Saturday, December 25, 2010

Ia datang lagi..

Ini bukan kali pertama aku mengalaminya.. sudah berkali-kali malah sudah bertahun aku mengalaminya.. aku cuba untuk tidak mempedulikan kehadirannya.. tapi semakin aku mencuba semakin sakit aku rasakan.. bilakah ini semua akan berakhir.. atau ianya tidak akan berakhir?
Tuhan, hanya Kau yang tahu apa yang aku rasakan.. Adakah aku yang mengundang semua ini? Adakah aku yang masih tidak dapat menerima semua ini? Adakah aku penyebab segala yang aku alami ini?? Oh! Tuhan..
Terasa seperti mahu menjerit dan menangis ketika ini.. Wajarkah aku berbuat begitu?? Adakah sesiapa yang memahami apa yang aku rasa? Adakah sesiapa tahu kenapa aku masih merasai kesakitan ini?
Tuhan.. Bilakah semua ini akan berakhir? Tolong hilangkan apa yang aku rasa ketika ini.. Aku benci apa yang aku rasa sekarang ini.. Aku telah cuba dan hingga sekarang masih terus mencuba menghindari semua ini.. tapi aku masih tidak berjaya..
Secara rasionalnya.. Aku perlu kuat dan tak boleh berputus harap.. Mungkin semua ini adalah dugaan buatku dariMu.. Insyaallah aku akan terus mencuba.. Dan mungkin aku akan dapat mengatasi semua ini dengan ketentuanMu.. Insyaallah..

Sunday, December 19, 2010

Trauma @ Fobia??

Lately ni aku realise sesuatu.. Aku baru terasa yang aku seperti mengelak dari mengenali orang lain dan mengelak dari orang untuk mengenali diri aku.. Baru kini aku sedar yang perbuatan aku kebelakangan ini menunjukkan aku melarikan diri dari mereka2 yang ingin mengenaliku..
Aku terfikir mengapa aku melarikan diri dari mereka? Mengapa aku menolak mereka untuk hadir dalam hidupku? Mengapa aku cepat berprasangka buruk terhadap mereka? Mengapa aku cepat benar membuat keputusan untuk memutuskan hubungan persahabatan yang baru bermula? Mengapa aku menjauhkan diri dan menahan diri aku dari mendekati mereka?
Bila semua persoalan itu hadir satu persatu dalam kepalaku.. Baru aku sedar yang aku masih trauma dengan apa yang telah berlaku pada diriku sebelum ini. Walaupun sudah lama ianya berlaku tapi kesannya cukup mendalam sehinggakan secara tidak sedar aku menolak semua insan yang cuba hadir dalam hidupku.
Aku mengaku kadangkala aku terlalu sunyi.. sepi & sendiri.. Tapi bila aku terfikir akan kepahitan dan kesedihan yang telah aku lalui dulu.. aku rasa aku tak sanggup lagi nak menghadapi keadaan yang sama pada masa akan datang. Aku tak rasa aku boleh bertahan jika ianya terjadi sekali lagi dalam hidupku.. Kekecewaan demi kekecewaan yang aku lalui membuatkan aku merasakan yang kehadiran mereka nanti akan menyebabkan aku mengulangi duka dan tekanan perasaan yang pernah aku alami dulu.. Sesungguhnya aku tak sanggup!!
Adakah aku mengalami trauma atau fobia untuk membenarkan mereka hadir dan mewarnai hidupku?? Sampai bila aku akan jadi begini? Aku sendiri tak ada jawapan untuk persoalan-persoalan itu.. Apa yang aku pasti aku masih punyai impian.. tapi harapan?? Aku tak pasti...

Tiada lagi airmata
Bisa ku tangiskan lagi
Tiada lagi guna bermadah
Tempatku bukannya di sini
Sepuluh tahun ku menghamba padamu
Tak ku pinta lebih daripada
Tulus cinta
Namun kau menoda
Berkecai mahligai kita
Tidak pernahkah kau terfikir
Kemungkinan yang berakhir
Tidak pernahkan tersingkap di minda
Wajah kita sekeluarga
Sekelip mata berubah segalanya
Tiba-tiba dunia daku
Gelap gelita
Tak menentu hala
Melihat kau bersamanya
Trauma yang melanda
Menikam-nikam jiwa
Selemah ku lemah
Daku berserah
Trauma yang ku rasakan
Hanya pada Mu Tuhan
Yang memahami
Pedih di hati
Tiada pengubat bisa merawat luka
Ku dalam trauma...
Walau seribu pujuk rayu
Tak mengubah pendirianku
Sekali kau menduakanku
Selamanya tertutup pintu
Biar daku membawa diri ini
Pergi jauh takkan kembali
Ku mencari
Ketenangan hati
Cuba lenyapkan trauma ini

Dan Bila Esok..

Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya


Kaseh : Terjatuh cinta bila dengar vokal vokalis kumpulan Sofaz ni menyanyikan lagu ni.. Actually first time dengar lagu ni dia menyanyi live kat Sure Heboh kat Bukit Jalil.. Panas terik pun tak terasa masa tu.. :-)

Sunday, December 12, 2010

Suara Hati..


Ya Allah, seandainya engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
satukanlah hatinya dengan hatiku,
Ya Tuhan Maha Mengasihi,
seiringkanlah kami melayari hidup ini,
ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah, seandainya telah engkau takdirkan,
dia bukan milikku,
bawalah ia jauh dari pandanganku,
luputkanlah ia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,
berilah aku kekuatan,
melontar bayangannya jauh ke dada langit,
hilang bersama senja nan merah,
agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama
dengan dirinya.

Ya Allah Ya Tuhanku,
pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,
adalah yang terbaik buatku,
kerna Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik
buat hamba-mu ini

Ya Allah yang tercinta,gantilah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
jika dia bukan ditakdirkan untuk diriku
berikanlah aku insan yang lebih baik
jika dia bukan jodohku

Ya Allah,cukuplah engkau sahaja
menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini
jangan engkau biarkan aku sendirian
di dunia mahupun diakhirat
jauhkanlah aku dari terjurus ke arah
kemaksiatan dan kemungkaran

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai
dan kurniakan kepadaku keturunan
yang soleh dan solehah
berilah kami kebahagiaan hidup
di dunia dan di akhirat

Kaseh : Amin..

