncak, kami menghidu bau sulfur yang busuk... yang terhasil dari kawah gunung berapi tersebut. Kemudian kami turun semula ke bawah dan singgah di pertengahan jalan untuk melihat dengan lebih dekat kawah gunung berapi yang ke dua.. kawah ini lebih besar dan boleh dikunjungi oleh pelancong. Setelah membayar pemandu pelancong, kami terpaksa hiking dalam 2 kilometer ke dalam hutan berbukit. Di dalam sana aku dapat melihat, air panas menggelegak yang keluar dari salah satu rongga kawah dan ada beberapa kolam air panas terhasil dari kawah tersebut. Kami sempat merendam kaki disalah sebuah kolam air panas dan memakai masker lumpur gunung berapi ke kedua belah kaki.. Satu pengalaman baru bagi aku.. best sangat.. Kami keluar dengan tercungap-cungap sebab terpaksa mendaki untuk pulang semula ke pengkalan tempat kami mulakan perjalanan tadi. Selepas itu sekali lagi kami ke Pasar Baru, PY baru terasa teruja untuk bershopping disana. Kami hanya menemani PY untuk memberi barang2 untuk keluarganya. Sis tidak ketinggalan membeli 400 cenderahati Bandung untuk dijadikan cenderahati dihari bahagianya nanti. Aku & PY hanya membeli 50 cenderahati Bandung untuk kawan-kawan dioffice. Selepas itu kami ke Kampung Daun, tempat makan eksklusif di Bandung.. Tempatnya diatas bukit, sejuk & cantik dengan hiasan lanscape dan susunan bangunannya.. Aku sempat mencuba beberapa kuih / makanan tradisional Indonesi disana.. Selepas selesai makan malam, kami bertolak pulang ke Guest House.. Letih giler..

5hb Jun 2011
Pagi ini selepas bersarapan, kami bertolak ke Jalan Dago sekali lagi.. bukan ke factory outlet tapi nak ke SPA.. Tapi hajat kami terbantut bila SPA fully book sebab weekend, so kami ke Amanda (Toko kek terkenal di Bandung).. Kami borong 5 jenis kek pelbagai rasa untuk dibawa pulang ke Malaysia. Kek Amanda memang sedap.. selepas itu kami ke Jalan Chiampelas, satu lagi kawasan membeli belah terkenal di sana.. Aku sempat sambar baju batik untuk aku (blouse & baju santai), blouse untuk sister in law & gown batik untuk anak-anak sedara aku. Selepas puas hati bershopping, kami ke satu lagi SPA, nasib kami masih kurang baik kerana fully book dan akhirnya kami hanya membuat refleksiologi. 1 jam urutan = RM10.. murah kan? memang berbaloi-baloi.. Selepas itu kami lunch di restauran minang berhampiran Airport. Kami sampai di Airport lebih kurang pukul 2.30 petang. Selepas check in 5 beg besar (aku & sis = 3 beg, PY = 2 beg), hand carried = 3 beg & 3 beg galas (semua hasil shopping kami).. kami berehat diruang menunggu. Flight delay 1 jam, so kami bertolak dari Bandung pada pukul 5 petang. Sampai di LCCT pada pukul 8 malam (waktu M'sia).. Aku sampai dirumah pada pukul 10.30 malam..

Penat & letih tak dapat digambarkan tapi bila tengok 3 beg besar yang kami bawa balik.. terasa berbaloi.. hehehe Insyaallah kalau ada rezeki nanti aku teringin kembali ke Bandung.. :-) Nanti aku uploadkan beberapa pic aku semasa di Bandung..

Template by:

Free Blog Templates