Wednesday, December 30, 2009

Masih adakah...

Masih adakah kebahagiaan buatku??
Ada sesiapa yang boleh menjawab pertanyaan itu? Pertanyaan yang sering bermain dalam fikiranku kebelakangan ini..
Aku rasakan yang kebahagian itu makin menjauh dari diri dan hidup ini.,
Dimanakah kebahagiaan buat diriku??
 
Aku telah cuba untuk membahagiakan diriku dengan aktiviti2 seharianku dan mungkin kalian lihat aku happy..
Tapi apa yang tersirat dalam hati kecilku ini hanya aku dan Tuhan saja yang tahu..
Bila aku pulang ke rumah, aku kembali sendirian..
Sendirian menonton TV atau mengadap laptop merahku.. 
Siang aku dipejabat bersama teman2 pejabat... malam aku dirumah sendirian.. hanya ditemani 4 dinding kaku kamarku dan Facebook..
Itulah rutin hidupku.. Betapa bosannya kehidupanku sekarang..
 
Aku tak mahu mengganggu teman2ku yang semuanya telah berkeluarga.. Aku pasti mereka sibuk dengan aktiviti keluarga mereka..
Dengan siapa aku harus mengadu? dengan siapa harus aku menangis? dengan siapa harus aku luahkan perasaan ini?
Hakikatnya tiada siapa yang sudi menemaniku..
 
Aku cuba untuk tidak terlalu memikirkan hal ini, tapi bila kesunyian itu bertandang.., aku jadi tertekan.. pasti aku menangis mengenangkan nasib diri ini..
Dikala itu aku cuba untuk bangun kembali, cuba untuk mencari sisa-sisa semangat yang ada untuk meneruskan kehidupan ini..
Aku tahu ini adalah satu ujian untuk diriku.. Hikmahnya akan aku perolehi jua satu masa nanti..
 
Apa yang aku harapkan, semoga masih ada sinar kebahagian buatku dihadapan sana.. Amin!

Friday, December 25, 2009

Hipokrit..

Kebelakangan ni aku sering terjebak dalam situasi yang menampakkan kehipokritan (bahasa baru) seseorang. Aku jadi muak dengan karektor mereka.. Mengapa mereka harus menipu dan berlakon didepan orang ramai semata-mata hendak menunjukkan diri mereka baik? diri mereka sopan? tertib dengan tatasusila melayu? dan kononnya mereka open minded?

Aku tidak faham dengan mereka2 ini.. dihadapan kawan2.. aku la yang paling sopan.. paling baik.. paling menjaga perhubungan antara lelaki & wanita.. aku la yang paling pandai dalam segala hal..

Realitinya, hanya orang yang terdekat je yang tahu.. dia la yang paling pemalas.. dia lah yang sering keluar lewat2 malam berjumpa dan berduaan dengan lelaki2 bukan muhrim.. dia lah yang sering membuatkan ibu bapa runsing tentang pergaulan nya.. dia lah yang paling bossy dirumah.. dialah yang paling degil dan tak boleh menerima teguran dari orang lain..

Hanya Tuhan yang tahu apa yang terkandung dalam hati & fikiran mereka ini.. aku hanya sebagai pemerhati dan kadang kala menjadi mangsa kepada mereka2 ini hanya boleh menerima perangai mereka.. tiada apa2 yang boleh aku lakukan walaupun semua itu mengundang tekanan dalam diriku..

Aku tahu hanya 1 jalan yang boleh aku lakukan iaitu keluar dari hidup mereka2 yang hipokrit ini.. Jika boleh, dah lama aku lakukan nya tapi apa kan daya aku.. Tapi aku tahu, Insyaallah satu hari nanti Tuhan akan menolongku untuk aku keluar dari semua ini..

Sunday, December 6, 2009

Amani Imanina & Nuwairah Intisar..










Aidil Adha baru-baru ini aku kembali ke kampung.. Rutin biasa bila tiba hari perayaan. Apa yang amat menggembirakan aku bila dikelilingi dengan anak-anak saudaraku. Yang lelaki dengan kenakalan dan kedegilan yang tak sudah-sudah dan yang perempuannya dengan telatah2 comel mereka..

