Tuesday, May 31, 2011

Selamat Pengantin Baru..

Minggu ni dah masuk musim cuti sekolah dan seperti kebiasaan ramai la yang akan melangsungkan perkahwinan time-time macam ni.

So dikesempatan ni aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat Nor Farah & pasangan (4 Jun 2011) & Khairul Azmi & pasangan (5 Jun 2011).

Aku doakan kalian & pasangan berbahagia dan gembira hingga ke akhir hayat. Dikurniakan rezeki dan anak2 yang akan memeriahkan hari-hari kalian. Amin!

Maaf kengkawan, memang aku merancang nak hadir pada hari persandingan korang tapi aku terlupa yang aku akan berada di Bandung, Indonesia pada ketika itu.. Aku akan bertolak ke Bandung esok, 1 Jun 2011 & Insyaallah akan pulang ke Malaysia pada 5 Jun 2011.
 
Doakan keselamatan aku yer.. :-)

Sunday, May 29, 2011

Dah bau nasi minyak...

Baru-baru ni aku mendapat tahu yang kakak kesayangan aku dah jumpa putera idaman dia.. Aku happy dengan perkhabaran itu. Alhamdulillah, dah sampai jodoh dia.. Tapi bila aku bertanya bila nak bagitau famili kita kat kampung? Dia jawab, aku takut parent kita tak setuju.. Kesian plak aku tengok keadaan dia.
So aku pun bagi la pendapat aku. Aku dapat rasa energy yang positif bila tengok mamat (bakal abang ipar aku) ni. Aku rasa mak tak de masalah kot cuma abah jer yang agak sukar untuk kita convince dia.. Biasa la kan, abah cukup protective bila bincang pasal anak2 dara dia ni. Kakak aku pun mengiyakan pendapat aku.

Aku cadangkan, kakak aku slow talk ngan mak aku dan mintak mak aku bagitau kat abah. Then, aku sebagai perantara @ mediator.. hehehe aku akan slow talk plak ngan abah aku.
Hari Isnin lepas, kakak aku memberanikan diri bercakap dengan emak aku then mak aku walaupun agak ragu-ragu tapi dia memberikan gren light. Dia janji akan bagitahu dan pujuk abah aku. So hari Rabu lepas, aku buat follow up dengan emak aku. Emak aku cakap, dia dah bagitau abah, tapi abah sepatah haram pun tak cakap apa.. hehehe ya pun tidak.. tidak pun tidak.. masaalah gak tu.. aku dengan beraninya, mintak emak pass kan telefon kat abah...

Aku tarik nafas panjang2 sebelum bercakap ngan abah. Aku perlukan kesabaran dan keberanian untuk mempengaruhi keputusan abahku nanti hehehehe. So aku pun mula tanya abahku tentang pendapat dia. Perkara pertama yang dia cakap adalah dia tak nak anak2 dia kawin dengan orang yang panas baran. Orang yang suka sepak terajang, yang membahayakan nyawa anak2 dara dia bila dia marah (macam ex-tunang aku dulu kot) hahahaha. Aku faham keprihatinan abahku tu.. So aku pun mulakan bicara aku la. Aku cakap jangan la pikir macam tu, kita doakan yang terbaik untuk kakak aku tu. Insyaallah dengan doa kita, kehidupan baru dia nanti akan berkat dan bahagia. Aku assure pada abahku yang aku yakin, abang NS tu baik, lemah lembut, mudah dibawak berbincang dan mesra dengan famili dia sama seperti famili kita yang rapat. Alhamdulillah, aku dapat meyakinkan abahku dengan pilihan kakakku..