Saturday, December 4, 2010

LOVE Aaj Kal

Apa maksud title post ni erk? sure tertanya-tanya kan? Itu dalam bahasa Hindi & maksudnya adalah Cinta zaman sekarang or Love these days...
Hmm itu merupakan tajuk salah sebuah cite hindustan yang aku tonton.. Mengisahkan tentang perbezaan cinta zaman dulu-dulu & cinta muda mudi zaman sekarang. Zaman dulu orang bercinta secara rahsia.. sanggup berbuat apa saja untuk berjumpa.. dan kerana cinta itu, mereka akan bersungguh2 berusaha untuk melengkapkan diri dari segi kewangan dan mendapatkan restu keluarga untuk hidup bersama.. Mereka juga berani dalam membuat keputusan dan mengambil risiko untuk hidup bersama. Dan mungkin sebab itu juga perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat & sanggup menghadapi susah dan senang bersama-sama.
Bagi cinta zaman sekarang pula.. mereka kerap bertukar-tukar pasangan.. namun apa yang mereka tidak lihat dengan jelas adalah jodoh mereka adalah bersama salah seorang dari pasangan mereka tadi. Walaupun telah berpisah bertahun-tahun.. tapi mereka saling mencari satu sama lain.. mereka tak dapat melupakan antara satu sama lain.. tidak dapat hidup tanpa salah seorang dari mereka.. dan dari mata orang luar mereka ditakdirkan untuk satu sama lain.. soul mate.. dan itulah cinta mereka.. mereka cukup selesa bila bersama.. walaupun telah mempunya kekasih baru tapi mereka tetap berhubung dan berjumpa diluar pengetahuan pasangan masing2.. tapi mereka tidak sedar kehadiran cinta itu..
Sehinggalah salah seorang dari mereka membuat keputusan untuk berkahwin. Diketika itu terdetik dihati mereka yang mereka akan kehilangan satu sama lain. Tapi mereka masih tidak mahu mengakui perasaan yang mereka rasai ketika itu. Dan keputusan pun dibuat bersama-sama iaitu untuk tidak saling berhubung dan akan cuba melupakan satu sama lain..
Bertahun juga mereka menjalani kehidupan sendiri namun hidup mereka masih terasa kekurangan. Walaupun masing-masing berjaya dalam kareer dan kehidupan tapi kehidupan seharian mereka menjadi terlalu rutin.. Rutin yang membosankan dan tiada makna.. tiada kebahagian dan keceriaan.. Setelah memikirkan masak-masak, mereka menjumpai kekurangan dalam hidup mereka.. rupanya masih ada sesuatu yg belum selesai antara mereka.. iaitu cinta mereka.. dari hari ke hari cinta mereka tetap kukuh..
Diketika itu barulah mereka merasakan yang hubungan mereka dulu sebenarnya tidak silap.. Mereka menyesali kerana tidak mengakui apa yang ada dalam hati mereka selama ini. Dan baru kini mereka berani untuk memperjudikan hidup mereka bersama dan mengambil keputusan untuk membahagiakan satu sama lain..
Kaseh : itulah kisah kehidupan.. kisah kehidupan masa kini dimana ramai dari kita yang tak berani mengambil keputusan mengenai cinta.. tidak berani mengatakan perasaan sebenar mereka.. mereka lebih rela kehilangan orang yang dicintai dari mengambil risiko untuk bahagia bersama..
Mungkin ia pernah berlaku pada kebanyakan orang diluar sana dan mungkin terjadi pada diri kita sendiri.. CINTA memang penting dalam kehidupan setiap manusia.. tanpa cinta hidup kita akan kosong dan tak bermakna.. tidak kira samada cinta sesama manusia atau kepada Tuhan yang satu.. dan tidak dapat dinafikan, kedua-dua cinta ini penting kepada kita.. Jadi renung-renungkan lah..

Wednesday, December 1, 2010

WCOA berakhir dengan kenangan terindah..

Cewah.. sesiapa yang baca tajuk post kali ni sure teruja.. hehehe.. Alhamdulillah segala penat lelah, air mata, ketawa, sakit hati dan tak lupa juga sakit kaki semuanya berbaloi. WCOA berakhir pada 11 Nov 2010 dengan pujian dan kepuasan dari kebanyakkan peserta & speaker.

Bagai tidak percaya kami dapat menganjur dan menjayakan kongres bertaraf dunia dengan bilangan pekerja yang terhad.. Tahniah kepada semua warga MIA kerana kejayaan ini.

Setelah lebih seminggu bertungkus-lumus untuk menjayakan WCOA, dan akhirnya aku bercuti sempena Aidil Adha selama seminggu. Tujuan adalah untuk berehat & menyambut Aidil Adha bersama keluarga tercinta. Tapi bila kembali semula ke KL, badan & minda masih keletihan.. Mungkin kerana banyak aktiviti yang dilakukan semasa dikampung yang tak membenarkan badan & minda aku berehat.. Tapi keletihan dikampung terubat dengan kehadiran Zuhayr, Iman & Wawa.. :-D

Sekembali ke opis pada 22 Nov, aku perlu menyiapkan gaji warga MIA.. huhuhu.. dalam pada masa yang sama, aku telah diberi tugas untuk menjayakan Appreciation Dinner yang akan diadakan pada 25 Nov. Ketika itu, fikiran serabut sangat.. mana nak mengejar date line keje2 opis yang berlambak dan mana nak memerah otak memikirkan hal dinner..

Dengan bantuan & support team aku yang supporting giler, alhamdulillah Appreciation Dinner @ Hilton KL berjalan dengan lancar dan mendapat pujian dari Top Mgt. Itulah dinamakan teamwork.. We can make it happen.. even though in limited time & source... Tapi apa yang lebih menggembirakan adalah pengumuman yang telah diumumkan oleh our President... yeaaaaa!! Berbaloi-baloi.. walaupun ianya akan jadi headache for me & my boss.. hehehe.