Iman @ Amani Imanina walaupun baru berusia 1 tahun 8 bulan tapi lagaknya seperti kakak kepada abangnya.. bila abangnya buat perangai, dia yang akan menghantar abangnya kebilik Wan nya, dia juga yang akan mengambil bantal2 busuk abangnya dan menghantar kebilik tidur dan dia yang akan menghantar botol susu kepada abangnya.. betapa comel sekali tindakan nya itu padaku.. Dia juga pandai mengambil hati dengan kesopanan nya... dia akan datang dan menepuk dada atau pehaku atau sesiapa pun jika dia berkehendakan sesuatu..

Adiknya pula Nuwairah Intisar, baru berusia 4 bulan.. cukup lasak dan comel. Nuwairah Intisar @ Wawa baru belajar2 nak mengangkat punggongnya kedepan. Atau dalam bahasa utara baru nak menyulur kedepan... Melihat wajahnya saja akan membuatkan aku tersenyum sendirian.. Biarpun bukan anakku sendiri, namun aku cukup menyayanyi anak2 ini..

Iman & Wawa... Acu akan selalu sunyi tanpa kalian disisi..

Wednesday, November 18, 2009

Sg. Klah Hot Spring, Trolak



















14hb & 15hb November lalu aku telah berpeluang berkunjung ke Sg. Klah Hot Spring di Felda Trolak Perak.

Dari KL aku bertolak bersama kakakku. Perjalanan mengambil masa selama 1 setengah jam. Untuk ke sana, kami mengambil exit Sungkai dan dari exit hanya mengambil masa dalam 20 minit perjalanan ke Hot Spring tersebut.

Abangku bertolak dari Pulau Pinang pada pukul 8 pagi dan sampai di Trolak pada pukul 11 pagi. Kami menjamu selera disebuah gerai dipersimpangan felda.. aku tidak melepaskan peluang untuk makan durian & langsat yang ada dijual digerai tersebut.

Dari pemilik kedai, kami dapat tahu yang ramai penduduk felda mempunya perniagaan home stay.. harga juga amat berpatutan diantara RM80 hingga RM200 semalam mengikut bilik atau rumah. Disebabkan kami telah menempah bilik di Felda Resident Trolak, kami tidak berhasrat untuk duduk di home stay tersebut walaupun ianya lebih dekat berbanding Felda Resident.

Felda Resident pula terletak dalam 5-7km dari Sg. Klah Hot Spring. Semua kemudahan ada disana cuma tidak ramai tetamu yang menginap disana.

Pada petang hari pertama, kami mendapat tiket masuk percuma. Kami sampai disana dalam pukul 3 petang. Terdapat kolam air gunung dan sotong gergasi dan selebihnya adalah kolam air panas. Kami mencuba kolam air gunung, anak2 sedaraku cukup eppy dapat main air sementelah pula hujan renyai-renyai..

Setelah kecut, kami bergegas ke kolam air panas.. kolam yang kami masuk bersuhu 35 - 40 darjah celcius.. yang lain 45 darjah celcius ke atas.. hujan masih mencurah tapi kami sekeluarga berendam dalam kolam air panas.. Setelah puas berendam, kami mencuba merebus telur ditempat air paling panas.. hanya mengambil masa 6-7 minit, telur2 telah siap direbus... best sangat.

Selepas itu kami bergerak ke kolam air panas yang besar, dengan hujan yang masih lebat kami berendam dikolam yang berasap-asap.. anak2 cukup gembira dapat main air & main hujan beramai-ramai.. hehehe

Keesokan harinya kami sekali lagi mengunjungi Sg. Klah Hot Spring.. dengan aktiviti yang sama..

Mungkin aku akan kesana lagi kerana keadaan nya yang tenang dan masih tidak tercemar..

Bahagiakah aku??


Kebelakangan ini aku agak ceria dengan adanya seseorang melayani kerenahku..
Dia adalah teman tapi mesra bagiku.. Biarpun dulu hubungan kami terputus seketika dek kerana salah faham tapi kini ianya mekar kembali..

