Alhamdulillah, sudah hampir 1 bulan usaha aku untuk menukar pendekatan aku sebagai seorang HR Personnel yang lebih approachable kurasakan ada hasilnya.
Sebelum ini aku sedar yang aku terlalu straight forward bila berhadapan dengan rakan2 dan tegas dalam berkata-kata dengan mereka. Mungkin ini adalah caraku dari kecil hinggalah dewasa. Dan mungkin ini juga yang menjadikan aku sesuai untuk pekerjaanku ini.
Selepas menghadiri 2 kursus yang berlainan mengenai cara pergaulan dan mendedahan tentang "people skill", aku cuba untuk berubah ke arah yang lebih baik...
Walaupun pada mulanya dan hingga ke hari ini aku merasakan yang aku seolah-oleh berlakon dihadapan rakan sekerjaku dan kadang kala terasa diriku seperti seorang "nyah" bila aku bercakap dengan lembut & tenang... hehehehe pernah aku ceritakan pada pengurusku dan dia ketawa besar bila aku meyebut perkataan "nyah"..
Walau bagaimanapun, akan aku teruskan usaha murniku ini supaya aku dapat menjadi rakan yang baik dan sekaligus dapat membantu rakan-rakan sekerjaku dimasa depan.
Insyaallah..
0 comments:
Post a Comment