Sunday, April 24, 2011

Perpisahan Ini..

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara


Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu


Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini


Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri


Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara


Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu


Kaseh: Sedap betul vokal Aizat Amdan nih.. mendayu2 & boleh wat meleleh air mata dengar dia nyanyi lagu nih..

Tuesday, April 19, 2011

Unfinished Business..

Lately ni aku agak busy dengan kerja-kerja office dan jugak aktiviti sosialku bersama teman-teman. Dan mungkin juga aku tak de mood nak update page ni walaupun kadangkala keinginan tu ada tapi kemalasan mengatasi segalanya.. cewah!

Baru-baru ni aku terjumpa seorang teman sekuliahku dilaman muka buku @ FB. Aku gelarkan dia S (bukan nama sebenar). Apa yang aku ingin ceritakan disini adalah aku merasa tidak tenteram bila aku telah menerima dia sebagai salah seorang kawanku di dlm muka buku. Kenapa yer?

Bila aku fikir-fikirkan, mungkin antara kami ada "unfinished business". Satu ketika dulu dia pernah menjadi sebahagian dari kehidupan aku.. walaupun hanya beberapa bulan.. Tapi ia cukup membahagiakan.. (masa tu je la bahagianye). Aku suka pada S sebab dia kelakar, caring dan dia banyak membantu aku dalam english language. Tapi selepas tamat final exam, dia memutuskan hubungan kami kerana orang ke tiga.. Aku pada masa itu yang baru berjinak-jinak dalam hal-hal perhubungan ni, menerima keputusan nya tanpa banyak soal. Tidak lama selepas itu, ada beberapa rakanku memberitahu yang mereka ada terserempak dengan S bersama orang baru iaitu orang ke empat..

So aku bertanya pada diri aku.. biar betul?? Cepatnya dia move on dari yang ke 3 dan terus ke 4? Apa yang aku dapat simpulkan mungkin aku hanya tempat persinggahan buat S pada ketika itu.. Walaupun begitu aku masih tertanya-tanya adakan dia seorang player dan aku salah seorang yang ditipunya? Aku memberanikan diri bertanya S dan dia berkata orang ke 3 antara kami dulu sudah tidak ada dalam hidupnya dan disebabkan dia kecewa kerana terpaksa berpisah dengan aku (dek kerana orang ke 3 tu) S menjalinkan hubungan dengan orang ke 4. Menurut S orang ke 4 ini yang sering menemani dan mengubati luka dihati S.. Dan menurut S lagi, orang ke 4 ini baik hati & caring sama seperti aku.. Aku tersentak bila S mengatakan begitu. Dengan pantas aku berkata pada S, dia tak perlu 2 orang yang sama dalam hidup nya. Since S dah pilih untuk bersama orang ke 4, jadi aku tahu dimana kedudukan aku.

Selepas itu, aku ada terserempak dengan S disini 2 kali.. Kali pertama aku hanya melihatnya dari jauh dan kali kedua di Mid Valley dan aku sempat menyapanya. Selepas itu dia pernah mengajak aku keluar menonton wayang kerana dia kebosanan. Dimasa itu dia sudah bertunangan dengan orang ke 4 (rasanya la).
Tapi aku menolak pelawaannya kerana aku tak mahu mencari masalah. 

Dan sekarang, selepas lebih kurang 8 tahun aku bertemu S semula di alam cyber.. Dia telah berjaya & berkeluarga. Selepas bertemu dengan S, aku merasa tidak tenteram. Aku buntu memikirkan samada tindakan aku menerima S sebagai kawan semula adalah tindakan yang betul atau salah? Mungkin disebabkan aku tidak dapat menerima penjelasan S dulu (unfinished business - alasannya adalah benar atau hanya alasan semata-mata) menyebabkan aku berasa tidak selesa dengan tindakan aku.. Hmm hingga ke hari ini aku masih berperasaan yang sama. Tapi dalam pada masa yang sama aku happy bila melihat S happy & bahagia dengan keluarganya.

Aku berharap dan berdoa agar aku dapat mengatasi perasaan kurang senang aku ini selepas ini kerana aku tak mahu kisah2 dulu menghantui kembali kehidupanku. Tuhan, kau berikan lah aku ketenangan dalam mengharungi liku2 hidupku ini. Amin!

Saturday, April 2, 2011

Bila akan berakhir..

Malam ini sekali lagi aku tersentak.. Tersentak bila mana aku dapati Dia gembira dan menikmati kehidupannya dengan ceria dan aku assume dia bahagia.. Teringin sekali untuk merasai kebahagiaan itu bersama-samanya.. Tapi apa kan daya, aku hanya seorang insan yang jauh terpinggir dari hati dan kehidupannya..

Aku wonder bilakan semua ini akan berakhir? Bilakah aku dapat melupakan segala yang telah terjadi? Bilakan aku dapat menyingkirkan Dia dari dalam hati & fikiranku? Apakah jawapan untuk semua soalan-soalanku tadi? Aku juga tidak pasti..

