Malam ini tidak tahu kenapa hati aku tersentuh.. entah ke berapa kalinya.. Airmata begitu cepat mengalir tanpa dipaksa-paksa..
Bila aku fikir-fikirkan mengapa aku berkeadaan begini.. tiba-tiba aku teringat manusia diciptakan berpasangan kerana untuk memenuhi keperluan naluri dan emosi setiap manusia itu..
Dan disebabkan aku tidak mempunyai semua itu maka aku berhak untuk merasakan apa yang aku rasa sekarang ini.. Aku merasa sunyi.. kosong.. dan tidak dipedulikan.. aku hanya hidup seorang diri dalam dunia aku sendiri.. Terpaksa menagih perhatian dari insan-insan yang tak perlukan aku dalam hidup mereka..
Mungkin kalian diluar sana merasakan aku teruk bila berperasaan sebegini.. dan telah ramai yang memberi pendapat mereka dan kebanyakkannya sama.. kalian tidak berada dalam kehidupan aku.. kalian tidak mengerti apa yang aku lalui.. kalian tidak mengkin mengerti semua masalah aku kerana kalian berada didunia yang berlainan.. kalian dikelilingi dengan isteri, suami atau anak-anak yang menceriakan hidup kalian.. Dan aku?? Masih begini.. menumpang kasih insan lain yang belum pasti milik aku.. itu yang membuatkan aku merasa terpinggir..
Aku berharap aku akan dapat menghabiskan malam ini dengan tidur yang lena..
0 comments:
Post a Comment