Semalam, emakku menelefon aku untuk bertanyakan apa yang abahku cakap padaku baru-baru ni. Aku pun cite ngan mak apa yang membimbangkan abah. Then baru la mak buka cerita yang abahku sampai sekarang menyalahkan emak atas kegagalan perhubungan aku dengan ex tunang aku dulu. Mungkin sebab mak banyak menyokong setiap keputusan aku dulu.. dari keputusan untuk bertunang dan keputusan untuk putuskan pertunangan kami. Aku tak sangka mak.. Bukan salah emak hubungan aku putus, salah kami sendiri dan juga dah takdir Allah kami tiada jodoh. Abah tak patut salahkan emak dalam hal tu.. Dari satu sudut aku dapat faham kenapa abah bertindak seperti itu.. Abah terlalu sayangkan anak2 dara dia. Bila aku bagitahu mak yang ex tunang aku akan melangsungkan perkahwinan pada 5 Jun nanti, mak terdiam sekejap. Mak bertanya samada aku dijemput atau tak? Aku bagitau dia jemput tapi aku tak dapat hadir sebab aku akan berada di Indonesia pada ketika itu. Dan untuk apa jugak aku pergi, jika hanya mahu menambahkan luka diparut yang hampir sembuh kan? Dan tidak semena2 mak menangis.. Aku bila dengar mak menangis, aku terus sebak.. Mak menyatakan hasratnya kalau boleh nak tengok aku dan kakak aku bersanding tahun ini.. Aku tersentak lagi.. Maafkan aku mak, aku tak mungkin dapat tunaikan permintaan mak ni dalam masa terdekat ni.. Tapi aku cuba tenangkan mak dan mengatakan biar lah kakak ku kenduri tahun ini dan aku akan jadi orang kuat mak untuk mengelolakan majlis dia nanti. Aku sama2 kawin serentak, siapa akan tolong mak? Alhamdulillah, mak setuju dengan pendapat aku..

Aku dan kakak aku dah mula merancang tentang hari pertunangan dan perkahwinan nya nanti. Insyaallah kalau tiada apa aral, kakak aku akan bertunang hujung bulan Jun nanti dan bernikah selepas hari raya aidil fitri nanti. Insyaallah. Berkat doa dan restu abah & emakku, aku doakan semuanya akan berjalan lancar. Amin!

Kaseh : tak sabar rasanya nak mengelolakan majlis perkahwinan kakak ku nanti sebab dulu aku excited untuk majlis sendiri tapi apa kan daya.. pelamin anganku musnah.. hehehe so kali ni aku akan cuba buat yang terbaik untuk majlis kakak kesayanganku ini.. Insyaallah!

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Ulang Tahun Mak..

Bulan Mei adalah satu bulan yang istimewa untuk aku. Bulan ini adalah untuk meraikan Hari Ibu dan juga 6 Mei adalah Hari Ulang Tahun emakku..

Selamat Hari Ibu Mak & Selamat Hari Ulang Tahun buat Mak.. Pagi 6 Mei aku seperti kebiasaan akan menelefon mak dikampung. Mak akan happy sangat bila anak-anak dia telefon dan ucapkan selamat hari jadi buatnya. Selalunya dia akan menangis kegembiraan atas ingatan anak-anaknya. Dan kali ini juga emak sebak bilamana aku mengucapkan selamat hari jadi buat emak.

Emak, tiada perkataan yang dapat aku ungkapkan untuk berterima kasih atas segala jasa dan pengorbananmu untuk membesarkan kami empat beradik. Dengan usaha dan kasih sayangmu, anak-anakmu kini menjadi insan yang berjaya.. Alhamdulillah.. Emak, aku doakan kau beroleh keberkatan, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk kita sekeluarga.

Aku sebagai anak yang bongsu memang rapat dengan emak. Walaupun dahulunya aku anak yang paling nakal dan degil, tapi emak cukup sabar dalam menangani kerenahku. Bila meningkat dewasa, aku makin rapat dengan mak kerana mak walaupun tidak berpelajaran tinggi namun emak sentiasa memahami anaknya ini. Aku boleh berkongsi cerita dan masalah dengan emak dan selalunya emak akan memberikan nasihat dan pandangan yang bernas untuk segala permasalahan aku.

Emak, bilamana anakmu ini menghadapi masalah atau kesulitan pasti anakmu ini akan menghubungimu. Dengan hanya mendengar suaramu dicorong telefon, aku akan merasa tenang. Itulah magic nya suara emak padaku. Emak, aku tidak pasti samada aku boleh menjadi seorang yang tabah dan kuat seperti ini jika kau tiada disisi.

