Friday, April 23, 2010

Semangat yang hilang..

Lately ni aku memang hilang semangat.. Ntah kenapa? Insan yang sebelum ini menemani aku dah hilang entah ke mana.. dan disebabkan itu aku telah kembali berhubung dengan Dia.. disebabkan kesunyian dan keperluan untuk berbual dengan seseorang.

Aku juga buntu dalam mencari penyeri dalam hidupku.. Aku merasakan yang insan sekelilingku tidak mengendahkan kehadiran aku disisi mereka.. Teruk sangatkan diri aku ini sehingga diperlakukan sebegitu? Tidak layakkah aku untuk bergaul dengan kalian?? Terlalu pedih bila aku memikirkan hal ini..

Aku cuba untuk tidak terlalu memikirkan hal ini tapi aku pasti akan teringatkan bila aku bersendirian.. Walaupun aku sering ditemani oleh lappy ku tapi sebagai manusia aku perlukan manusia lain untuk berkongsi cerita dan menghilangkan tekanan kerja..

Walaupun aku sering berhubung dengan Dia tapi aku tahu Dia tidak begitu menyukainya.. Aku dapat rasakan dari gerak geri percakapanya.. dan tindakanya.. Aku tak salahkan Dia kerana aku tahu kehadiran aku sudah tidak memberi apa2 makna dalam hidupnya.. Aku hanyalah insan yang menumpang perhatian darinya..

How sad it is rite? Tapi sekarang aku cuba untuk berfikir lebih positif.. Dan harapanku agar aku akan terus positif dari masa ke semasa.. Insyaallah dengan izin dariNya aku berharap akan dapat bertahan dan tabah dalam menghadapi situasi ini..

0 comments:

Template by:

Free Blog Templates