Wednesday, December 30, 2009

Masih adakah...

Masih adakah kebahagiaan buatku??
Ada sesiapa yang boleh menjawab pertanyaan itu? Pertanyaan yang sering bermain dalam fikiranku kebelakangan ini..
Aku rasakan yang kebahagian itu makin menjauh dari diri dan hidup ini.,
Dimanakah kebahagiaan buat diriku??
 
Aku telah cuba untuk membahagiakan diriku dengan aktiviti2 seharianku dan mungkin kalian lihat aku happy..
Tapi apa yang tersirat dalam hati kecilku ini hanya aku dan Tuhan saja yang tahu..
Bila aku pulang ke rumah, aku kembali sendirian..
Sendirian menonton TV atau mengadap laptop merahku.. 
Siang aku dipejabat bersama teman2 pejabat... malam aku dirumah sendirian.. hanya ditemani 4 dinding kaku kamarku dan Facebook..
Itulah rutin hidupku.. Betapa bosannya kehidupanku sekarang..
 
Aku tak mahu mengganggu teman2ku yang semuanya telah berkeluarga.. Aku pasti mereka sibuk dengan aktiviti keluarga mereka..
Dengan siapa aku harus mengadu? dengan siapa harus aku menangis? dengan siapa harus aku luahkan perasaan ini?
Hakikatnya tiada siapa yang sudi menemaniku..
 
Aku cuba untuk tidak terlalu memikirkan hal ini, tapi bila kesunyian itu bertandang.., aku jadi tertekan.. pasti aku menangis mengenangkan nasib diri ini..
Dikala itu aku cuba untuk bangun kembali, cuba untuk mencari sisa-sisa semangat yang ada untuk meneruskan kehidupan ini..
Aku tahu ini adalah satu ujian untuk diriku.. Hikmahnya akan aku perolehi jua satu masa nanti..
 
Apa yang aku harapkan, semoga masih ada sinar kebahagian buatku dihadapan sana.. Amin!

2 comments:

paksujb said...

kaseh..
kebahagiaan adlh hak setiap insan. ianya anugerah Allah kepada semua makhluknya.. cuma keadaannya berbeza2.. ada yg kurang & ada yg lebih.. setiap insan tidak terlepas dari ujian2Nya.. Oleh yg demikian pemahaman kpd perkara ini adalah sgt penting. juga cara menghadapinya juga sangat penting.. jika kaseh menghadapi masalah, usahlah mengadu pd manusia, mengadulah pada Allah, tangislah dalam doa kaseh.. mohonlah bantuan Allah, krn manusia tiada kuasa apa yg boleh bantu.. rutinkanlah semayang solat sunat taubat & sunat hajat.. sekitar 10min sehari.. pohonlah keampunan, tentukan apa yg dihajati, penyelesaian yg dicari, mengadulah bersungguh2 dgn Allah.. pastinya dirimu akan lebih tenang & harapannya masalah yg menghantui selesai Insyaallah ditahun 2010.. kaseh pastinya akan lebih kuat kerana kaseh akan sedar bahawa Allah sentiasa ada, tempat mengadu harap..

Kaseh said...

terima kasih paksu atas nasihat pak su tu.. Kaseh tau Tuhan ada untuk mendengar segala rintihan Kaseh.. dan Kaseh tau hanya Dia yang dapat membantu diri Kaseh dalam apa jua keadaan.. :-)

Template by:

Free Blog Templates