Tuesday, January 25, 2011

Januari 2011

Selamat Tahun Baru kepada semua.. walaupun dah hampir sebulan kita memasuki tahun baru, baru hari ini aku berkesempatan mengupdate blog nih..
So apa azam tahun baru korang? Aku? Tiada azam yang spesifik.. hanya nak jadi manusia / insan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni.. :-)
Lately ni aku agak sibuk dengan kerja-kerja pejabat dan juga aktiviti sosial aku.. Semalam aku baru pulang dari kampung dan menghadiri kenduri kawin anak saudaraku di Perak. Seperti biasa, penat menjawab soalan-soalan dari kaum keluarga mengenai jodoh aku.. Hmmm.. naik fed up aku nak melayan semua soalan-soalan mereka.. Jika aku ada jawapan nya, kan senang.. Tapi aku tetap memaniskan muka dan menjawab dengan sopan pertanyaan mereka... hehehe sopan ke?
Oh ya.. Semalam (24 Januari) adalah hari lahir seorang kawan lama aku, H. Setelah bertahun-tahun aku lost contact, baru-baru ini terjumpa di FB. So tahun ni dapat lah aku mengucapkan Selamat Hari Lahir kepadanya melalui FB. Setiap tahun aku tak pernah lupa akan hari jadi H, tapi disebabkan hubungan kami terputus, maka aku hanya mengingatinya sendirian.. Kebetulan dimasa hari lahirnya semalam, aku mengetahui yang dia akan mendapat baby yang ke2 pada bulan Mac ini.. Tahniah H.. Awak dah jadi manusia yang sempurna dengan mempunyai keluarga sendiri..
H merupakan classmate aku masa darjah 5 dan 6 kemudian terpisah kerana belajar disekolah menengah yang berlainan. walaupun kami kurang mesra, H tidak pernah lupa akan hari lahirku.. Setiap tahun pasti ada kad atau hadiah yang dikirimkan kepadaku. Sehinggalah selepas habis peperiksaan SPM, kami berjumpa semula. Sebelum ini hanya berhubung melalui surat atau kad ucapan saja. Semenjak pertemuan itu, kami agak rapat dan kerap berhubung sehinggalah aku masuk ke universiti dan dia ke UiTM. Hubungan kami mulai renggang bila H mula memberi hint untuk kami serius.. Seperti biasa, aku akan lari atau mengelak untuk memulakan sesuatu perhubungan yang sebegitu.. Bukan sebab H tidak baik, tapi disebabkan diri aku sendiri. Aku tak dapat menerima kehadiran H lebih dari seorang kawan.. Mungkin H kecewa dengan keputusan aku, kami tidak lagi berhubung selepas itu.. Aku mendapat tahu yang dia bekerja di Sabah beberapa tahun lepas tapi aku tak berani untuk menghubunginya. Tidak lama selepas itu aku menerima berita bahawa H sudah pun berkahwin.. Pada tahun lepas, aku bertemu dengannya diFB.. Dia telah kembali ke daerah asalnya dan bekerja disana..
Selamat Hari Ulang Tahun H.. Semoga awak berbahagia bersama keluarga tercinta dan menjadi insan terbaik buat mak, ayah, isteri & anak-anak awak..
Esok, 26 Januari adalah hari lahir anak saudaraku yang sulung.. Zikril Haziq yang ke 9 tahun. Acu doakan semoga Haziq @ Abg Long akan menjadi seorang anak yang baik pada Abi & Mummy, abang yang penyayang pada Abg Ngah dan cucu yang baik buat Tok & Wan. Acu juga berharap Haziq akan cepat matang dan menjadi contoh terbaik buat Abg Ngah.. Acu love you..
Kaseh : Begitu cepat masa berlalu.. Tapi aku masih disini, menanti dan terus menanti sesuatu yang tak pasti..

0 comments:

Template by:

Free Blog Templates