Yang aku tahu, Dia masih menghantui diriku hingga ke saat ini... 

Acid Attack & Our Staff Trip

Last two week adalah hari-hari yang paling sibuk buat aku. Sebagai orang penting atau organiser untuk Company Staff Trip, masa aku banyak dihabiskan di pejabat. Kalo dulu nak ganti time off sampai pukul 6.30 petang pun rasanya cukup lama tapi baru-baru ni masa seakan terlalu cepat berlalu.. sedar-sedar dah pukul 8 malam.. Walaupun agak ketakutan, tapi aku gagahi juga untuk stay dipejabat untuk menyiapkan kerja-kerjaku dan mencari keberanian untuk pulang ke rumah dimasa hari sudah gelap. Maklumlah kawasan pejabatku itu kawasan yang agak merbahaya.

Company trip aku berlangsung dari 25hb Mac hingga 27 Mac 2011 di The Legend Resort, Cherating Pahang. Sebagai organiser, aku bertolah sehari lebih awal iaitu pada 24 Mac. Kami bertolak hampir 5 petang dari pejabatku. Semasa dalam perjalanan kami menerima berita yang amat mengejutkan iaitu salah seorang rakan pejabatku mengalami kemalangan semasa pulang dari pejabat. Dia telah disimbah dengan cecair alkali oleh orang yang tak dikenali. Kejadian itu berlaku berhampiran kawasan letak kereta di belakang pejabatku. Masyaallah.. Aku tak dapat membayangkan kesakitan yang ditanggung oleh rakanku itu. Telefon aku tidak henti-henti berdering & menerima sms dari rakan-rakan pejabat yang lain. Semuanya mahu meng'update' aku atau mahu bertanya lebih lanjut mengenai perkara itu. Perjalanan ke Cherating aku rasakan cukup tegang kerana perkara itu. Alhamdulillah kami sampai di Cherating pada pukul 11.45 malam itu pun selepas menjamu selera di Tanjung Lumpur.

Alhamdulillah Staff Trip berjalan dengan lancar cuma aku tidak gembira dan kecewa dengan team yang berkerja denganku. Aku rasa kesorangan semasa berada di Cherating. Kebanyakan rakan-rakan lain bersama dengan keluarga masing-masing. Yang single semuanya muda & baru lepas universiti. Mereka banyak melakukan aktiviti bersama-sama. Mahu bercampur dengan mereka boleh tapi cukup dengan sekali sekala.. Tak sesuai pulak jika aku asyik mengekori budak-budak ni ke sana ke mari. Maklumlah aku ni dah tua.. Kali ini aku langsung tak menjejakkan kaki ke pantai & swimming pool. Aku tak ada hati nak menikmati kemudahan itu. Apa yang aku lakukan hanya duduk memerhatikan rakan-rakan melayan anak-anak mereka atau menyaksikan aktiviti2 yang mereka lakukan. Hari ke tiga, bila kekecewaan dan keletihan sampai tahap maksima, aku menangis seorang diri di bilik kemudian tidur. Walaupun menangis tidak meringankan apa yang aku hadapi tapi sedikit sebanyak dapat menenangkan hati dan perasaanku buat seketika. Rasanya mahu segera pulang ke KL dan lupakan semua yang berlaku di Cherating.

Aku bercuti pada hari Isnin jadi aku mengambil kesempatan untuk berehat sepenuhnya dirumah. Petang hari itu aku telah pergi melawat rakan aku yang disimbah alkali itu di Pantai Hospital Bangsar. Alhamdulillah dia sudah mampu melihat semula dan dia kelihatan cukup tabah dalam menghadapi dugaan besar ini. Mungkin disebabkan suaminya sentiasa berada disisi untuk memberi semangat dan begitu juga dengan kakak & ibunya. Aku doakan semoga Aina cepat sembuh dan kembali menjalani kehidupannya seperti dulu.

Hari ini aku dapat tahu yang hari Isnin lepas seorang lagi mangsa simbahan asid / alkali dikawasan pejabatku. Mangsa ini adalah mangsa ke tiga selepas Aina. Ramai rakan-rakan pejabat yang tidak berani untuk keluar lunch dan kebanyakkan mereka akan pulang seawal mungkin sekarang ini. Kawasan pejabat aku sudah tidak selamat dan kami semua perlu lebih berhati-hati. Aku berharap dan berdoa semoga aku & rakan-rakan yang lain dilindungi olehNya dari segala kejahatan dan khianatan orang. Aminnnnn!!

Kaseh :  Aina patut bersyukur mempunyai suami yang begitu baik.. Jika aku ditempat Aina, siapa yang akan menjaga dan menemani aku semasa aku perlukan sokongan dorongan seperti itu??

Template by:

Free Blog Templates