its all about my life..
Hari ni 10 Jun 2013, lagi 5 hari Aesya Humairah akan genab 5 bulan.
Dah lama tak menjenguk blog aku ni.. memang dah bersarang :-)
Kali ni aku nak update yang aku adalah salah seorang Atkiner.. ape tu erk? Aku baru start berdiet menggunakan kaedah Dr Atkin atau lebih dikenali dengan Atkin Diet. So sekarang aku dalam module or fasa Induction.. No carb, only protien & vege for at least 2 weeks or more.. depending on your weight. So aku akan buat untuk sebulan fasa Induction ni.
So kat sini aku nak update on menu yang aku amik dalam masa Induction ni. Harap2 aku dapat bertahan sampai 6 bulan. Insyaallah.
Day 1 (8 Jun 2013)
Breakfast - chicken breast with bolognese sause + vege
Lunch - 2 ketul ayam goreng
Dinner - 2 ekor ikan kembung bakar + sayur bayam
Hari ini Sabtu, pukul 1.53pagi.. baru berkesempatan nak melawat blog yang dah bersarang ni. Aku baru balik dari supper dan sebelum tu seperti biasa setiap hari jumaat aku bersama kawan2 seopis akan bermain badminton diPJ. Letih giler ari ni sebab main 1 jam setengah non stop.. hehehe puas ati dpt berpeluh sampai basah baju n seluar.
Pagi tadi aku terlewat bangun, aku terjaga pada pukul 7.05pagi.. nasib baik tgh bercuti @ bendera merah so tak de la kelam kabut nak sembahyang subuh.. hehe dan aku bernasib baik sebab ari jumaat boleh pakai jeans n t-shirt. So sambar jeans, singlet n carsigan jer utk ke opis.
Apa yang aku nak ceritakan adalah aku bermimpi mlm smlm yg aku terserempak dengan dia.. aku bersama dgn parentku dan kami berhenti disebuah perkampungan dan berhenti utk makan disebuah kedai mkn. Aku ternampak dia bersama seorang budak lelaki, dia memberitahu itu adalah anak sedaranya. Dia mengatakan yg dia ada sesuatu nak dicakapkan padaku dan mengajak aku melihat kedai makan yg baru dia bina. Blum sempat aku bertanya selanjutnya, abah sudah memanggil aku dan memberi amaran agar tidah berkawan atau berhubung dgn dia lagi. Aku serba salah kerana aku ingin sekali mendengar apa yg dia ingin beritahuku...
Tapi apakan dayaku, blum habis aku bermimpi aku pula sudah terjaga dari tidor. Aku asyik memikirkan tentang mimpi aku itu. Adakah dia juga teringat padaku atau hanya aku yang masih tidak dpt melupakannya.. aku pun tak pasti.. Tapi yg nyata, dlm mimpiku itu dia begitu serius dan nampak sedih..
Apa2 pun aku berharap dia tidak mendapat apa2 musibah dan bahagia bersama keluara tercinta..Insyaallah!
Entry kali ni aku just nak update pasal masalah mata kanan aku yg aku ceritakan pada entry yang lepas. Kali ke tiga aku berjumpa dengan doktor, dia memberitahu yang mata kanan aku bertindakbalas dgn baik dgn ubat yang diberikan pada aku. Radang pada mata nampak semakin berkurang dan preasure dlm mata pun dah turun ke 20.
Tapi doktor menjumpai luka didalam mata kanan aku dan luka itu akan meninggalkan parut dalam mata dan parut itu akan menyebabkan aku akan ada blind spot. Terkejut aku mendengar penjelasan doktor..
Aku berjumpa semula dgn doktor pd minggu seterusnya dan mata aku semakin pulih cuma doktor tidak tahu apa punca yg menyebabkan aku mendapat radang itu. Katanya jika aku ada direct contact dgn kucing, mungkin kucing adalah penyebabnya. Aku ni jgn kata nak bela kucing, nak dekat dgn kucing pun takut. So doktor nak wat blood test utk pastikan apa punca radang tu.
Minggu seterusnya aku berjumpa lagi dgn doktor Azhar, result blood test dah ada dgn dia so dia confirm yg aku dpt radang tu dari najis kucing.. aku buntu.. mana plak la dtgnya najis kucing tu.. dan dia juga memberitahu yg dari hasil blood test dia mengesyaki aku mengidap talasemia.. aduh! Lepas satu.. satu lagi yg datang. Dia menasihatkan aku supaya menjalani further test utk pastikan samada aku benar2 mengidap talasemia atau tak.
Apa2 pun aku amat bersyukur yang mata aku dan luka dalam mata aku semakin sembuh. Minggu lepas aku berjumpa dgn doktor lagi, dia berpuas hati dgn perkembangan aku so dia akan tetapkan follow up session terakhir dgn aku pada hujung bulan March nanti.
Ini adakah ujian bagiku pada awam tahun baru.. Alhamdulillah aku dpt mengharunginya walaupun seorang diri dan aku tak menyusahkan orang lain dgn ujian ini. Semoga radang mata itu tak akan berulang. Amin!!
Sekembalinya aku dari Penang, sakit kepalaku makin teruk dan disebabkan sakit kepala itu mata kananku menjadi kabur tidak semena-mena. Setiap kali sakit kepalaku menyerang, aku hanya bertahan dgn tidur.
