Last two week adalah hari-hari yang paling sibuk buat aku. Sebagai orang penting atau organiser untuk Company Staff Trip, masa aku banyak dihabiskan di pejabat. Kalo dulu nak ganti time off sampai pukul 6.30 petang pun rasanya cukup lama tapi baru-baru ni masa seakan terlalu cepat berlalu.. sedar-sedar dah pukul 8 malam.. Walaupun agak ketakutan, tapi aku gagahi juga untuk stay dipejabat untuk menyiapkan kerja-kerjaku dan mencari keberanian untuk pulang ke rumah dimasa hari sudah gelap. Maklumlah kawasan pejabatku itu kawasan yang agak merbahaya.
Company trip aku berlangsung dari 25hb Mac hingga 27 Mac 2011 di The Legend Resort, Cherating Pahang. Sebagai organiser, aku bertolah sehari lebih awal iaitu pada 24 Mac. Kami bertolak hampir 5 petang dari pejabatku. Semasa dalam perjalanan kami menerima berita yang amat mengejutkan iaitu salah seorang rakan pejabatku mengalami kemalangan semasa pulang dari pejabat. Dia telah disimbah dengan cecair alkali oleh orang yang tak dikenali. Kejadian itu berlaku berhampiran kawasan letak kereta di belakang pejabatku. Masyaallah.. Aku tak dapat membayangkan kesakitan yang ditanggung oleh rakanku itu. Telefon aku tidak henti-henti berdering & menerima sms dari rakan-rakan pejabat yang lain. Semuanya mahu meng'update' aku atau mahu bertanya lebih lanjut mengenai perkara itu. Perjalanan ke Cherating aku rasakan cukup tegang kerana perkara itu. Alhamdulillah kami sampai di Cherating pada pukul 11.45 malam itu pun selepas menjamu selera di Tanjung Lumpur.
Alhamdulillah Staff Trip berjalan dengan lancar cuma aku tidak gembira dan kecewa dengan team yang berkerja denganku. Aku rasa kesorangan semasa berada di Cherating. Kebanyakan rakan-rakan lain bersama dengan keluarga masing-masing. Yang single semuanya muda & baru lepas universiti. Mereka banyak melakukan aktiviti bersama-sama. Mahu bercampur dengan mereka boleh tapi cukup dengan sekali sekala.. Tak sesuai pulak jika aku asyik mengekori budak-budak ni ke sana ke mari. Maklumlah aku ni dah tua.. Kali ini aku langsung tak menjejakkan kaki ke pantai & swimming pool. Aku tak ada hati nak menikmati kemudahan itu. Apa yang aku lakukan hanya duduk memerhatikan rakan-rakan melayan anak-anak mereka atau menyaksikan aktiviti2 yang mereka lakukan. Hari ke tiga, bila kekecewaan dan keletihan sampai tahap maksima, aku menangis seorang diri di bilik kemudian tidur. Walaupun menangis tidak meringankan apa yang aku hadapi tapi sedikit sebanyak dapat menenangkan hati dan perasaanku buat seketika. Rasanya mahu segera pulang ke KL dan lupakan semua yang berlaku di Cherating.
Aku bercuti pada hari Isnin jadi aku mengambil kesempatan untuk berehat sepenuhnya dirumah. Petang hari itu aku telah pergi melawat rakan aku yang disimbah alkali itu di Pantai Hospital Bangsar. Alhamdulillah dia sudah mampu melihat semula dan dia kelihatan cukup tabah dalam menghadapi dugaan besar ini. Mungkin disebabkan suaminya sentiasa berada disisi untuk memberi semangat dan begitu juga dengan kakak & ibunya. Aku doakan semoga Aina cepat sembuh dan kembali menjalani kehidupannya seperti dulu.
Hari ini aku dapat tahu yang hari Isnin lepas seorang lagi mangsa simbahan asid / alkali dikawasan pejabatku. Mangsa ini adalah mangsa ke tiga selepas Aina. Ramai rakan-rakan pejabat yang tidak berani untuk keluar lunch dan kebanyakkan mereka akan pulang seawal mungkin sekarang ini. Kawasan pejabat aku sudah tidak selamat dan kami semua perlu lebih berhati-hati. Aku berharap dan berdoa semoga aku & rakan-rakan yang lain dilindungi olehNya dari segala kejahatan dan khianatan orang. Aminnnnn!!
Kaseh : Aina patut bersyukur mempunyai suami yang begitu baik.. Jika aku ditempat Aina, siapa yang akan menjaga dan menemani aku semasa aku perlukan sokongan dorongan seperti itu??
0 comments:
Post a Comment