Sunday, October 31, 2010

World Congress of Accountants (WCOA) 2010


Minggu ini dan minggu depan adalah minggu2 yang sibuk bagi aku dan rakan-rakan opisku. Kami semua akan menjadi host WCOA 2010. Bagi yang tak tahu, WCOA adalah kongres akauntan sedunia.. mirip olimpik dan akan muncul setiap 4 tahun. Seluruh dunia akan merebut peluang untuk menghoskan WCOA.. dan tahun ini merupakan peluang untuk Malaysia untuk menjadi hos dan ini adalah WCOA yang ke 18.

WCOA akan bermula dari 8hb Nov - 11 Nov 2010 di KL Convention Centre. Jadi aku dan kawan2 akan berkampung di KLCC sepanjang minggu tersebut. Malah aku akan memulakan kerjaku pada 3hb Nov menjadi menyambut dan pembantu speaker2 yang datang dari seluruh dunia. Aku akan ditempatkan di Mandarin Oriental Hotel untuk menyambut ketibaan speaker2 ini dan membantu mereka menyesuaikan diri di Malaysia.

Hari Rabu yang lepas, kami telah mengadakan solat hajat dimasjid negara untuk memohon pertolongan Allah semoga perjalanan kongres ini berjalan dengan lancar. Insyaallah, dengan izin Allah semoga semuanya selamat.

Kami menjangkakan seramai 6000 delegates akan menyertai WCOA kali ini dan datang dari 123 negara. Tapi setakat minggu lepas, delegates yang telah mendaftar seramai 5500 orang dan datang dari 133 negara. Bila mengingatkan angka2 ini, terus aku rasa gementar. Bagaimanakah keadaan nya nanti semasa kongres berlangsung?

Apa-apa pun aku berdoa dan berharap semuanya akan berjalan lancar. Insyaallah.

Thursday, October 14, 2010

Selamat Hari Ulang Tahun Abah..

14 Oktober 2010 adalah hari lahir abahku yang ke 65 tahun. Aku menalifon abah tadi untuk mengucapkan selamat hari lahir. Suara abah kedengaran amat gembira kerana anak-anaknya mengingati hari lahirnya. Aku bersyukur kerana Allah memanjangkan usia abah setahun lagi dan memberikan kesihatan yang baik kepada abah. Aku berharap dan berdoa semoga abah akan kekal sihat dan dipanjangkan umur.

Apa yang membuatkan aku tersentuh pabila aku memikirkan adakah abah akan dapat melihat anaknya ini mengakhiri zaman bujangnya. Adakah abah sempat melihat anak-anakku nanti? Tak dapatku tahan air mata ini dari mengalir bila aku memikirkan tentang hal ini. Maafkan aku abah jika tidak dapat memberikan abah seorang menantu lelaki yang baik untuk abah dan maafkan aku jika aku tidak dapat menjadi anak yang baik untuk abah. Aku tahu abah menantikan hari-hari bahagia untuk anak-anak perempuannya. Tapi apakan daya kerana itu diluar kuasa kita. Aku berharap dan berdoa agar abah akan bersama-sama denganku dihari bahagiaku nanti. Insyaallah!

Apapun abah, ketahuilah yang anak-anak abah amat bersyukur dikurniakan abah sepertimu. Abah seorang yang tabah & berkerja keras untuk membesarkan kami adik beradik sehingga kami ke menara gading. Alhamdulillah berkat didikanmu kami semua menjadi insan yang berguna kini. Walaupun kami jarang kali mengucapkan yang kami sayang pada abah tapi hakikatnya, abah cukup kami hargai dan sanjungi.

SELAMAT HARI LAHIR ABAH!!

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan bersama keluarga kita.

I LUV U ABAH!!

Wednesday, October 13, 2010

Bali Trip 15 Sept - 18 Sept 2010

Baru hari ini aku ada mood untuk meng'update' blog aku ni. So aku akan cerita tentang trip aku ke Bali Indonesia selapas Aidilfitri yang lepas. Aku ke Bali bersama kakak & 4 orang offic mate kakak aku. Kesemuanya masih single & available cuma sorang je yang dah berkeluarga.

Ini semasa di LCCT, menunggu flight ke Bali yang delay selama 1 jam..

Muka-muka bosan menunggu flight..

Sesampai di Bali dalam pukul 8 malam, perut dah berkeroncong & kami singgah di Wongsolo Restoran dan aku makan set ayam penyet. Sedap bangat sih...

Hari pertama dihotel & breakfast nya hanya american breakfast.. yg lain tak berani nak makan..

Sempat bergambar dipusat kraftangan & pembuatan batik.

Ini pula di salah satu rumah tradisional bali & pelukis berbakat di bali.. Cantik bangat lukisan nya.. Kagum sekali!

Tengok ukiran pintu tu, cantik kan?

2nd day diBali dan ketika ini kami di Dreamland Beach.

Di kedai oleh-oleh Bali - Krishna.. Murah-murah sekali barangan nya..

Di hadapan Butik Uluwatu (terkenal dengan baju sulaman) di Legian Street.

Lunch @ Restoran Minang & jus avokad nya bagus sekali.. nyum.. nyum..

Bershopping di Planet Hollywood Bali.. Best!

Penat & berpeluh-peluh menaiki tangga untuk melihat patung Garuda Kencana Wishnu.

Dibelakang aku tu patung garuda yang sangat besar.

Barsama pahlawan Bali.. hehehe

Baru tiba dipantai Dreamland.
Sebelum ke airport, kami ke Orhird Bali Spa. Memanjakan diri sebelum pulang.

Gambar untuk hari terakhir di Bali tak dapat di upload disini atas sebab-sebab peribadi hehehe.
Apa-apa pun pengalaman di Bali cukup menyeronokkan tambahan pula dengan Pak Isme sebagai pemandu pelancong. Rasanya mungkin aku akan ke sana lagi satu hari nanti.. Insyaallah.

