Kebelakangan ini aku agak ceria dengan adanya seseorang melayani kerenahku..
Dia adalah teman tapi mesra bagiku.. Biarpun dulu hubungan kami terputus seketika dek kerana salah faham tapi kini ianya mekar kembali..
Tidak ku tahu kenapa ianya terjadi sebegini.. mungkin sudah ditakdirkan aku akan bersahabat dengan nya..
Kehadiran dirinya membuatkan aku ceria dan gembira.. dia cukup pandai melayani kerenahku.. Walaupun kadangkala aku kurang menyenangi usikan nya tapi aku terima dirinya seadanya.. Kerana ku tahu setiap orang pasti ada perangai tersendiri termasuk juga aku..
Seringkali dia melayani anganku.. dan kebetulan kami mempunyai angan yang sama..
Kami boleh ber 'sms' berjam-jam bila membincangkan angan-angan kami itu..
Ahh.. bahagianya kurasa waktu itu..
Baru-baru ini dia mengatakan yang dia memperoleh semangat baru bila kembali menjalinkan persahabatan denganku.. Rupanya selepas hubungan kami renggang dulu, dia jatuh dalam kehidupan dan kariernya.. Sungguh tidak ku duga..
Aku cuba memberinya semangat untuk kembali berjuang dalam kehidupannya.. Alhamdulillah, mengikut katanya.. setelah mengenali aku buat kali kedua.. dia memperoleh semangat baru untuk memajukan dirinya..
Sekali lagi aku bersyukur bila dia mengatakan yang dia telah ditawarkan pekerjaan yang lebih baik dari sekarang.. dan dia akan memulakan tugas baru minggu hadapan.. Syukur kepadaMu Tuhan.. Kau telah menolong seorang hambaMu yang amat memerlukan pertolonganMu.. Namun tidak aku nafikan yang dia cuba sedaya upaya untuk merubah dirinya.. dan ini adalah hasil usaha kerasnya itu..
Apa yang aku tidak pasti adalah hala tuju hubungan kami.. aku terima jika ianya hanya teman tapi mesra.. Tapi jika dia menginginkan hubungan yang lebih serius.. bolehkah aku menerimanya? Bolehkah aku memberi komitmen pada hubungan yang sebegitu?
Apa yang aku tahu, jauh disudut hati ini masih ada keraguan dalam mempercayai dan menyayangi seseorang bergelar lelaki..
Adakah aku serik untuk memperjudikan hidupku ini bersama seorang lelaki?? Atau aku tidak yakin yang aku akan bahagia bersamanya? Ataupun aku tidak mempunyai perasaan yang sama sepertinya?
Tuhan.. aku berserah kepadaMu.. Jika dia telah ditakdirkan untukku.. dekatkan lah dia denganku, rapatkanlah hatinya dengan hatiku.. tapi jika dia bukan untukku.. jauhkan lah dia dari mataku.. hilangkan dia dari hatiku..
Amin...
0 comments:
Post a Comment