Keesokan hari aku ke klinik setelah tidak tahan lagi dengan sakit kepala dan mataku yang kabur. Aku diberi pain killer, antibiotik dan ubat sinus kerana doktor mengesyaki yang sakit kepalaku itu disebabkan oleh sinus. Aku risau berkenaan mataku tapi doktor menyuruh aku bersabar dan selepas tiga hari dtg balik berjumpa dengannya jika keadaan masih sama.
Hari ini 3 Jan, mataku makin kabur dan ini membuatku bertambah risau. Aku ke pejabat dan rakan2 terdekat menasihatkan aku utk ke klinik yg lain utk dptkan 2nd opinion. Jadi aku bergegas ke klinik yang agak jauh sari pejabat dan disana doktor telah mengesyorkan aku berjumpa dgn doktor mata di Tun Hussien Onn National Eye Specialist Hospital.
Aku terus kesana dan sabar menunggu giliran. Semasa berjumpa dgn doktor, doktor menjalankan beberapa test pada mata kanan aku dan doktor menjelaskan yg mata kanan aku mengalami radang dan preasure dlm mata terlalu tinggi iaitu dgn bacaan 48. Preasure normal adalah antara 17 hingga 20. Doktor mengeluarkan cecair dari dlm mata kanan dgn picagari kecil dan menitiskan ubat dlm mataku untuk mengurangkan preasure. Doktor mengatakan yg aku bernasib baik kerana dtg berjumpa dengannya awal, jika tidak dia takut yang radang tu akan merebak ke bahagian mata yg lain. Disebabkan keseriusan keadaan mata aku, Doktor mengesyorkan aku utk dimasukkan ke wad utk pemantauan dgn lebih teliti tapi aku menolak. Nasib baik doktor tidak memaksa, so esok pagi aku harus berjumpa dgn doktor seawal pagi untuk memeriksa keadaan mataku. Doktor juga tidak pasti apa yg menyebabkan mata aku jadi seperti itu.
Sebelum pulang ke rumah, doktor memberi steroid utk aku makan selama 3 hari selain dari 3 jenis ubat titik dan 1 jenis pil utk aku makan. Aku disarankan untuk berehat saja dirumah. Setelah menelan semua pil termasuk pil steroid dan pil sakit kepala, aku tertidur sebentar. Bila terjaga dari tidur, aku rasa sepertu mata aku semakin ok. Alhamdulillah!!
Esok pagi aku akan kehospital lagi utk pemeriksaan. Harap2 keadaan mata aku semakin pulih dan tak perlulah aku untuk ditahan di hospital.
Aku berdoa dan berharap penglihatanku akan kembali seperti asal secepat mungkin. Amin!!
Aku telah pulang ke Penang pada malam Jumaat lepas dan kembali semula ke KL pada malam tahun baru.
Kepulanganku dinantikan oleh anak-anak saudara yang teruja nak ke Pesta Pulau Pinang bersama-sama denganku.
Aku sampai dirumah pada pukul 7.30pagi pada hari Sabtu 29 Dec selepas diambil oleh abah. Seperti biasa aku akan cover tidur sebelum membuat sebarang aktiviti. Aku terjaga pada pukul 10.30pagi dan terus bersarapan dengan emak sblm memulakan xtvt memasak lunch. Selepas asar, aku dan abg sulungku sekeluarga bertolak ke Penang. Jalan pada ptg itu sesak dari Seberang Jaya hingga ke Penang. Kami ke Hard Rock Cafe sevelum ke pesta. Sempat aku mencapai sehelai tshirt HRC utk diri aku. Selepas itu kami ke pesta. Aku tak begitu enjoy ke pesta kali ini sebab org terlalu ramai dan tak sempat nak melihat2 barang2 jualan disana. Kami sampai dirumah pada pukul 1.30pagi.
Keesokan hari selepas bersarapab aku telag ditugaskan oleh mak utk memasak lunch utk famili aku. Mak ada kenduri yg perlu dihadiri. Aku memasak lemak cili padi pucuk paku n kari ikan fav abah. Disebelah petang aku mencuba untuk membuat durian crepe. Alhamdulillah aku berjaya membuatnya walaupun ini adalah percubaan pertama.
Keesokan hari (isnin -31 dec) kami ke penang lagi sekali utk lunch direstoran fav abang sulungku iaitu Restoran Tajuddin Husin di Queen Street. Jalan tetap sesak di Penang dan sebelum balik kami singgah di persiaran Queensbay Mall utk menghirup udara segar dari laut. Selepas balik ke tanah besar, aku singgah disalon utk memuat treatment rambutku. Selepas 2 jam aku pulang ke rumah dan menyiapkan barang2 utk pulang ke KL. Hari ni juga aku tak enjoy berjalan2 dgn familiku sebab sakit kepalaku menyerang kembali dan kali ini hanya menyerang sebelah kanan kepalaku. Sebelah malam, aku dihantar oleh abg dan familinya ke tren station.
Apa yang aku dpt simpulkan disibi adalah orang2 di Penang masih mempunyai nilai2 kemanusiaan dan kesopanan yang tinggi berbanding orang2 dikota. Beberapa insiden berlaku semasa kami berjalan2 dan rata2 masyarakat di Penang masih mementingkan adab sopan dlm masyarakat disini. Aku sedar setelah bermastautin diKL selama lebih 10 tahun aku juga semakin terhakis sifat2 adab sopan terhadap masyarakat luar. Insyaallah aku akan cuba untuk mengembalikan sifat2 itu dlm pergaulan sehari-harian. Doakab aku yer!