Sunday, September 19, 2010

Aidilfitri 2010

Aidilfitri menjelma lagi.. Dan untuk menyambut Aidilfitri kali ini aku telah bercuti dari 8 September hingga 19 September 2010. Panjangkan? Seperti biasa sehari sebelum hari raya, tugas tetap aku adalah mengemas rumah & menggantikan langsir rumah. Tugas yang mungkin didengar senang tapi sebenarnya amat meletihkan.. Nasib baik baju-baju raya dan baju melayu abah dah siap di iron diKL. So esok pagi aku tak perlu terkocoh-kocoh meng'iron' baju raya lagi..
Hari raya pertama seperti biasa menu utama adalah soto. My family fav food. Hari raya kedua pula laksa kedah. Another fav food for us. Hari raya pertama dan kedua, aku hanya berada dirumah dan melayan saudara mara yang datang menziarah. Keletihan tapi berbaloi-baloi.. Hari raya ketiga, aku ke Parit Buntar Perak kerana menghadiri kenduri kahwin sepupu aku. Sepupu aku ini berkahwin atas pilihan keluarga @ family arrangement marriage. Aku dapat melihat ketidakmesraan antara mereka suami isteri tapi aku doakan mereka akan bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Diketika itu juga aku memikirkan jika aku berada dalam situasi sepupu aku.. Adakah aku akan menurut kehendak family? dan menyerahkan hidup aku kepada lelaki yang aku tak kenali? hmmm.. Hari raya ke empat aku hanya melepak dirumah dan membawa anak-anak saudara keluar berjalan-jalan di mall.
Hari raya tahun ini cukup mengembirakan aku kerana aku dikelilingi oleh anak-anak saudara aku yang kian comel dan keletah. Aku cukup bahagia melayan kerenah dan gelagat mereka terutama anak-anak saudara perempuan aku.. Iman & Wawa. Acu sayang korang!!
Oh ya! Pada hari raya ke empat, sedang aku breakfast bersama emak, kakak iparku menelifon dan bercakap panjang dengan emakku. Disebelah tengahari, sedang aku membantu emak memasak, emak memberitahu yang ada seorang pemuda sedang mencari calon isteri dan kakak iparku mencadangkan aku sebagai calon nya. Oh Tuhan! aku hanya mendiamkan diri dan tak dapat aku menggambarkan perasaan aku ketika itu. Emak hanya menyerahkan perkara ini kepada aku dan dia tidak akan memaksa jika aku tidak suka.
Hari raya kelima, hari untuk pulang ke KL. Sekali lagi semasa breakfast, aku memberitahu emakku yang aku bersedia untuk mengenali lelaki itu.. hmm terkejut dengan keputusan aku??? Aku sendiri tak pasti tapi it is no harm to know him. Who knows he is my soulmate.. Aku serahkan hal ini kepada emak dan kakak iparku.. Aku tahu mereka juga harapkan yang terbaik untuk diri aku. Aku bertolak balik ke KL pada pukul 11 pagi dan sampai di rumah pada pukul 4 petang. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar dan tiada kesesakan dilebuhraya.
Hari raya ke enam, aku sibuk mengemas baju untuk dibawa ke Bali Indonesia. Aku berada disana dari 15 September hingga 18 September 2010.

Monday, September 6, 2010

Aidilfitri datang lagi..


Lagi beberapa hari umat Islam akan menyambut Aidilfitri di mana kita semua meraikan kemenangan kita berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah sekali lagi aku dapat menjalani ibadah puasa ini dan aku berharap yang ibadah dan amalan aku akan diberkati dan diterima oleh Nya..

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua kawan-kawan dan blogger-blogger yang melawati blog aku ni. Dan kepada yang akan pulang berhari raya dikampung halaman, berhato-hati dijalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Insyaallah, aku akan pulang ke kampung pada hari Rabu pagi. Doakan aku juga selamat sampai yer.. :-)

Sunday, August 22, 2010

Yang Terindah..

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Ini adalah lirik lagu Dakmie dan merupakan lagu tema bagi filem I am not Single & tele drama Adamaya.. Kedua-dua cerita itu cukup aku minati.. Cerita mengenai kebahagiaan yang menjelma setelah kekecewaan.
Tapi kali ini aku bukan mahu bercerita berkenaan filem atau drama tersebut, aku cuma terkenangkan kisah lama bila mana aku melihat satu klip video diFB yang bertajuk saya kenal sayang saya. Aku tak dapat menahan airmata pabila menghayati klip video tersebut. Setiap ayat dalam video tersebut adalah benar dan hanya kita mengenali orang yang kita sayang. Walaupun dia tidak sempurna tetapi kehadiran dirinya membuatkan kita bahagia.. Hanya kita saja yang tahu..
Setiap manusia dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, jadi terimalah mereka dengan hati yang terbuka dan mungkin dengan kelebihan mereka itu dan kekurangan diri kita ia akan menjadikan kita pasangan yang saling melengkapi.. dan disitulah terciptanya kebahagiaan buat kita..

Dan dikala ini juga aku terfikir.. bilakah bahagia buatku akan menjelma??

Friday, August 20, 2010

Teruskanlah - Agnes Monica

pernahkah kau bicara
tapi tak didengar
tak dianggap
sama sekali
pernahkah kau tak salah
tapi disalahkan
tak diberi
kesempatan
kuhidup dengan siapa
ku tak tahu kau siapa
kau kekasih ku tapi orang lain bagiku
kau dengan dirimu saja
kau dengan duniamu saja
teruskanlah teruskanlah
kau begitu
kau tak butuh diriku
aku patung bagimu
cinta bukan kebutuhanmu
kau dengan dirimu saja
kau dengan duniamu saja
teruskanlah teruskanlah
kau begitu

Kaseh : hanya orang yang melaluinya saja tahu bagaimana rasanya berada didalam keadaan ini..