Tidak ku tahu kenapa ianya terjadi sebegini.. mungkin sudah ditakdirkan aku akan bersahabat dengan nya..
Kehadiran dirinya membuatkan aku ceria dan gembira.. dia cukup pandai melayani kerenahku.. Walaupun kadangkala aku kurang menyenangi usikan nya tapi aku terima dirinya seadanya.. Kerana ku tahu setiap orang pasti ada perangai tersendiri termasuk juga aku..

Seringkali dia melayani anganku.. dan kebetulan kami mempunyai angan yang sama..
Kami boleh ber 'sms' berjam-jam bila membincangkan angan-angan kami itu..
Ahh.. bahagianya kurasa waktu itu..

Baru-baru ini dia mengatakan yang dia memperoleh semangat baru bila kembali menjalinkan persahabatan denganku.. Rupanya selepas hubungan kami renggang dulu, dia jatuh dalam kehidupan dan kariernya.. Sungguh tidak ku duga..

Aku cuba memberinya semangat untuk kembali berjuang dalam kehidupannya.. Alhamdulillah, mengikut katanya.. setelah mengenali aku buat kali kedua.. dia memperoleh semangat baru untuk memajukan dirinya..

Sekali lagi aku bersyukur bila dia mengatakan yang dia telah ditawarkan pekerjaan yang lebih baik dari sekarang.. dan dia akan memulakan tugas baru minggu hadapan.. Syukur kepadaMu Tuhan.. Kau telah menolong seorang hambaMu yang amat memerlukan pertolonganMu.. Namun tidak aku nafikan yang dia cuba sedaya upaya untuk merubah dirinya.. dan ini adalah hasil usaha kerasnya itu..

Apa yang aku tidak pasti adalah hala tuju hubungan kami.. aku terima jika ianya hanya teman tapi mesra.. Tapi jika dia menginginkan hubungan yang lebih serius.. bolehkah aku menerimanya? Bolehkah aku memberi komitmen pada hubungan yang sebegitu?
Apa yang aku tahu, jauh disudut hati ini masih ada keraguan dalam mempercayai dan menyayangi seseorang bergelar lelaki..

Adakah aku serik untuk memperjudikan hidupku ini bersama seorang lelaki?? Atau aku tidak yakin yang aku akan bahagia bersamanya? Ataupun aku tidak mempunyai perasaan yang sama sepertinya?

Tuhan.. aku berserah kepadaMu.. Jika dia telah ditakdirkan untukku.. dekatkan lah dia denganku, rapatkanlah hatinya dengan hatiku.. tapi jika dia bukan untukku.. jauhkan lah dia dari mataku.. hilangkan dia dari hatiku..
Amin...

Tuesday, November 10, 2009

Kenapa?

Hari ini sekali lagi aku merasai kesedihan ini..
Sekali lagi aku merasai penghinaan ini..

Inikah yang dinamakan takdir?
Atau ini adalah jalan hidupku?

Apa yang harus aku lakukan? Aku telah berusaha untuk membahagiakan hidupku..
Tapi kesedihan dan kekecewaan juga yang aku perolehi..

Tuhan.. Dimana salahku?
Adakah lara ini akan terus menghantui hidupku?
Bilakah ianya akan berakhir?

Tuhan.. bantulah aku untuk mengharungi semua kekecewaan dan kesedihan ini..
Tiada yang lebih memahami permasalahan ini melain diriMu..
Tabahkan lah hatiku untuk meneruskan kehidupan yang penuh liku ini..
Aku tetap berdoa dan mengharapkan yang bahagia akan menantiku dihadapan..
Amin..

Sunday, November 1, 2009

Jejak Kasihan..


Hari ini aku terjumpa seorang kawan lama diFacebook.. kebetulan 2 minggu lepas aku cuba untuk menghubunginya tapi nombor telefon nya sudah tiada dalam perkhidmatan..
Aku hampa..

