Bersama Olien & Adik
Hari minggu yang lepas, 24 & 25hb Julai 2010 aku berada di Johor Bahru @ JB. Aku bertolak dari KL pada pukul 8 pagi dan sampai di JB pada pukul 12.30 tengahari. Aku ke sana bersama seorang teman dan akan betrtemu dengan kakak aku yang telah menunggu kami di JB kerana dia telah berada disana semenjak hari Khamis lagi.
Sesampai di JB, kami turun di Plaza Kotaraya dan mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke Puteri Pacific @ Pan Pac Hotel JB. Sesampai di hotel, kami tidak dibenarkan check in kerana check in time hanya pada pukul 3 petang. Disebabkan kakak aku juga belum sampai di hotel, aku dan teman mengambil keputusan untuk ke City Square untuk lunch dan survey tukaran wang Singapore. Kemudian setelah lunch kami ke Plaza Kotaraya untuk bertemu dengan kakak ku dan menukar duit Singapore. kami pulang ke hotel dan alhamdulillah tepat pukul 3, kami telah mendapat bilik.
Setelah check in kami berpatah balik ke Plaza Kotaraya kerana berhajat menyewa teksi untuk masuk ke Singapore. Mungkin nasib kami kurang baik, aku menyewa teksi malaysia dan dikenakan tambang SGD50 bersamaan RM120 sehala. Disebabkan kesuntukan masa, kami setuju dengan sewa yang mahal itu. Kami di hantar ke Orchard Road dimana tempat membeli belah terkemuka diSingapore. Kalau di sini kawasan tersebut boleh dilihat seperti Pavillion atau KLCC. Tiada apa yang menarik bagiku di Orchard Road, barang2 dan pakaian berjenama yang ada disini semuanya boleh dibeli di Malaysia.
Setelah itu, kami mengambil teksi ke Mustapha Plaza di Little India. Ianya sebuah pusat membeli belah seakan-akan Maidin di Malaysia. Tapi yang membezakannya dengan Maidin adalah Mustapha turut menjual barangan berjenama seperti Levis dan Adidas. Aku sempat menyambar sehelai jeans di Mustapha. Setelah penat berjalan di Mustapha, kami sempat minum teh tarik & roti canai di sebuah restoran berhampiran Mustapha. Setelah itu, kami sempat menyinggah ke Singapore City Square yang baru dibuka sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke JB.
Kami ke Queen Street untuk mengambil bas ekspress ke JB. Dengan hanya SGD2.40 kami pulang ke JB. Imegresen Malaysia di sempadan JB patut menilai semula kemudahan laluan pejalan kaki. Bagi aku ia tidak praktikal bila pejalan kaki terpaksa berjalan kaki jauh dan menaiki beberapa tangga automatik (escalator) untuk mendapatkan pengesahan imegresen @ untuk cop passport.
Dari imegresen kami hanya berjalan kaki ke Plaza Kotaraya dan terus ke hotel. Rasa bagai nak tercabut kaki aku ni.. Dengan tidak membuang masa kami bergilir2 mandi dan bersiap untuk keluar dinner. Teman aku S @ Teman Tapi Mesra (TTM) akan menjemput kami untuk dinner. TTM membawa kami ke Senibong untuk makan seafood.. Best sebab ianya kegemaran aku. Harga seafood disini agak murah dibanding dengan KL. RM 145 untuk 5 orang makan dan kami dihidangkan dengan 2 jenis masakan ikan, udang butter, sotong goreng tepung, kupang masak pedas dan tomyam campur. Murahkan? Selepas menjamu selera kami pulang ke bandar JB dan sempat singgah ke Pasar Karat. Pasar Karat ni seperti Uptown di KL. Kami pulang ke hotel pada pukul 2.30 pagi.
Keesokan pagi, setelah sarapan kami ke Plaza Kotaraya. Setiap kami mempunyai rancangan tersendiri. Aku akan keluar bersama TTM dan berjumpa dengan roomate aku semasa dikolej, teman aku merancang untuk berjalan2 seorang diri dan berjumpa kawan nya dan kakak aku akan pergi ke rumah keluarga angkatnya di Majidee Baru.
Setelah check out pada pukul 12 tengahari, aku bersama TTM ke Restoran Singgah Selalu di Lido untuk bertemu roomate aku, Olien dan keluarganya. Kami lunch bersama dan aku cukup happy dapat bertemu Olien, Botak dan 2 anak perempuan nya yang keletah dan comel itu. Macam-macam yang kami bualkan dan rasa tak puas berborak dengan mereka. Kami berpisah pada pukul 3 petang dan aku bergerak ke Majidee baru untuk mengambil kakakku.
Kami bertolak dari Majidee Baru pada pukul 4.30 petang ke Larkin. Bas kami tiba pada pukul 5.20 minit. Dan kami sampai di KL pada pukul 10 malam. Semasa menunggu teksi untuk pulang kerumah, aku terserempak dengan sorang lagi roomate aku semasa di kolej. Dia bersama suaminya mempelawa untuk menghantar kami pulang. Tak sangka aku akan berjumpa dengan 2 orang ex roomate aku dalam hari yang sama.
Walaupun penat tapi aku rasa happy sangat bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama aku. Apa yang aku dapat katakan adalah aku amat bersetuju dengan pepatah melayu "hujan emas dinegara orang, hujan batu dinegeri sendiri.. lebih baik negeri sendiri".
Buat S @ TTM, terima kasih atas layanan awak.. Walaupun singkat pertemuan kita tapi saya dapat mengenali dengan lebih dekat diri awak yang sebenarnya. Terima kasih kerana melayani saya & kawan2 saya dengan baik dan terima kasih atas kesudian awak menjadi hos kepada kami semasa di JB..
2 comments:
Salam, setelah mbaca blog ni rasa ingin bercuti ke jb n spore dgn menaiki bus dr imgration jb to queen street. Tapi ingin bertanya jauh sgt ke dari check point msia utk menaiki bus?
Wsalam. Thanks for reading / visiting my blog. Actually tak la jauh sangat.. Kalo nak senang, amik jer Nice Express Bus dari KL terus ke Singapore. Kalo naik bus biasa dari JB kena turun and naik kat terminal imigrasion tu.. berpeluh jugak la nak jalan, naik escalator pastu bertaur kat inigrasion then turun & baru leh masuk Singapore.
Post a Comment