Minggu lepas adalah satu minggu yang agak mencabar bagi diriku.. Setelah bercuti selama seminggu sempena Hari Raya Cina dan aku kembali ke opis yang selalunya mencabar kesabaranku.
Hari Isnin - Dengan kudrat dan tenaga yang ada aku berjaya memindahkan barang2 ku dan assistant aku ke pejabat baru ditingkat bawah.. Agak mencabar untuk aku mengemas dan memindahkan fail dan barang2 satu department dalam masa yang cukup terhad berseorangan. Alhamdulillah aku berjaya melakukannya dlm masa 2 hari dan ianya cukup memenatkan..
Hari Selasa - hari cuti umum sempena Maulidur Rasul
Hari Rabu - Hari ini dan hingga Jumaat aku ditugaskan memberi refresher course pada semua pekerjaku tentang HR policy.. Aku tahu tugas ini agak mencabar bila berhadapan dengan pekerja-pekerjaku yang bermasalah untuk mengikuti semua polisi ini.. Hari ini juga aku perlu memulakan tugas bulananku iaitu memulakan proses gaji untuk semua pekerja.. Alhamdulillah, course aku hari ini berjalan lancar walaupun ianya berlanjutan selama 2 jam.. Selepas lunch aku memulakan tugasan yang lebih pentang iaitu proses gaji.. tapi hanya sekejap kerana aku perlu menghadiri kelas English aku.. huhuhu..
Hari Khamis - Hari kedua refresher course dan kali ini juga course aku berjalan dengan lancar dan mendapat pujian dari boss aku.. katanya presentation skills aku improved tremendously!! Wow.. betul ke? hehehe.. thanks boss.. Dan hari ini aku masih struggle nak menyiapkan gaji untuk semua pekerja..
Hari Jumaat - Hari ini hari terakhir refresher course dan hari ini kumpulan yang memang tough.. kerana ramai pekerja yang bermasalah dalam kumpulan ini. Untuk 2 hari yang lepas aku tidak berasa gementar untuk memberi talk tapi hari ini aku cukup gementar untuk memulakan tugasan aku. Ya, seperti yang telah aku jangkakan.. aku telah dihujani dengan banyak soalan yang aku tidak dapat jawab.. kerana soalan-soalan itu mempersoalkan keputusan pihak pengurusanku.. Situasi ketika itu cukup mencabar kesabaranku tapi seperti biasa aku tidak boleh melepaskan kemarahanku dihadapan semua pekerja.. aku mesti maintain cool.. Alhamdulillah walaupun ada sesetengah pekerja mentertawakan aku kerana tidak dapat menjawab soalan2 mereka (soalan diluar skop kerjaku) tapi aku berjaya menamatkan tugasan aku dengan tenang walau dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu.. Seperti rasa mahu menjerit untuk melepaskan apa yang terbuku didadaku ketika itu.. Aku perlu menyiapkan gaji hari ini juga, jadi aku ambil keputusan untuk ponteng kelas Englishku.. hehehe sorry teacher! Dan pukul 6.20 petang aku berjaya menyiapkan gaji untuk semua pekerja.. Alhamdullillah! Allah permudahkan urusanku hari ini.. Aku pulang dengan hati yang tenang..
Dan hari minggu kali ini, aku hanya menghabiskan masa dirumah seorang diri.. layan TV dan DVD.. betul2 berehat lah minggu nih.. :-) Minggu depan aku akan tumpukan perhatianku untuk organise Staff Trip opisku pulak.. semoga semuanya berjalan lancar.. Insyaallah..
Kaseh : Rasa mcm nak cekik2 jer kengkawan yang tak reti bersyukur tu.. tapi apakan dayaku.. hehehe sabar jer lah..
0 comments:
Post a Comment