Dan hari ini, aku telah berjumpa dengan nya di FB.. kami berchatting diFB & YM.. kemudian bergayut ditelefon selama hampir 2 jam..

Rupanya dia baru mendaftar di FB dan orang pertama yang dia cari di FB adalah aku.. Terharu sangat... Masih aku ingat zaman nakal dikampus dulu.. mengusik rakan2 adalah kerja aku dan dia.. kerenah kami berdua akan membuatkan rakan-rakan disekeliling kami tak kering gusi..

hmm rindunyer dengan kehidupan kampus.. alangkah baiknye kalo aku dapat mengulangi saat-saat manis tu..

Sebenarnya bukan itu yang aku nak coretkan disini, rupanya rakan ku tadi sedang menghadapi hari-hari paling sedih dan kecewa dalam hidupnya.. Dia kecewa dengan seseorang yang bergelar seorang lelaki.. Selama 9 tahun menyemai kasih, tiba-tiba hatinya yang berbunga dicarik oleh sang lelaki dengan perkhabaran yang dia telahpun berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak.

Aku dapat bayangkan betapa hancurnya hati rakanku dengan perkhabaran itu.. Rupanya selama 9 tahun ini, dia dihidangkan dengan pembohongan semata-mata. Dalam erti kata lain dia telah ditipu oleh lelaki yang dicintainya...

Apa yang dapat aku lakukan hanyalah mendengar semua keluhan nya dan menasihatinya agar melupakan lelaki itu dan tabah dalam menghadapi dugaan ini. Aku tahu dia seorang yang tabah, cuma aku tak pasti samada dia dapat melalui semua ini seorang diri..

Kepada D, aku doakan engkau tabah dan ingatlah apa yang terjadi ini akan ada hikmahnya nanti.. Sama-sama kita lalui hidup ini k..

Jika Kau Ubah Fikiran

Diriku sedar siapalah ku dimatamu
hanya sebutir pasir di pantai kau berlabuh
cukup di situ hasrat ku terkubur

Kau juga bilang kau belum bersedia lagi
untuk mengganti pasangan dalam sanubari
mungkin kerna masih basah luka lama

Jika kau ubah fikiran
aku kan setia menanti
jika kau perlukan teman
carilah disini
jika kau ubah fikiran
untuk jatuh cinta lagi
yang pertama ke depan
jika kau ubah fikiran

Akan ku serah segalanya oh kepadamu
senang atau susah aku tabah tuk menempuh
tapi sayang hatimu belum terbuka

Jika kau ubah fikiran
aku kan setia menanti
jika kau perlukan teman
carilah disini
jika kau ubah fikiran
untuk jatuh cinta lagi
yang pertama ke depan
jika kau ubah fikiran

Aku mahukan kamu
sungguh benar dan jujur
aku mahukan kamu
sungguh benar dan jujur
tapi sayang hatimu belum terbuka

Jika kau ubah fikiran
aku kan setia menanti
jika kau perlukan teman
carilah disini
jika kau ubah fikiran
untuk jatuh cinta lagi
yang pertama ke depan
jika kau ubah fikiran

Aku kan setia menanti
jika kau perlukan teman
carilah disini
jika kau ubah fikiran
untuk jatuh cinta lagi
yang pertama ke depan
jika kau ubah fikiran
jika Kau Ubah Fikiran

Sunday, October 25, 2009

CINTA...

Setiap orang mendambakan CINTA...
Setiap orang mengiginkan dirinya DICINTAI...
Setiap orang juga mengharapkan dirinya MENCINTAI seseorang...

Tapi apakah setiap orang akan mendapat CINTA yang mereka inginkan??
Adakah seseorang itu perlu mengejar CINTA mereka itu??
Adakah CINTA itu akan datang dengan sendirinya??
Adakah CINTA itu akan membawa kebahagiaan dalam hidup seseorang??
Atau adakah CINTA itu akan membawa kesedihan dan kesengsaraan dalam hidup seseorang??

Bilakah CINTA itu akan tiba??
Bilakah CINTA itu akan membahagiakan kita??
Adakah selepas CINTA itu membawa sengsara kepada kita??