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan Al-Mubarak


11 Ogos 2010, semua umat Islam akan menyambut Ramadhan dan memulakan ibadat berpuasa. Ada yang menanti-nanti ketibaan Ramadhan dan ada yang tidak suka kemunculan Ramadhan. Tapi yang pastinya Ramadhan datang dengan seribu kebaikan dan rahmat kepada semua umat Islam yang tahu mempergunakan kesempatan ini.

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan dan selamat mengerjakan ibadah didalam bulan yang mulia ini. Semoga ibadah kita diberkati oleh Allah dan semoga dengan kehadiran Ramadhan kali ini akan memberikan kita hidayah dan keinsafan.. Amin!

Thursday, August 5, 2010

Great Boxer Muhammad Ali's Advice to His Daughter

Muhammad Ali's advice to his Daughter

 

The following incident took place when Muhammad Ali's daughters arrived at his home wearing clothes that were not modest. Here is the story as told by one of his daughters:

“ When we finally arrived, the chauffeur escorted my younger sister, Laila, and me up to my father's suite. As usual, he was hiding behind the door waiting to scare us. We exchanged many hugs and kisses as we could possibly give in one day.

My father took a good look at us. Then he sat me down on his lap and said something that I will never forget. He looked me straight in the eyes and said, "Hana, everything that God made valuable in the world is covered and hard to get to. Where do you find diamonds? Deep down in the ground, covered and protected. Where do you find pearls? Deep down at the bottom of the ocean, covered up and protected in a beautiful shell. Where do you find gold? Way down in the mine, covered over with layers and layers of rock. You've got to work hard  to get to them."

He looked at me with serious eyes. "Your body is sacred. You're far more precious than diamonds and pearls, and you should be covered too."

Kaseh : Bila diselami balik, memang betul apa yang dikatakan oleh Muhammad Ali tu. Alangkah baiknye kalau semua bapa member nasihat yang sebegitu pada semua anak-anak mereka dan tidak terkecuali kepada isteri mereka. J

 

Thursday, July 29, 2010

Lawatan ke JB & Singapore

City Square Singapore

Bersama Olien & Adik

Hari minggu yang lepas, 24 & 25hb Julai 2010 aku berada di Johor Bahru @ JB. Aku bertolak dari KL pada pukul 8 pagi dan sampai di JB pada pukul 12.30 tengahari. Aku ke sana bersama seorang teman dan akan betrtemu dengan kakak aku yang telah menunggu kami di JB kerana dia telah berada disana semenjak hari Khamis lagi.

Sesampai di JB, kami turun di Plaza Kotaraya dan mengambil keputusan untuk berjalan kaki ke Puteri Pacific @ Pan Pac Hotel JB. Sesampai di hotel, kami tidak dibenarkan check in kerana check in time hanya pada pukul 3 petang. Disebabkan kakak aku juga belum sampai di hotel, aku dan teman mengambil keputusan untuk ke City Square untuk lunch dan survey tukaran wang Singapore. Kemudian setelah lunch kami ke Plaza Kotaraya untuk bertemu dengan kakak ku dan menukar duit Singapore. kami pulang ke hotel dan alhamdulillah tepat pukul 3, kami telah mendapat bilik.

Setelah check in kami berpatah balik ke Plaza Kotaraya kerana berhajat menyewa teksi untuk masuk ke Singapore. Mungkin nasib kami kurang baik, aku menyewa teksi malaysia dan dikenakan tambang SGD50 bersamaan RM120 sehala. Disebabkan kesuntukan masa, kami setuju dengan sewa yang mahal itu. Kami di hantar ke Orchard Road dimana tempat membeli belah terkemuka diSingapore. Kalau di sini kawasan tersebut boleh dilihat seperti Pavillion atau KLCC. Tiada apa yang menarik bagiku di Orchard Road, barang2 dan pakaian berjenama yang ada disini semuanya boleh dibeli di Malaysia.

Setelah itu, kami mengambil teksi ke Mustapha Plaza di Little India. Ianya sebuah pusat membeli belah seakan-akan Maidin di Malaysia. Tapi yang membezakannya dengan Maidin adalah Mustapha turut menjual barangan berjenama seperti Levis dan Adidas. Aku sempat menyambar sehelai jeans di Mustapha. Setelah penat berjalan di Mustapha, kami sempat minum teh tarik & roti canai di sebuah restoran berhampiran Mustapha. Setelah itu, kami sempat menyinggah ke Singapore City Square yang baru dibuka sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke JB.

Kami ke Queen Street untuk mengambil bas ekspress ke JB. Dengan hanya SGD2.40 kami pulang ke JB. Imegresen Malaysia di sempadan JB patut menilai semula kemudahan laluan pejalan kaki. Bagi aku ia tidak praktikal bila pejalan kaki terpaksa berjalan kaki jauh dan menaiki beberapa tangga automatik (escalator) untuk mendapatkan pengesahan imegresen @ untuk cop passport.
Dari imegresen kami hanya berjalan kaki ke Plaza Kotaraya dan terus ke hotel. Rasa bagai nak tercabut kaki aku ni.. Dengan tidak membuang masa kami bergilir2 mandi dan bersiap untuk keluar dinner. Teman aku S @ Teman Tapi Mesra (TTM) akan menjemput kami untuk dinner. TTM membawa kami ke Senibong untuk makan seafood.. Best sebab ianya kegemaran aku. Harga seafood disini agak murah dibanding dengan KL. RM 145 untuk 5 orang makan dan kami dihidangkan dengan 2 jenis masakan ikan, udang butter, sotong goreng tepung, kupang masak pedas dan tomyam campur. Murahkan? Selepas menjamu selera kami pulang ke bandar JB dan sempat singgah ke Pasar Karat. Pasar Karat ni seperti Uptown di KL. Kami pulang ke hotel pada pukul 2.30 pagi.

Keesokan pagi, setelah sarapan kami ke Plaza Kotaraya. Setiap kami mempunyai rancangan tersendiri. Aku akan keluar bersama TTM dan berjumpa dengan roomate aku semasa dikolej, teman aku merancang untuk berjalan2 seorang diri dan berjumpa kawan nya dan kakak aku akan pergi ke rumah keluarga angkatnya di Majidee Baru.

