Sunday, August 16, 2009

Zurimi & Rohaiza - 8hb Ogos 2009






7hb Ogos 2009 - aku bertolak balik ke Penaga bersama kakak tersayang. Walaupun hanya kami berdua tapi MYVI comel itu dipenuhi barang2 hantaran dan barang2 persiapan raya yang telah kami beli buat mak & abah serta untuk anak2 sedara dikampung.

Malam itu aku dan kakak ku menyiapkan segala hantaran ditemani anak-anak saudaraku yang juga excited untuk menerima mummy baru mereka.
Walaupun kepenatan tapi aku gagahi jua demi untuk abang tersayang. Anak saudaraku yang sulung bertanyakan tentang perbezaan antara mas kahwin & duit hantaran. Aku tidak pasti samada dia memahaminya atau tidak tapi yang jelas dia paham bila aku berkata "kalo tak ada duit banyak.. beribu-ribu.. jangan gatal2 nak mengorat anak dara orang tau.." dia tersengih bila aku berkata begitu... Walaupun baru berumur 8 tahun aku harapkan dia akan lebih matang dengan apa yang terjadi ini.

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba dah segala persiapan telah pun siap.
Bertemakan hijau & putih untuk hantaran bagi pihak lelaki, kami berangkat ke rumah pengantin perempuan di Bukit Mertajam Pulau Pinang. Mengambil masa lebih kurang 30 minit dari rumahku, kami sampai di rumah pengantin perempuan pada pukul 12.30 tengahari. Hampir sejam menunggu ketibaan kadi.. dan akhirnya abangku selamat menjadi suami buat kali kedua dengan sekali lafaz sahaja.. Alhamdulillah.

Anak saudaraku yang kedua tidak berenggang dengan abangku semasa akad nikah dijalankan. Dia sentiasa berada disisi abangku sepanjang majlis berlangsung.
Mak & abah nampak gembira sekali dengan pernikahan ini dan aku harapkan yang terbaik buat mereka berdua. Aku doakan mereka dapat membesarkan anak-anak mereka dengan baik dan penuh kasih sayang. Dengan pernikahan ini juga aku mendapat anak saudara segera, Syika namanya.. dan dengan itu aku mempunyai 3 orang anak saudara lelaki & 3 orang anak saudara perempuan.

Buat Abang Mie dan Kak Ija, selamat pengantin baru dan adieq doakan kalian berdua dapat menjadi Abi & Mummy yang baik buat Haziq, Hadiff & Syika. Mereka memerlukan kalian berdua untuk mencorakkan hidup mereka dan memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian buat mereka. Adieq akan sentiasa mendoakan kebahagian buat kalian sekeluarga.

0 comments:

Template by:

Free Blog Templates