Semua ini masih belum terjawab hingga ke hari ini..
Setiap kali melihat kebahagian CINTA orang lain, hati ini akan berdetik..
Mencari jawapan bagi semua soalan diatas..

Masih adakah jawapan itu persoalanku??
Atau ianya telah terkubur dengan hilangnya CINTA dari hidupku??

Ada Apa Dengan Cinta..






Siapa yang dapat menjawab persoalan ini...

1. Ada apa dengan cinta?

2. Perlukan cinta dalam kehidupan setiap manusia?

3. Matikah manusia tanpa cinta?

4. Apa yang diperlukan untuk mendapatkan cinta?

5. Setiap manusia berhakkah untuk mendapatkan cinta?

Iman & Wawa





Semalam abangku mengantar video Wawa (Nuwairah Intisar) yang baru belajar meniarap. Comel betul anak sedaraku itu.. dah pandai tengok kamera..

Kakaknya pula Iman (Amani Imanina) pantang mendengar bunyi telefon, pastinya dia akan berlari dan mengheret kerusi kecilnya untuk mengangkat telefon diatas kabinet TV. Mulutnya akan berkata "Nyah.. Nyah".. anak kecil itu beranggapan Ngah atau Acunya yang menelefon ke rumah.. disebabkan tidak pandai bercakap, Ngah dan Acu hanya dipanggil dengan 1 nama iaitu Nyah... hehehe

Baru sebulan tidak menatap wajah kanak-kanak kecil ini tapi hatiku telah meronta-ronta untuk pulang menjenguk mereka.. Alangkah bahagia bila duniaku dikelilingi kerenah mereka.. walaupun kadangkala memenatkan tapi aku terhibur sekali dengan telatah dan kerenah mereka...

Iman & Wawa.. Acu rindu sangat dengan korang...

Bila Lelaki Benar-Benar Jatuh Cinta...


Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasaserik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namundia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

~Apa yang bermain dalam kepala Kaseh, masih ada lagikah spesis lelaki seperti ini dibumi Mesia nih?? Rasanya dah hampir pupus golongan ini...~

Sunday, September 27, 2009

Suami, Isteri & ......

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita. TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...

KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah suamiku?" TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau " Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam. TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?" Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa "), hadiahkanlah dia sekali sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...

INI YANG BEST NI

Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang mesti tahu punya....

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain.

Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..

JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!


Pengajaran ayat:
Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan.

Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...???

Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit.....

Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia??????

Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri....

Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada....

Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....

FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... .......

Kaseh - Rugikah aku kerana belum berkahwin??

Khas Untuk Aweks Diluar Sana...

Saya suka sgt tengok jari-jemari awek saya... cantik betul.. sungguh! sampai takut nak pegang... bukan takut patah tau... tapi takut nanti jari-jemari kitorang tak boleh tolong each other di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya... cantik betol... sungguh! sebab tu saya belikan dia tudung... hmm, bukan sebab jeles orang lain tgk plak tau... . tapi, sebab saya nak tgk rambut iklan pantene dia tu sampai bila2... takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang giler forever...

Saya suka tgk body awek saya... solid betol... sungguh! sebab tu saya belikan dia telekong supaya mase die 'dating' dgn Kekasih die Yang Utama, dia jaaauh lg cantik dan berseri menghadapNya. saya pun tumpang dapat pahala. pergh, syoknye...

saya sedih sgt bile tengok awek saya tak tido, tak makan, sbb rindu kat saya... saya pun macam tu jugak, ada problem yang sama.. die tanya apa ubatnya?... saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa... semoga lebih cintakanNya drpd saya...

Saya sedih tengok awek saya selalu pesan macam2 kat saya.. "makan, minum, jaga diri, drive elok2 tau.. nanti awak sakit saye susah ati... bla bla bla bla" katenya.. tapi bila tengok movie sama2, burn asar maghrib gitu aje, die tak kata satu aper pun.. Hai... berdosanye saya... .