Setelah check out pada pukul 12 tengahari, aku bersama TTM ke Restoran Singgah Selalu di Lido untuk bertemu roomate aku, Olien dan keluarganya. Kami lunch bersama dan aku cukup happy dapat bertemu Olien, Botak dan 2 anak perempuan nya yang keletah dan comel itu. Macam-macam yang kami bualkan dan rasa tak puas berborak dengan mereka. Kami berpisah pada pukul 3 petang dan aku bergerak ke Majidee baru untuk mengambil kakakku.

Kami bertolak dari Majidee Baru pada pukul 4.30 petang ke Larkin. Bas kami tiba pada pukul 5.20 minit. Dan kami sampai di KL pada pukul 10 malam. Semasa menunggu teksi untuk pulang kerumah, aku terserempak dengan sorang lagi roomate aku semasa di kolej. Dia bersama suaminya mempelawa untuk menghantar kami pulang. Tak sangka aku akan berjumpa dengan 2 orang ex roomate aku dalam hari yang sama.

Walaupun penat tapi aku rasa happy sangat bila dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama aku. Apa yang aku dapat katakan adalah aku amat bersetuju dengan pepatah melayu "hujan emas dinegara orang, hujan batu dinegeri sendiri.. lebih baik negeri sendiri".
Buat S @ TTM, terima kasih atas layanan awak.. Walaupun singkat pertemuan kita tapi saya dapat mengenali dengan lebih dekat diri awak yang sebenarnya. Terima kasih kerana melayani saya & kawan2 saya dengan baik dan terima kasih atas kesudian awak menjadi hos kepada kami semasa di JB..

Tuesday, July 27, 2010

Kelebihan-Kelebihan Bismillah

 

Mukjizat di sebalik BISMILLAH
BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM '   
yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '   

 

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.


2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)  

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.


4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
 

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.


6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (
QS.AL  Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka  maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '     

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ' 
   

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.


9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya..


10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.


11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.  


Sabda Rasulullah: “Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada....”      

 

Thursday, July 22, 2010

Hari yang mencabar kesabaran..

Hari ini, 22 Julai 2010 adalah salah satu hari yang mencabar kesabaran aku. Dalam keadaan aku yang kurang sihat, aku berhajat mau balik dari office sharp pukul 5.30 petang. Bila jam di office aku yang besar itu menunjukkan pukul 5.30, aku tidak berlengah lagi terus capai hand bag dan payung dan beredar dari bilik aku.
Seperti biasa aku akan menunggu bas berhampiran office aku. Dalam 10 minit pertama, aku lihat sebuah bas rapid KL dan aku tidak pasti nombor bas itu kerana agak jauh. Bila bas bergerak hampir dengan bus stop yang aku tunggu, nombor bas tidak kelihatan. Aku hairan kerana tadi nombornya tidak berkelip2 dan menyala terus, tapi bila bas berhenti di trafic light, nombor bas tidak menyala dan didalamnya ada penumpang. Bila bas melepasi bus stop aku, aku cuba untuk lihat nombor bas dari belakang bas tapi ia juga tidak menyala.. dan tiba2 setelah agak lama aku merenung belakang bas, nombor bas pun menyala. Cis!!! Bas aku rupanya.. Driver sengaja mematikan nombor bas supaya tidak ada orang menahan bas nya. Hampeh!!
Aku menunggu lagi, dah hampir setengah jam menunggu bas seterusnya, tiba-tiba ada sebuah bas metro berhenti & parking di bus stop yang aku tunggu. Driver nya mahu menunaikan hajat di Petronas berhampiran. Baru aku tergerak hati hendak ke belakang bas metro tersebut, tiba2 bas aku lalu. Aku menahan tapi mungkin drivernya tak nampak kerana aku berada hampir dengan belakang bas metro. Sekali lagi terlepas!!!!
Dengan kesabaran yang masih berbaki aku menunggu lagi.. Ingin mengambil teksi, tapi sendiri mau ingat la keadaan jalan Brickfields menghala ke Bangsar diwaktu petang memang sesak giler.. Silap2 untuk sampai kerumah, aku akan dikenakan tambang RM20++. Jadi aku mematikan hasrat nak menaiki teksi. Selang 15 minit, aku nampak bas aku dan aku tahan. Driver bas buat bodoh jer, terus jalan tanpa memandang aku yang menahan bas di bus stop. Arghhhhhh!!!! Rasa mcm nak mencarut jer masa tu..
Hehehe apa yang aku luahkan tadi adalah salah satu pengalaman aku sebagai penumpang setia bas Rapid KL.. Ini lah servis yang dihidangkan kepada penumpang2 diKL.. Dulu aku ada sorang kawan yang bekerja di Rapid KL Head Office dan kepada dia aku sering mengadu tentang servis hampeh yang diberikan oleh pemandu2 bas Rapid KL. Tapi sekarang kawan aku dah tak bekerja lagi di Rapid KL.. Pada siapa aku nak mengadu? Hmmm.. ini la nasib orang awam yang bergantung dengan pengangkutan awam seperti aku.
Dimasa beginilah aku berharap yang aku mempunyai kereta.. tidak perlu bersusah payah menunggu berjam2 di bus stop dan tidak perlu deal dengan perangai pemandu2 bas yang tidak berhemah seperti ini.. So, ada sesiapa nak belikan aku kereta? Hehehe.. Insyaallah, satu hari nanti aku akan memiliki kereta aku sendiri.. :-D Lega rasanya dapat luahkan disini.. tambahan pula aku keseorangan pada hari ini..