Sekali lagi emak, anakmu mengalami kekalutan dalam hidupnya.. Kali ini aku cuba untuk tidak membebankan emak dengan permasalahan yang melanda hidupku. Aku akan cuba untuk mengharungi semua ini sendirian. Hanya Tuhan saja yang tahu apa yang aku lalui kerana aku tiada siapa-siapa lagi yang dapat aku kongsi permasalahan ini selain dari dirimu mak. Mak, aku pasti suatu hari nanti aku aku ceritakan padamu tentang masalah aku ini, tapi bukan sekarang. Aku tidak mampu mak untuk melihat kau bersedih jika aku ceritakan hal ini.

Maafkan aku mak.. Aku masih tidak mampu merealisasikan impianmu. Tiap kali melihat wajahmu hati aku pasti tersentuh. Harapanmu untuk melihat anakmu ini bahagia belum kesampaian.. Maafkan aku sekali lagi mak, aku cuba untuk memperlihatkan bahawa aku bahagia dengan kehidupanku kini, tapi jauh disudut hati aku tahu.. Kau memahami apa yang aku rasa.. Terima kasih mak.. Insyaallah, dengan izin Nya, aku yakin suatu hari nanti impianmu akan tercapai..

Mak, Ana sayang mak dan tak kan ada orang lain yang dapat menandingi tempat mak dihati Ana.. You are the best mom in the world!! Luv you Mom!

Thursday, May 5, 2011

Arrogance, Rude & Unprofessional??

Hari ni aku telah dikejutkan dengan kenyataan bahawa aku seorang yang arrogance, rude & unprofessional (sombong, kurang ajar & tidak professional) dalam urusan kerja aku.. Aku tak tahu siapa yang membuat remark itu kepada boss aku tapi itu yang dinyatakan pada aku petang tadi. So dia nak aku baiki etika kerja aku disebabkan oleh kenyataan itu.

Aku manusia biasa.. Ada hati, perasaan dan fikiran. Aku tak menafikan kenyataan itu 100% kerana aku bukan robot. Mungkin aku ada melukakan hati seseorang dengan percakapan atau perbuatan aku selama aku bekerja selama 5 tahun disini secara tidak sengaja. Tapi apa yang memeranjatkan aku after 5 years baru kenyataan ini timbul. Kenapa tidak dari dulu? Aku rasa aku sudah cuba untuk tidak mengeluarkan perkataan yang tidak sewajarnya atau luahkan amarah aku kepada rakan sekerja aku selama ini. Bagaimana marahpun aku pada mereka, aku cuba telan.. aku cuba absorb.. aku cuba maniskan muka walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu.

Sombongkah aku jika beberapa kali dalam setahun aku tidak menegur rakan sekerja dan hanya melemparkan senyuman kepada mereka? Kurang ajarkah aku jika sesekali dalam setahun, aku moody disebabkan PMS? Kurang ajarkah aku bila aku down sebab kurang motivasi diri?? Sombong atau kurang ajarkah aku bila aku cuba menyabarkan diri aku bilamana aku cuba menerangkan sesuatu yang sama berkali-kali kepada rakan sekerjaku??

Aku dilabel tidak profesional kerana mereka tidak percaya kepada diri aku. Sebab? Mereka takut aku membocorkan apa yang mereka ceritakan pada aku kepada orang lain.. Salah aku kah jika mereka tidak percayakan aku? Jangan hanya pandai menuduh jika ianya tidak pasti kerana ia akan memusnahkan motivasi kerja dan kareer seseorang itu. Sepanjang kareer aku, aku diberi kepercayaan untuk menjadi pegawai sumber manusia. Tidak semua orang dapat bersabar dan bertahan dalam kerjaya seperti ini. Selama hampir 10 tahun bergelumang dalam bidang ini, aku tidak pernah terfikir untuk memperjudikan kareer aku ini dengan membuka mulut tentang perkara sulit atau perihal pekerja aku kepada orang lain. Cuba kalian bertanya kepada rakan-rakan karibku dipejabat, pernahkah aku menceritakan hal-hal sulit pekerja kepada mereka? Pernahkan mereka mengetahui siapa antara rakan sekerja yang mendapat surat amaran? Pernahkah mereka mengetahui siapa antara rakan sekerja mereka yang dibuang kerja kerana salahlaku? Pernahkah mereka tahu bonus quantum sebelum mereka mendapat surat rasmi dari HR? Pernahkan mereka tahu tentang gaji pekerja2 atasan?? Pernahkah?