Kesimpulannya saya memang sayang sgt kat dia.. nak jumper die, bersama dia, giler forever.. yang ever punye forever.. di dunia dan akhirat terutamanya, janji nak share heaven sama2.. kekal bahagia, selamanya...

Semoga kami saling mengingati, dosa sendiri pun infiniti... nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... semoga kami menginsafi diri... Ya Allah, ampunkanlah kami... . semoga kami dapat kekal bersama selamanya, di syurga nanti...

Amin...




Kaseh - Moga2 bole dpt guy mcm ni... Hmm tapi ada lagi ke spesis lelaki camni kat Mesia sekarang ni erk??

Didiklah Isterimu Wahai Suami...

DIDIKLAH ISTERIMU WAHAI SUAMI
(sumber: iLuvislam.com)

Suami
yang bijak dan peka adalah pemimpin rumah tangga yang seharusnya sentiasa berusaha sekreatif yang mungkin untuk mencorak rumahtangga yang harmoni dalam mendidik seorang insan yang bergelar isteri.

Kejadian Allah yang amat unik dan terperinci membekalkan sesuatu yang amat istimewa kepada kaum lelaki dimana dianugerahkan kekuatan akal yang rasional, tidak terlalu mudah untuk beremosi atau tidak mudah didorong oleh perasaan.

Oleh sebab itulah kenapa Allah menciptakan lelaki dgn sembilan akal dan satu nafsu. Jika kekuatan akal yang dikurniakan ini dapat digunakan sebaik-baiknya, ditambah dengan kekuatan ilmu dan kesabaran yang disertai dengan kekuatan jasmani dalam
mencari nafkah keluarga, maka suami akan menjadi tunjang kepada lahirnya sebuah keluarga yang harmoni seterusnya menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa kepada keluarga yang bahagia.

Keteguhan iman dan ketakwaan kepada Allah disertakan dengan usaha dan doa yang tidak putus- putus kepada illahi memberikan suami semangat untuk melayani karenah dan ragam isteri saban hari. Sepertimana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud: "Lelaki adalah pemimpin(pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."

Dalam mewujudkan suasana yang tenteram dan aman damai diantara suami dan isteri,
perlunya wujud suatu pro dan kontra antara suami isteri ini. Sekiranya si isteri sedang berduka, suami perlulah bijak dalam bertindak selaku pengemudi kepada sang isteri untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri yang sedang berduka. Dengarlah segala rintihan hati isteri dengan penuh rasa bertanggungjawab dan minat dalam mendengar perasaan hatinya. Disinilah lelaki hendaklah menggunakan daya fikir yang dikurniakan oleh Allah dalam mengahadapi wanita.

Jika dibandingkan dengan kaum lelaki, memang benar wanita dikurniakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Apa yang dimaksud bukanlah nafsu seks semata-mata, tetapi nafsu yang mendorong seseorang itu mudah berprasangaka buruk,pemarah, pemboros dalam berbelanja dan sebagainya. Hasil dorongan nafsu itulah yang melahirkan pelbagai sifat dan perasaan di dalam dada para wanita. Disebabkan wujudnya benda-benda seperti itu,maka atas dasar inilah wanita harus diberi bimbingan dan panduan untuk mengawal segala tingkah lakunya supaya tidak melepasi sempadan sebagai seorang wanita.

Dalam mendidik isteri, kaum lelaki haruslah sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai dugaan yang ditimbulkan oleh isteri ini. Didiklah dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang yang tidak putus-putus walaupun kadangkala didikan
yang harus diberi itu memakan masa yang cukup panjang. Janganlah jemu dalam memberi sifat tanggungjawab ini kerana tugas dalam melaksanakan segala perihal ini memang menjadi tanggungjawab suami.

Kadangkala,kita sering terlupa akan hal ini, dimana Allah menjadikan lelaki@suami untuk mendidik isteri dan keluarganya tetapi apabila berhadapan dengan kaum perempaun yang pendek akal fikirannya, kaum lelaki lebih mudah naik angin. Tanpa kita semua sedari, memang tidak dapat dinafikan ada masa dan waktunya, kaum perempuan memerlukan masa yang lebih untuk memahami sesuatu perkara itu dan oleh sebab itulah lelaki mestilah memahami bahawa kaum perempuan ini sediakala lemah
pemikirannya.