Tuesday, July 20, 2010

Suaraku hilang

Ari ni aku bangun dengan suara yang hampir2 tak dapat didengar oleh orang lain. Aku agak ketakutan mengingatkan aku akan kehilangan suara.. huhuhu. Dan seperti biasa aku akan menyanyi sambil aku bersiap-siap hendak ke office. Tapi aku sedih sebab suara aku tak keluar..
walaupun hakikatnya memang la suara aku tak sesedap mana pun.. hehehe

Kejadian ini merupakan kali pertama terjadi dalam seumur hidup aku. Hanya disebabkan batuk, terus effect suara aku. Tadi semasa breakfast pun, kawan aku terpaksa meng"order"kan untuk aku.. hehehe semua kawan2 harus melihat bibir aku sebab tak tahu apa yang aku cuba cakapkan. Diorang cakap aku kena miming hari ini.. hehehe

Aku ke klinik berdekatan office, dan doktor memberi aku 1 hari MC. Dia cakap tekak aku luka sebab batuk dan menyuruh aku balik dan rehat. Tapi aku sempat menghabiskan kerja-kerja aku di office sebelum aku balik.

Dirumah, selepas makan ubat.. aku tido tak sedar diri.. aku tertidor dari pukul 1 sampai pukul 3 petang dan kembali tido dari pukul 4.30 hingga 6.30 petang. Betul2 lalok bila makan ubat batuk.. hehehe tapi aku dapat rasakan suara aku makin teruk.. langsung tak keluar..

Aku harap esok aku akan lebih baik dan suara akan kembali seperti biasa.. :-D

Thursday, July 15, 2010

For the Rest of My Life - Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I fall in love with most of Maher Zain songs in his Thank You Allah album.
And I wish "someone" out there will dedicate this song to me.. :-D

Happy Birthday Wawa..



Esok, 16 Julai 2010 genab setahun umur Wawa @ Nuwairah Intisar, anak saudara aku yang ke 5. Ramai ahli keluarga aku yang mengatakan Wawa mirip aku dari segi lasak & rupa. Betul ke? Aku pun tak pasti.. hehehe

Tadi aku menalifon abang aku dan dia mengatakan yang Wawa dan mula berjalan :-D lagi lasak la si kecil tu kalau dah mula berjalan. Dan abang aku mengatakan yang Wawa kekok sangat berjalan bila dipakaikan kasut.. hehehe tak dapat aku bayangkan rupa Wawa..

Tak sabar betul aku nak balik ke kampung hujung bulan ini.. Tidak sabar untuk melayan kerenah Wawa dan kakaknya Iman. Hmm begitu ceria dan meriah jika hidup kita dikelilingi dengan kanak-kanak kan?

Buat Wawa, Acu doakan Wawa akan menjadi anak yang solehah kepada ibu & bapak dan juga pada tok & wan. Semoga Wawa membesar menjadi insan yang berguna kepada keluarga & masyarakat. Amin!
SELAMAT HARI LAHIR WAWA!!
Acu sayanggggggggggggggg Wawa.. Muuuuuaaaahhhh!

Tuesday, July 13, 2010

Surprise Birthday Party @ Bagan Lalang






26 Jun 2010, aku bersama sis & 3 orang rakan telah berkunjung ke Bagan Lalang. Setelah sekian lama mendengar cerita mengenai makanan lautnya dan keindahan tempatnya, kali ini baru aku berkesempatan menyaksikan keindahan itu. Memang benar di Bagan Lalang mempunya banyak gerai makanan laut dan pantainya juga cantik. Tambahan lagi diwaktu malam.

Kami bertolak pada pukul 5.45 petang dan sampai disana lebih kurang pukul 7 malam. Sesampainya disana, aku sempat membeli ketam & siput pahat segar dipasar yang terletak berhadapan dengan restoran makanan laut terapung. Rasa macam nak beli semua yang ada disitu.. hehehe.

Kami memilih restoran makanan laut terapung yang dihujung sekali. Tapi disebabkan lambat book temapt, kami tak dapat menjamu selera dibahagian yang terapung. Terpaksa duduk dibahagian luar restoran. Tak kisah lah, asalkan dapat makan makanan favorite aku kan? Salah seorang rakan aku yang berhajat nak membelanja kami semua disini sebenarnya.. so lagilah kitorang eppy bila makan free.. Kami makan sotong goreng tepung, ikan siakap stim, ikan siakap bakar, kailan ikan masin dan butter prawn + air tembikai. Sedap beb! sehingga menjilat siku.. hehehe.

Selepas makan dan bersolat maghrib, tiba2 sis aku berjalan menuju ke tepi pantai. Aku dan rakan2 yang lain mengikutnya dari belakang. Aku ingat dia hendak mengambil angin malam dan menikmati pemandangan pandai Bagan Lalang dimalam hari. Aku pun duduk mengadap pantai dan sesekali berposing bila sorang rakanku menghala camera nya ke arah aku.. terasa macam model la plak.. hehehe

Tiba2 Sis aku datang menghampiri dan membawa kotak kek Secret Recipe Ben 10 ke arahku.. Rupanya dia telah merancang surprise party untuk aku.. Sis & rakan2 aku menyanyikan lagu eppy besday buat aku.. Terharu aku sebentar.. Terima kasih Sis.. Walaupun dalam keadaan yang gelap, kami tetap meneruskan party kami itu..

Disebabkan kekenyangan, kami semua hanya menjamah kek itu sedikit sahaja dan semasa sedang mengemas kotak kek dan pinggan2 yang kami gunakan.. Tiba2 aku terdengar suara kanak-kanak menyanyikan lagu eppy besday. Dan rupanya kanak-kanak itu didukung oleh bapanya telah menyanyikan lagu tadi untuk aku. Mungkin dia ternampak kek yang aku pegang semasa dia dan bapanya melalui kawasan party aku tadi.. Lagi sekali aku rasa terharu..

Apa2 pun aku berterima kasih buat sis & rakan2 aku untuk surprise party ini.. Tidak aku sangka korang nak organised party ni untuk aku.. I luv you guys... :-D

ps: harap2 tahun hadapan aku dapat menyambut hari lahir aku bersama seseorang yang istimewa...

Thursday, July 8, 2010

Hari Ulang Tahun Buat Aku...

