Thursday, January 3, 2013

bye-bye 2012

Aku telah pulang ke Penang pada malam Jumaat lepas dan kembali semula ke KL pada malam tahun baru.

Kepulanganku dinantikan oleh anak-anak saudara yang teruja nak ke Pesta Pulau Pinang bersama-sama denganku.

Aku sampai dirumah pada pukul 7.30pagi pada hari Sabtu 29 Dec selepas diambil oleh abah. Seperti biasa aku akan cover tidur sebelum membuat sebarang aktiviti. Aku terjaga pada pukul 10.30pagi dan terus bersarapan dengan emak sblm memulakan xtvt memasak lunch. Selepas asar, aku dan abg sulungku sekeluarga bertolak ke Penang. Jalan pada ptg itu sesak dari Seberang Jaya hingga ke Penang. Kami ke Hard Rock Cafe sevelum ke pesta. Sempat aku mencapai sehelai tshirt HRC utk diri aku. Selepas itu kami ke pesta. Aku tak begitu enjoy ke pesta kali ini sebab org terlalu ramai dan tak sempat nak melihat2 barang2 jualan disana. Kami sampai dirumah pada pukul 1.30pagi.

Keesokan hari selepas bersarapab aku telag ditugaskan oleh mak utk memasak lunch utk famili aku. Mak ada kenduri yg perlu dihadiri. Aku memasak lemak cili padi pucuk paku n kari ikan fav abah. Disebelah petang aku mencuba untuk membuat durian crepe. Alhamdulillah aku berjaya membuatnya walaupun ini adalah percubaan pertama.

Keesokan hari (isnin -31 dec) kami ke penang lagi sekali utk lunch direstoran fav abang sulungku iaitu Restoran Tajuddin Husin di Queen Street. Jalan tetap sesak di Penang dan sebelum balik kami singgah di persiaran Queensbay Mall utk menghirup udara segar dari laut. Selepas balik ke tanah besar, aku singgah disalon utk memuat treatment rambutku. Selepas 2 jam aku pulang ke rumah dan menyiapkan barang2 utk pulang ke KL. Hari ni juga aku tak enjoy berjalan2 dgn familiku sebab sakit kepalaku menyerang kembali dan kali ini hanya menyerang sebelah kanan kepalaku. Sebelah malam, aku dihantar oleh abg dan familinya ke tren station.

Apa yang aku dpt simpulkan disibi adalah orang2 di Penang masih mempunyai nilai2 kemanusiaan dan kesopanan yang tinggi berbanding orang2 dikota. Beberapa insiden berlaku semasa kami berjalan2 dan rata2 masyarakat di Penang masih mementingkan adab sopan dlm masyarakat disini. Aku sedar setelah bermastautin diKL selama lebih 10 tahun aku juga semakin terhakis sifat2 adab sopan terhadap masyarakat luar. Insyaallah aku akan cuba untuk mengembalikan sifat2 itu dlm pergaulan sehari-harian. Doakab aku yer!

0 comments:

Template by:

Free Blog Templates