Aku menangis hari ini kerana aku terkejut dan tersentak dengan kenyataan itu. Aku rasa seperti segala usaha dan kerja aku selama ini seperti tidak dihargai oleh rakan sekerja. Dengan menangis mungkin boleh membuatkan aku tenang tapi aku yang aku buat adalah dengan menahan diri dari untuk terus menangis.. Cuba untuk tidak kelihatan lemah dimata boss aku dan juga rakan sekerja aku. Tapi sampai bila aku boleh bertahan? Sampai bila aku boleh berlakon menjadi tenang dan sabar dengan semua ini? Aku manusia biasa.. Suatu hari nanti pasti aku akan meletup kerana tekanan ini..

Dalam pada masa yang sama aku diberitahu yang proposal yang aku tunggu2 tidak diluluskan dek kerana ketidakpercayaan mereka kepada aku. So buat apa aku harus menunggu lagi disini? Segala usaha dan tenaga telah dicurahkan tapi tidak dihargai langsung.. Hancur luluh hati aku kala itu. Dengan tidak semena-mena aku terfikir untuk keluar dari semua kemelut ini.. Mungkin sudah masanya aku mencari sesuatu yang baru dalam kerjayaku.. Mungkin mereka boleh melakukan kerja2 aku dengan lebih baik tanpa aku disini.. Aku akan mulakan usaha aku untuk keluar dari semua ini secepat mungkin.. Doakan aku berjaya kawan..

Kaseh : Dikala ini lah aku memerlukan seseorang untuk mendengan keluhan dan rintihan hati aku.. Tapi apa yang aku ada hanyalah ruangan ini.. Yang hanya mampu mempamerkan bait2 kata yang aku curahkan tapi tidak dapat menenangkan dan menyejukkan hati dan perasaan aku.. :-(

Wednesday, May 4, 2011

Cara melupakan bekas kekasih..

Ini adalah 1 artikel yang aku dapat dari seseorang. So aku nak kongsi dengan sesiapa yang mengikuti blog aku ni. Semoga korang dapat something dari artikel ni. Coretan ni adalah dari seorang lelaki.


Satu soalan yang sering ditanya oleh ramai pembaca saya adalah “Bagaimanalah cara untuk kita dapat melupakan bekas kekasih kita?”

First of all kita harus tanya adakah dengan melupakan dia, kita akan bahagia? Tidak kecewa lagi? Truth is, he/she is not the problem. The problem is kita! Kita yang membuat keputusan untuk memilih kebahagiaan atau sebaliknya.

Sebelum I beri 10 cara melupakan your ex, Sedikit coretan dari article setahun yang lepas bertajuk, my “Ex Cinta” : :-
I selalu treasure my feelings for them. I selalu embrace my good times with them. Sometimes, I duduk sorang-sorang kat my condo balcony, I ingat balik kenangan-kenangan terindah….places that we went together…. things that we did bersama…best! It keeps me going… Tak semestinya I nak kat dia balik… tetapi, bagi I mengenangkan saat-saat manis bersama my ex’s, ia membuatkan I rasa I ni adalah orang yang sangat bertuah. I pernah melalui saat yang terhebat dalam hidup I…saat yang menggembirakan. Why must I lupakan? I love the feelings…I use to love her…

Yes, dia tinggalkan I, Yes…dia curang, dia ada balak lain, dia nak break, dia tak boleh terima I yang lower standard dari dia masa tu, and yesss… I tidak berjaya lagi di kala itu dan dia mahu kan lelaki yang lebih berjaya. Well fine!

But to me, Thats not enough reason for me to hate or to forget my ex’s. I boleh biarkan… I boleh terima, walau pun sakit di hati. Meronta di jiwa…geram dan terkecewa, BUT I had a good times, I pernah dapat rasakan betapa mereka sayangkan I, dapat rasa cinta mereka…so to me, I will never forget my ex’s! Boleh nak lupa jika mahu…but buat apa?!

And you know what…dengan cara terus menghargai saat-saat indah bersama ex’s, dan dalam masa yang sama mahu mengalaminya dengan lebih hebat lagi bersama cinta yang baru, ianya membuatkan I merasa cinta yang baru jauh lebih hebat, dan tanpa I sedari kisah-kisah cinta lalu…segala kenangan manis bersama ex girlfriend semuanya perlahan-lahan menjadi hanya tinggal kenangan…masih ingat, tetapi tanpa rasa cinta.