Ingatlah kita wahai kaum lelaki, Rasulullah SAW juga pernah berhadapan dengan pelbagai karenah daripada perempuan yang suka berleter. Taktala mendengar leteran daripada kaum perempuan ini, Rasullulah SAW tidak menjawab satu patah pun sehinggalah leteran oleh perempuan itu berakhir. Rasullulah memberi peluang kepada perempuan itu untuk meluahkan segala rasa ketidakpuasan hati yang melanda diri
perempuan itu. Apabila segala yang diluahkan itu berakhir, barulah Rasulullah memberi penjelasan atau pun memaafkan saja dan melupakan perkara tersebut.

Rasullullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah." Apabila didikan yang sempurna diberikan kepada wanita ini, maka disinilah segalanya bermula. Kebaikan daripada seorang
wanita yang menerima didikan yang betul mampu melahirkan kebaikan kepada seluruh umat yang dicorakkan oleh tangan wanita ini.

Seluruh alam dan isinya akan berbahagia andainya tangan yang lembut dan kehalusan belaian tangan ini datangnya daripada seorang yang bergelar wanita yang solehah. Sepertimana yang dapat disenaraikan disini beberapa sifat-sifat isteri yang solehah dan andaikata apa yang disenaraikan tidak ada pada seorang wanita itu, maka tidaklah boleh dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, salah satu sifat lelaki yang sejati dan bertimbang rasa ialah bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.

Sifat-sifat isteri solehah:

1.Mentatai perintah Allah SWT dengan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar hukum Allah SWT.
2. Sentiasa menjaga hati suami dengan bercakap dengan perkataan yang lembut-lembut.
3. Hendaklah mendiamkan diri ketika suami berkata- kata.
4. Hendaklah sentiasa menyerahkan diri kepada suami apabila diperlukan
5. Menghiasi diri dengan wangi-wangian dan (bersolek)
6. Tidak berhias dan memakai wangi-wangian apabila semasa ketiadaan suami.
7. Memelihara mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan suami.
8. Tidak curang dan mengkhianati suami apabila ketiadaanya dirumah.
9. Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami.
10. Mensyukuri apa yang disediakan oleh suami.
11. Sentiasa rela dan bersedia apabila disentuh suami bila sahaja dikehendakinya.
12. Tidak melakukan puasa sunat tanpa keizinan suami.
13. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami.

Wednesday, August 26, 2009

Kehilangan..

Tahun ini merupakan tahun yang agak sedih kerana keluargaku kehilangan 2 orang kesayangan yang begitu rapat dengan kami.
Pada Januari 2009, aku kehilangan kakak ipar kesayangan disebabkan kanser dan pada 24 Ogos lalu, aku kehilangan satu-satunya bapa saudaraku kerana kidney failure & paru-paru berair.
Hajat untuk membeli baju melayu baru untuk bapa saudara yang kupanggil Wa itu tidak tercapai. Aku ingin sekali melihat Wa memakai baju melayu hadiah dari aku semasa Hari Raya Aidil Fitri nanti. Kain pelikat sedondon telahku beli.. dan nampak gayanya, terpaksalah aku hadiahkan pada orang lain.
Apa yang dapatku lakukan untuk Wa hanyalah berdoa untuknya dan semoga roh Wa dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.. Dan semoga beliau bahagia & aman disana.... Amin!!

Sunday, August 16, 2009

Kalumpang Resort - 15 & 16 Ogos 2009
















15hb Ogos 2009 - Aku bersama kakak & Kak Yasni bertolak ke Kalumpang Resort Tanjung Malim Perak. Tujuannya hanya 1 iaitu merehatkan minda dan badan setelah letih berkerja.. Telah lama kami merancang untuk pergi tapi dek kesibukan masing-masing, kami tangguhkan perancangan ini. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat untuk meneroka sendiri keindahan alam di Kalumpang.