Pada 21 Jun yang lepas, aku telah menyambut hari ulangtahun yang ke.... :-D
Terima kasih kepada semua kengkawan yang mengingati hari ulang tahun aku dan semoga semua doa kalian dimakbulkan oleh Nya.

Apa yang aku ingin luahkan disini adalah berkenaan seorang teman rapatku.. S. S merupakan teman yang kerap melayani kerenah dan impian2 aku.. Cukup sabar dengan bebelan aku dan sering mengingati semua cerita2 aku malah juga mengingati mimpi2 aku..

Pada malam ulang tahun aku, aku menunggu sms dari S dan aku tidak pasti samada dia mengingatinya atau tidak. Dalam pukul 12.30 pagi, S mengucapkan selamat hari lahir pada aku. Dan aku memberitahu dia yang aku ingat dia yang akan menjadi orang pertama yang mengucapkan nya.. tapi rupanya bukan dia.. hajatku hanya ingin mengusiknya.

Tiba-tiba S berkata "walaupun dia orang terakhir yang wish aku, ketahuilah bahawa dia menyayangi aku seadanya.." Wah!! terkedu aku sekejap dengan kata-kata dia..
Selepas itu S bertanya aku samada aku menyayangi dia atau tidak? hmm soalan cepu emas dilemparkan pada aku dimalam hari lahirku??? Kaget aku sekejap..
Aku memberi jawapan yang selamat.. "mesti la saya sayang awak.. awak kan kawan baik saya.." hehehe dan aku rasa S dapat menerima jawapan aku itu sebab dia tidak bertanya lanjut selepas itu... Fuh! Selamat aku..

Tapi buat S, ketahui lah bahawa aku amat bersyukur dia hadir dalam hidupku.. menemani hari2 aku. Walaupun kadang kala ke'blur'an dia mencabar jugak kesabaran aku.. hehehe
Thanks Mr S for being such a good friend to me..

Wednesday, June 23, 2010

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - ان شاء الله

Every time you feel like you cannot go on... You feel so lost and... That you're so alone... All you see is night... And darkness all around... You feel so helpless... You can’t see which way to go... Don’t despair n' never loose hope... Cos' Allah is always by your side... Insha Allah x3... Insha Allah you’ll find your way... Insha Allah x3... Every time you can make one more mistake... You feel you can’t repent... And that it's why too late... You’re so confused, Wrong decisions you have made... Hunt your mind and your heart is full of shame... Don’t despair and never loose hope... Cos' Allah is always by your side... Insha Allah x3... Insha Allah you’ll find your way... Insha Allah x3... Insha Allah you’ll find your way... Turn to Allah... He’s never far away... Put your trust in Him Raise your hands and pray Oh... Ya Allah Guide my steps don’t let me go astray... You’re the only one that... showed me the way, Showed me the way x2... Insha Allah x3... Insha Allah we’ll find our way...

Kaseh : INSHAALLAH...

Saturday, June 19, 2010

Selamat Hari Bapa.. Abah!


Abah & Emak tersayang... Muuuaaaaahhhhh!!


Abah bersama cucu perempuan pertama, Amani Imanina.

Abah bersama cucu-cucu yang menceriakan hari-harinya.


20 Jun datang lagi dan seperti tahun-tahun sebelum ini, tarikh ini adalah hari dimana kita meraikan bapa-bapa kita dan tidak ketinggalan dengan diriku.

Kepada abahku, Mohamad Bin Bakar, anakmu ini ingin mengucapkan selamat hari bapa.. Ana doakan abah panjang umur dan dilimpahi kebahagiaan selalu bersama keluarga kita.

Abah, mungkin anak-anak abah tidak selalu mengatakan yang mereka menyayangi abah dan mengagumi abah selama ini tapi ketahuilah abah bahawa anak-anakmu amat menyayangimu abah. Kami amat bertuah mempunyai abah sepertimu. Kau begitu tabah membesarkan kami berempat, segala pengorbananmu tidak dapat kami balas.. Walaupun kau tegas dalam mendidik kami tapi kami bersyukur dengan ketegasanmu itulah menjadikan kami berjaya menjadi orang yang berguna kini.

Abah, dengan hasil titik peluhmu kami berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Dengan kudratmu kau membesarkan kami tanpa erti jemu. Apa yang kami perlukan akan kau usahakan. Terima kasih abah atas segala pengorbananmu..

Abah, anakmu ini amat berbangga dengan dirimu abah.. Aku tahu, aku anak yang paling degil berbanding dengan kakak dan abangku. Aku juga anak yang sering menangis dimasa kecilku. Aku tahu aku banyak menduga kesabaranmu abah. Aku tidak akan lupakan disuatu masa dulu kau pernah mengejarku sekeliling rumah dengan rotan dek kerana aku tidak mahu mandi.. :-) bila dikenang-kenang balik peristiwa itu, pasti aku tergelak sendiri. Selain peristiwa itu, kau juga hampir-hampir ingin mencampakkan aku keluar dari tingkap rumah kita. Disebabkan aku tidak mahu berhenti menangis mencari emak, walaupun sudah berkali-kali kau memujukku aku masih menangis. Tapi aku bernasib baik kerana kau tidak meneruskan hajat untuk mencampakkan aku keluar tingkap.. Kalau tidak pastinya aku tidak berada disini sekarang abah.. :-D

Abah, aku tahu kau amat menyayangi kami. Walaupun kau tak pernah mengungkapnya dengan kata-kata tapi dari keperihatinanmu dan tingkah lakumu kami tahu abah. Kami sangat menghargainya dan bersyukur kerana dikurniakan abah sepertimu.

Abah.. Ketahuilah kami anak-anakmu amat menyayangimu!! WE LUV U ABAH!!!

Buat abang-abangku, Zulkifli & Zurimi.. Selamat Hari Bapa! Semoga korang menjadi bapa yang soleh dan mithali buat semua anak-anak saudaraku..

SELAMAT HARI BAPA BUAT ABAH, ABANG & ABANG MIE.. TIDAK KETINGGALAN BUAT SEMUA BAPA DILUAR SANA..





Template by:

Free Blog Templates