 
I guess that’s the secret of how to forget your ex’s …


The more you think and accept the past has gone with the greatest time of all, the more you forget and redeem yourself to be better!

“As for me, I still love the old moment but my time with my real love now is beyond better, more loving and so much beautiful!”

Boleh follow ke cara ni hehehe… Masih berkawan dengan my ex’s TANPA memikirkan feelings, just purely friend. Tahan dan sabar tengok dia dengan cinta barunya… boleh? Kalau tak boleh jangan buatlah… nanti lagi merana. Like me, I’m strong kuat iman hahaha…

So for those yang nak melupakan kekasih yang berkali-kali menduakan kita, curang dan curang lagi, yang telah menghancurkan hati dan jiwa kita. For those yang nak menghindarkan dari duk teringat-ingat kat your ex’s hingga memberi kesan buruk pada kehidupan anda hari ini, ini ada beberapa cara penting untuk anda lakukan…

Before that, I nak cakap, “Orang yang kita benci pun SUSAH nak lupa, malah ingat selalu. Inikan pula orang yang bertahun-tahun kita cintai, sayangi dan amat kasihi, mestilah lagi susah!”

But kita boleh cuba… Okay, First sekali kita kena bersedia, READY TO LEAVE EVERYTHING BEHIND! - are you ready? If not ready, then boleh berhenti membaca sekarang hehe…

Ini untuk orang yang bersedia untuk melakukan MAJOR changes! Perubahan besar dan drastik, Ready?

1. First sekali, Delete handphone number dia. DELETE SEKARANG! Delete semua nombor dia.

2. Removed and block his FB account now!

3. Stop visiting his blog, his wall, his pages, his sites, he’s depan rumah, he’s jalan, he’s lepaks place, STOP IT!

4. Stop asking about him, ni asal jumpa kawan dia je, “Eh dia apa khabar? dah ada orang baru ke?” STOP IT!

5. Delete email contacts dia, dan buang semua email-email lalu, ecards, atau cara berhubung dengannya.

6. Stop calling, stop smsing, stop contacting dia …no last call, stop everything for good!

7. Kalau boleh, buang apa-apa saja yang boleh mengingatkan dia.

8. Delete lagu-lagu dan movie cd’s yang dia suka. Apa saja pemberiannya yang boleh you mengenangkan kisah lalu, jangan bagi balik kat dia, tetapi BUANG!

9. Lose everything, every single thing hingga tiada cara nak trace balik lagi.

10. Okay, yang terakhir sekali adalah MEMAAFKAN DIA. From your heart dengan tulus dan ihklas, maafkan dia… biarlah dia pernah menjahati kita, pernah curang dan menghancurkan hati kita, it’s okay itu antara dia dan Tuhan, yang penting… dengan memaafkan dia, kita sudah terlepas darinya. Selagi kita menyimpan marah dan berdendam selagi itulah kita tidak akan dapat melupakannya.

Ada berbagai-bagai cara lagi untuk melupakan bekas kekasih anda, tetapi Masalah yang anda hadapi sebenarnya,

Anda tidak boleh melupakan cinta lama ni adalah kerana anda masih dwell to the past, sengaja mengingati kisah dulu-dulu, masih duk khayal dengan cinta lama, saat indah bersama masa dolu-dolu …kalau macam tu sampai bila-bila lah you tak akan dapat melupakannya…

Gagah dan tabahkan diri anda, percaya kepada Allah yang anda akan bertemu dengan jodoh anda yang sebenar-benarnya, soon! Mulakan dengan sembahyang hajat pohon ditunaikan hajat anda untuk memiliki jodoh yang beriman, jujur, baik dan menghormati, menghargai san sangat sayangkan anda dunia akhirat!

Really hope it helps, and I wish you all the best and good luck!

**************************************************************

Kaseh : Dalam dok meng'google' image untuk dimasukkan dalam coretan ni, aku terjumpa dengan poem kat bawah ni.. When I read this poem, its remind me of him.. I know this poem from one of our favorite movie.. If he read this, he might remember it.. So how to DELETE himself from my memories & my life?? I am still stuggling & will continue stuggling to forget him.. Wish me luck!



Template by:

Free Blog Templates