Saturday, March 12, 2011

Mini Reunion

Hari Khamis lepas aku berjumpa dengan kawan-kawan lama dari BMR. Kami melepak di Papa Rich The Garden. Banyak perkara yang diceritakan dari cerita gembira hinggalah gosip-gosip terkini di BMR.. Sambil-sambil itu kami mengingati kembali kenangan-kenangan lama aku semasa bekerja disana.. Kebanyakkannya pengalaman yang melucukan dan tak dapat dilupakan. Aku happy bila kawan-kawan ini tak kan lupa untuk menghubungi dan berjumpa aku bila sesekali turun ke KL.
Semasa kami berborak, aku telah menghubungi seorang lagi rakan baikku semasa diBMR. Kami bercakap dan telephone aku asyik bertukar-tukar tangan. Usik mengusik dan gelak ketawa tidak akan ketinggalan bila kami berborak walaupun didalam talian..
Salah seorang teman bertanya kenapa sampai sekarang aku masih belum mempunyai pengganti? Teruk sangat ke luka dihati aku? Jawapan aku.... Aku malas nak cari pengganti.. Biarlah aku begini.. cewah macam lirik lagu pulak.. hehehe tapi itulah jawapan aku. Seorang lagi teman berkata 'Dia' masih single dan sunyi sekarang ni, tak nak ke berbalik semula kepada 'Dia'? Jawapan aku... Dia tinggalkan aku sebab keadaan aku... dan dah tak ada ruang dalam hatinya untuk aku.. So don't ask that question again, coz I don't want to remember those bitter days..
Keadaan aku masih sama.. dan aku masih orang yang sama. Jika 'Dia' menolak aku kerana hal itu, bermakna semua yang lain juga akan menolak aku kerana hal yang sama.. Betul tak? so why bother to make your life misery? I am happy coz God created me like this.. I don't think my weaknesses will be my barrier for me to be happy in my life..
Apa yang pasti.. Aku akan terima sesiapa pun yang ikhlas dan menerima aku seadanya termasuk segala kekurangan dan kelebihan aku.. Insyaallah..
Berbalik kepada reunion aku tadi, kami bersurai lebih kurang pukul 10 malam. Aku happy bila dapat berborak dan bergelak ketawa dengan kawan-kawan yang cukup memahami aku..
Kaseh : Hilang stress bila sesekali berjumpa dengan kawan-kawan yang sekepala kan? :-)

0 comments:

Template by:

Free Blog Templates