Kami sampai di Kalumpang Resort pada pukul 10.45 pagi. Kami terus ke air sungai yang menjadi tumpuan para pengunjung. Tempatnya memang cantik sekali.. masih belum tercemar dan kami tidak sabar untuk merasai airnya pula.

Setiap pengunjung dikenakan RM5.00 sekali masuk dan disebabkan kami telah menempah sebuah chalet disitu, kami terpaksa menunggu sehingga chalet itu siap dikemaskan.
Alhamdulillah, pada pukul 12.00 tengahari kami sudah pun mendapat kunci chalet kami iaitu chalet Tiung 1. Begitu strategik kedudukan chalet tersebut kerana berhadapan dengan air sungai yang mengalir deras dan sesuai untuk bermandi manda juga.

Sebenarnya kakakku mengikuti rakan2 sepejabatnya outing ke sini pada hari ini (get together untuk department kakakku). Jadi aktiviti utama mereka adalah barbeque. Kebetulan semasa mereka rancak membakar ayam & sotong, hujan turun dengan lebat sekali. Nasib baik kami menyewa chalet dan semua barang2 dan tong barbeque dibawa kedalam chalet. Jadi kami pun tumpang sekaki lah menjamu selere dengan mereka.. Kata orang rezeki jangan ditolak.. musuh jangan dicari..

Semasa kakakku & rakan2 sekerjanya masih sibuk membuat barbeque, aku dan Kak Yasni telahpun berada didalam sungai.. merasai kesejukkan air terjun kalumpang... Sejuk dan berarus deras.. Pada pukul 5 petang, setelah rakan2 kakakku pulang sekali lagi kami bertiga turun kedalam sungai... kali ini bersama dengan adik-adik chalet sebelah.

Apa yang membuatkan aku sedikit kecewa adalah kemudahan TV dan astro. Kami tidak dapat menonton tv disebabkan ianya dikongsi bersama jiran sebelah. Jika jiran sebelah menonton tv barulah kami dapat menontonnya.. Kemudahan dalam chalet juga agak kureng.. tiada air panas, kopi/teh, bilik air yang tidak lengkap peralatannya dan kadangkala ada bau yang tidak menyenangkan menusuk hidung. Bayaran untuk sebuah chalet boleh disamakan dengan hotel 3-4 bintang tapi kemudahan yang disediakan begitu mengecewakan.

16 Ogos 2009 - Semalam aku tidur seawal 9.30 malam dan bangun pada pukul 7.00 pagi. Kak Yasni telah membuat cempedak goreng buat kami bertiga (nasib baik kami membawa dapur & peralatan memasak). Kemuadian aku menunjukan skill memasakku pula, nasi goreng cili padi bersama ayam barbeque. Ditambah pula dengan kopi radix panas. Alhamdulillah, itulah rezeki kami untuk sarapan pagi.

Tanpa berlengah2 kami menyertai keluarga jiran sebelah bermandi manda di hadapan chalet kami. Berendam sehingga kaki aku cramp... Walaupun airnya sejuk seperti air batu, tapi kutahankan juga.. Aku dapat melihat anak2 ikan berenang disekeliling kaki kami begitu juga anak2 ikan diatas darat.. begitu ramai sekali.. hehehehe

Setelah manndi dan mengemas, kami bertolak pulang ke KL pada pukul 12.30 tengahari.
Apa yang aku dapat katakan disini, Kalumpang Resort adalah sebuah tempat yang cantik, sesuai untuk mereka2 yang memerlukan ketenangan dan istirehat.

Insyaallah, aku akan berkunjung lagi kesini jika diizinkan Allah.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami singgah di Giant Shah Alam. Semasa menunggu hujan reda, kami dikejutkan dengan kejadiaan bumbung Giant bocor. Kebanyakkan kedai sebaris dengan pintu masuk Giant diarahkan tutup disebabkan air yang begitu banyak masuk kehadapan kedai. Terjadilah "pesta air" dihadapan pintu masuk Giant.

Template by:

Free Blog Templates