Lately ni aku agak busy dengan kerja-kerja office dan jugak aktiviti sosialku bersama teman-teman. Dan mungkin juga aku tak de mood nak update page ni walaupun kadangkala keinginan tu ada tapi kemalasan mengatasi segalanya.. cewah!
Baru-baru ni aku terjumpa seorang teman sekuliahku dilaman muka buku @ FB. Aku gelarkan dia S (bukan nama sebenar). Apa yang aku ingin ceritakan disini adalah aku merasa tidak tenteram bila aku telah menerima dia sebagai salah seorang kawanku di dlm muka buku. Kenapa yer?
Bila aku fikir-fikirkan, mungkin antara kami ada "unfinished business". Satu ketika dulu dia pernah menjadi sebahagian dari kehidupan aku.. walaupun hanya beberapa bulan.. Tapi ia cukup membahagiakan.. (masa tu je la bahagianye). Aku suka pada S sebab dia kelakar, caring dan dia banyak membantu aku dalam english language. Tapi selepas tamat final exam, dia memutuskan hubungan kami kerana orang ke tiga.. Aku pada masa itu yang baru berjinak-jinak dalam hal-hal perhubungan ni, menerima keputusan nya tanpa banyak soal. Tidak lama selepas itu, ada beberapa rakanku memberitahu yang mereka ada terserempak dengan S bersama orang baru iaitu orang ke empat..
So aku bertanya pada diri aku.. biar betul?? Cepatnya dia move on dari yang ke 3 dan terus ke 4? Apa yang aku dapat simpulkan mungkin aku hanya tempat persinggahan buat S pada ketika itu.. Walaupun begitu aku masih tertanya-tanya adakan dia seorang player dan aku salah seorang yang ditipunya? Aku memberanikan diri bertanya S dan dia berkata orang ke 3 antara kami dulu sudah tidak ada dalam hidupnya dan disebabkan dia kecewa kerana terpaksa berpisah dengan aku (dek kerana orang ke 3 tu) S menjalinkan hubungan dengan orang ke 4. Menurut S orang ke 4 ini yang sering menemani dan mengubati luka dihati S.. Dan menurut S lagi, orang ke 4 ini baik hati & caring sama seperti aku.. Aku tersentak bila S mengatakan begitu. Dengan pantas aku berkata pada S, dia tak perlu 2 orang yang sama dalam hidup nya. Since S dah pilih untuk bersama orang ke 4, jadi aku tahu dimana kedudukan aku.
Selepas itu, aku ada terserempak dengan S disini 2 kali.. Kali pertama aku hanya melihatnya dari jauh dan kali kedua di Mid Valley dan aku sempat menyapanya. Selepas itu dia pernah mengajak aku keluar menonton wayang kerana dia kebosanan. Dimasa itu dia sudah bertunangan dengan orang ke 4 (rasanya la).
Tapi aku menolak pelawaannya kerana aku tak mahu mencari masalah.
Dan sekarang, selepas lebih kurang 8 tahun aku bertemu S semula di alam cyber.. Dia telah berjaya & berkeluarga. Selepas bertemu dengan S, aku merasa tidak tenteram. Aku buntu memikirkan samada tindakan aku menerima S sebagai kawan semula adalah tindakan yang betul atau salah? Mungkin disebabkan aku tidak dapat menerima penjelasan S dulu (unfinished business - alasannya adalah benar atau hanya alasan semata-mata) menyebabkan aku berasa tidak selesa dengan tindakan aku.. Hmm hingga ke hari ini aku masih berperasaan yang sama. Tapi dalam pada masa yang sama aku happy bila melihat S happy & bahagia dengan keluarganya.
Aku berharap dan berdoa agar aku dapat mengatasi perasaan kurang senang aku ini selepas ini kerana aku tak mahu kisah2 dulu menghantui kembali kehidupanku. Tuhan, kau berikan lah aku ketenangan dalam mengharungi liku2 hidupku ini. Amin!
0 comments:
Post a Comment