Wednesday, November 18, 2009

Sg. Klah Hot Spring, Trolak



















14hb & 15hb November lalu aku telah berpeluang berkunjung ke Sg. Klah Hot Spring di Felda Trolak Perak.

Dari KL aku bertolak bersama kakakku. Perjalanan mengambil masa selama 1 setengah jam. Untuk ke sana, kami mengambil exit Sungkai dan dari exit hanya mengambil masa dalam 20 minit perjalanan ke Hot Spring tersebut.

Abangku bertolak dari Pulau Pinang pada pukul 8 pagi dan sampai di Trolak pada pukul 11 pagi. Kami menjamu selera disebuah gerai dipersimpangan felda.. aku tidak melepaskan peluang untuk makan durian & langsat yang ada dijual digerai tersebut.

Dari pemilik kedai, kami dapat tahu yang ramai penduduk felda mempunya perniagaan home stay.. harga juga amat berpatutan diantara RM80 hingga RM200 semalam mengikut bilik atau rumah. Disebabkan kami telah menempah bilik di Felda Resident Trolak, kami tidak berhasrat untuk duduk di home stay tersebut walaupun ianya lebih dekat berbanding Felda Resident.

Felda Resident pula terletak dalam 5-7km dari Sg. Klah Hot Spring. Semua kemudahan ada disana cuma tidak ramai tetamu yang menginap disana.

Pada petang hari pertama, kami mendapat tiket masuk percuma. Kami sampai disana dalam pukul 3 petang. Terdapat kolam air gunung dan sotong gergasi dan selebihnya adalah kolam air panas. Kami mencuba kolam air gunung, anak2 sedaraku cukup eppy dapat main air sementelah pula hujan renyai-renyai..

Setelah kecut, kami bergegas ke kolam air panas.. kolam yang kami masuk bersuhu 35 - 40 darjah celcius.. yang lain 45 darjah celcius ke atas.. hujan masih mencurah tapi kami sekeluarga berendam dalam kolam air panas.. Setelah puas berendam, kami mencuba merebus telur ditempat air paling panas.. hanya mengambil masa 6-7 minit, telur2 telah siap direbus... best sangat.

Selepas itu kami bergerak ke kolam air panas yang besar, dengan hujan yang masih lebat kami berendam dikolam yang berasap-asap.. anak2 cukup gembira dapat main air & main hujan beramai-ramai.. hehehe

Keesokan harinya kami sekali lagi mengunjungi Sg. Klah Hot Spring.. dengan aktiviti yang sama..

Mungkin aku akan kesana lagi kerana keadaan nya yang tenang dan masih tidak tercemar..

0 comments:

Template by:

Free Blog Templates